Bubur Chacha-Terkenang Semasa Dulu

4:06 PTG JunAina 0 Comments

Kesibukan kerja dan urusan rumah membuatkan aku tiada kesempatan untuk menyediakan hidangan yang special puasa kali ini. Suatu hari di hari minggu ketika kenangan mengusik jiwa ketika tekak terasa ingin menjamah sesuatu yang lain dari kebiasaan, ketika kerinduan pada mak memenuhi ruangan di hati aku terpaksa ku rajinkan juga diri ini. Bukan apa tiba-tiba teringin nak makan bubur caca tapi bukan yang dibeli atau bukan juga caca yang dah siap yang ada di jual kat kedai yang cuma tunggu utk di masak tetapi aku teringinkan bubur caca mak aku.

Antara kegemaran kami adaik-beradik di bulan Ramadhan, mak tak pernah miss buat bubur ni. Sebulan puasa tu boleh 3 - 4 kali buat dan kami adik beradik tak pernah jemu megosongkan periuk bubur mak aku. Di petang yang panas dan berbahang pasal dapur aku mengadap matahari jatuh aku memulakan operasi dengan membancuh tepung, satu aku letakkan perwarna merah, satu hijau dan satu lagi aku biarkan tanpa warna atau warna putih. Kemudian masakkan santan masuk pandan, masuk gula & garam. Part yang aku malas nak menggunting tepung. Biasanya mak memasukkan terus guntingan tepung kedalam kuah tapi disebabkan aku takut bubur tu kembang sangat aku gunting dalam air panas, angkat dengan penapis masuk dalam air sejuk lepas tu baru masuk dalam kuah.

Masuk ja waktu magrib buburlah yang aku jamah dulu, rasa macam tak sabar tengok guntingan tepung warna-warni dalam kuah santan yang lemak manis. Adik aku kat rumah depan pun malamnya datang lagi kat rumah bawak mangkuk, tak cukup semangkuk yang aku hantar. Itulah penangan bubur caca hasil tangan sendiri. Walaupun besar gedabak pasal aku malas nak menggunting dan masa dah suntuk tapi habis juga bubur aku. Selalunya yang buat aku malas nak masak benda-benda macam tu bila anak-anak pandang dengan sebelah mata, selalunya apa yang menjadi kegemaran aku anak-anak tak berminat kecuali bihun sup, laksa dan segala jenis gulai...hehehhee...

Layan le mata korang tengok My Home Made Bubur Caca - Bubur Caca Versi Mak Aku...tapi still tak leh lawan bubur caca yang mak aku masak. Rindunya kat mak...


Disebabkan kerajinan melampau aku dah siapkan satu periuk besar bubur caca. Sedekah jiran-jiran sorang semanguk, alhamdulillah rezeki yang ada di kongsi bersama.



Dah siap masuk mangkuk cantik-cantik untuk berbuka. Teruja dengan warna-warna yang menarik so malam tu berbuka dengan bubur, balik terawikh makan bubur bersahur pun boleh makan semangkuk lagi bubur. Berbaloi-baloi penat lelah aku siapkan bubur ini, puas hati walaupun agak penat menggunting.

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: