Pergi Yang Tak Kembali Sosilawati Lawiya.

8:17 PTG JunAina 0 Comments

Al-fatihah buat Allahyarhammah Sosilawati dan juga tiga lagi insan iaitu Kamaruddin Samsudin, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Noorhisham Mohamad yang menjadi mangsa kekejaman manusia yang hidupnya bertuhankan syaitan, semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Walaupun isu ini mungkin makin menjadi basi tetapi bagi aku ianya terlalu terkesan dihati ini. Kehilangan insan-insan yang kita sayang dalam situasi yang tak terduga pastinya meruntun kalbu. Buat semua keluarga arwah semoga diberi kekuatan untuk menghadapi hari mendatang dengan seribu ketabahan. Tinggallah segalanya kekayaan, kaum keluarga dan kawan-kawan, hanya doa yang mampu mengiringi mereka ketika ini.


Aku tak ingin menghuraikan kronologi pembunuhan kejam ini tetapi hanya ingin mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa. Berkongsi pilu kehilangan orang tersayang. Mungkin hari ini hari mereka dan siapa tahu bagaimana pula nasib kita di masa hadapan. Kasihanilah mereka yang menjadi balu dan anak-anak yang telah menjadi yatim, kehilangan tempat bergantung dalam sekelip mata. Jangan hanya pandai berkata-kata buktikan kita insan yang tahu bertimbang rasa.


Tak dilupakan ucapan ribuan terima kasih kepada semua polis yang terlibat, yang bertungkus lumus menyiasat dan menyelesaikan kes ini. Mengorbankan kegembiraan berhari raya bersama keluarga kerana tugasan. Berpanas dan berhujan mencari bukti dan petunjuk, menyelam di kekeruhan sungai. Siapakah yang mampu membayar jasa dan pengorbanan mereka? Mampukah wang ringgit membeli kegembiraan isteri dan anak-anak yang di tinggalkan....

Apa yang tertulis di kebanyakan blog semuanya menyalahkan pihak polis atas kelewatan menyiasat kes-kes terdahulu. Tidak ada pun yang ingin menyatakan ucapan terima kasih atas pengorbanan mereka, kalau ada pun hanya sedikit. Senang mencari kesalahan orang lain tetapi bukan mudah untuk untuk membuktikan kebenaran. Berilah mereka ruang dan peluang untuk menjalankan tugasan mereka, jangan di hukum mengikut kata hati dan nafsu kita kerana mereka menjalankan tugasan yang telah di amanahkan kepada mereka. Ingatlah bahawa semua manusia tidak sempurna jadi kekurangan dan kesilapan pasti berada dimana-mana, seperti juga kita...


Sama-samalah kita menjadi insan yang bertanggungjawab atas perbuatan kita menjadi insan yang menggunakan akal fikiran, bukan tuduhan melulu dan andaian semata-mata. Menulislah mengikut fakta bukan menulis mengikut kehendak hati. Andai ada yang menolak berita-berita dari media arus perdana, berhentilah membeli akhbar dan jangan ditonton berita-berita di tv. Tak perlu dijaja keboleh percayaan media kerana mereka hanya menjalankan tanggungjawab yag diamanahkan, menjaga rezeki isteri dan anak-anak.


Maha suci Allah semoga Dia akan sentiasa melindungi kita semua dari mala petaka dan kecelakaan, sesungguhnya kita hanya memohon yang terbaik dariNya selebihnya bertawakkallah kita.

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: