Syawal - Raya Yang Tak Sempat Beraya Sakan

10:44 PG JunAina 0 Comments

Entri ini memang betul-betul terlewat, dalam kesibukan kerja terlupa pula nak upload sedangkan entri ini dah lama aku tulis.

Syawal tahun ni rasa terlalu hambar dan hilang keceriaan, mungkin pertambahan umur membuatkan hati ini dah terasa lain atau mungkin jugak berjauhan dengan dia yg ku sayang menambah hiba di pagi syawal. Tahun ni jugak menginjak akhir puasa dan menyambut syawal dalam keadaan kurang sihat. Perjalanan balik kampung yang menyiksakan kerana terpaksa memandu dalam keadaan demam bertemankan anak-anak.

Selepas berbuka puasa malam terakhir ramadhan, hati menjadi terlalu pilu dengan laungan takbir raya di tv. Dalam keadaan yang letih akibat demam dan keletihan juga menyediakan juadah hari raya untuk keesokkan harinya aku terlena, tanpa mimpi indah. Jauh disudut hati aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik...menyambut syawal dan dapat mencium tangan dia yang ku sayang. Apakan daya takdir Ilahi mampukah aku melawannya.

Terjaga di keheningan pagi hati aku menjadi terlalu rindu pada dia yang ku sayang, semoga dia akan sentiasa dilimpahi kebahagiaan. Dia perlu tahu aku akan sentaisa kuat mengharungi apa jua cabaran, biarlah air mata ini hanya menjadi milikku seorang. Semuanya telah tersedia utk menyambut syawal, baju aku dan anak-anak juga sudah siap diseterika dan pagi syawal aku sambut dengan senyuman pengubat lara dihati sendiri. Insyaallah...semoga syawal yang akan datang membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat aku.

Kehambaran syawal kali ini juga membuatkan aku terlupa untuk merakamkan gambar untuk kenang-kenangan, hanya beberapa keping gambar yang sempat aku ambik itupun tak berapa cantik. Layan le gambar-gambar raya yang tak seberapa, tak sempat nak beraya sakan katakanlah...



















You Might Also Like

0 Rider Beraksi: