Saya Memandu 12 Jam

12:03 PTG JunAina 40 Comments


Pengsan!


Merancang balik Isnin kononnya Ahad jem teruk Isnin mungkin dah kurang sikit. Seperti biasa balik kampung laju-laju sahaja siap tapi bila bab nak balik Kajang semula bertanggung-tangguh, ada sahaja bendanya. Akhirnya kami anak beranak bergerak pukul 10.30am. Singgah Market Kodiang beli buah dokong, beli rebung madu berkira-kira nak digulaikan dengan ayam. Kat bonet ada ketupat palas kiriman mertua buat menantunya yang tidak balik beraya (sayang sangat kat menantu dia).


Separuh jalan dari Kodiang ke Jitra berhenti lagi beli buah yang banyak dijual sepanjang jalan. Beli buah jentik dan buah cempedak, cadang nak digoreng cempedaknya. Bayangkan sekilo cuma Rm2 sedangkan di Kajang mahu sekilo Rm7-8. Beli 2 biji sahaja pun kerana kat rumah tak ada siapa, jiran-jiran masih ada yang bercuti, tukang jahit saya pula bersambung raya di Kelantan sehingga hujung minggu.


Berkira-kira mungkin 6-7 jam lagi akan sampai ke Kajang, masa balik ke kampung dulu pun bertolak 10.30am sampai rumah mak pukul 4pm. Meneruskan perjalanan dengan aman, sampai R&R Gurun singgah bungkus nasi takut pula jem teruk kerana dalam radio bagi tahu ada lori rosak di dalam Terowong Menora, Gua Tempurung. Masak. Shell jem, minyak 3 bar speed ke Penang berkira-kira nak tambah minyak di Juru walaupun hati kuat kata kat situ sesak juga alhamdulillah ada Shell baru di buka di tepi jalan utama kat Penang jadi singgah kat situ penuhkan tangki.


Jalan start jem dari Plaza Tol Sungai Dua sehingga Plaza Tol Juru. Laju kejap, sangkut lagi. 7 jam perjalanan baru sampai Ipoh. Bertabahlah. Start Gopeng jem lagi. Akhirnya berhenti di Perhentian Ladang Bikam lepaskan lelah, air pula tak ada nasib baik bekalan air mineral banyak. Letih tak usah cakaplah. Buka tudung ambik botol tuang air atas kepala. Makan pun kami hanya berhenti di tepi highway selepas R&R Gunung Semanggul nak masuk ke R&R dah jem sangat.


Siksa nak melepasi Slim River. Kaki dah lenguh walaupun guna kereta auto, macam manalah yang bawak kereta manual agaknya. Bila mula memasuki lebuhraya denga 3 lorong keadaan lebuhraya sedikit lega walaupun kereta agak banyak. Akhirnya kami sampai ke Kajang jam 11.30 malam. Angkat barang ke tingkat dua, parking kereta terus tido. Nasib baik rumah sudah cantik berkemas sebelum balik ke kampung. Sejuk sikit mata dan hati.


Tahun depan saya nekad nak sambung cuti lebih sikit lepas raya. Azab kot memandu dalam keadaan jem macam tu. Bayangkan mengadap jem sepanjang beratu-ratus kilometer macam tu, stress kot. Akhirnya saya mc kelmarin, kaki rasa nak jalan pun tak larat.


Gambar raya, cerita raya minggu depan kot. Kamera tertinggal kat kampung tukang jahit saya tolong bawak balik nanti.



You Might Also Like

40 ulasan:

  1. ari Isnin jammed teruk ke? Mungkin dari utara sana kot. Kami dari Ipoh jugak Isnin (12hb) tu. Masuk hway jam 10.30pg. Smpai KL jam 1.30t/hari. Tersasar lebih kurang sejam lah.. sbb biasa 2 jam je atas hway. Sbb kereta byk, tp tak la smpai terhenti sbb jammed. Oke oke sajork :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10.30 pagi awal lagi kenderaan dari Perlis, Kedah dan Penang tak sampai lagi kot. Tapi kalau petang memmang jem tak bergerak, kalau dapat 40-50km sejam pun dah cukup bagus ini kadang2 terpaksa break dan bergenti terus.

      Padam
  2. Mungkin ramai yang berfikiran bahawa hari Isnin tu dah tak jem... Yang jadi, sebaliknya pula.

    Adik kakcik siap keluar kereta, posing atas lebuhraya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak Cik masing-masing mengharapkan Ahad tu ramai yang balik KL jadi sambung cuti lagi sehari last2 sama ja hasilnya.

      Nak bergerak awal2 pagi sebelum subuh faham2 jelah dengan anak2, dengan kesiankan mak nak masak itu ini lagi kesian diri sendiri nak bawak kereta gelap pagi tu...

      Padam
  3. hehe.ciannya akak.
    raya raya mmg jem kan. syukur smlm balik xjem..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Balik ke kampung ok ja, kat Perlis pun tak lah jem cuma kereta banyak sikit ja, balik KL memang hazab sangat.

      Padam
  4. itulah jadinya bila semua org bersesak2 balik kg. kakak saya bertolak dari Machang, Kelantan pd kul 9am dan sampai di BB Bangi pd kul 10pm...13 jam tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah raya jadinya semua berpusu-pusu balik kampunglah.

      Abe Kie 12 jam kudrat perempuan tak sama dengan 13 jam kudrat lelaki...:)

      Padam
    2. Abe Kie, blog private eh?

      http://amirofie.blogspot.com/

      Padam
  5. 12 jam. .msunya tension kan...mn nk buang air lg ...so..tahun depan amik cutilebih2 skit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal tahun depan nekad dah ambik cuti lebih lepas raya tapi masalahnya ada yg kena tinggal kat Kajang asyik merengek ja minta balik cepat.

      Padam
  6. tuuu diaaaa 12 jammm..sy drive 4 jam da krem kaki tangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib badan Anies weyyyyy...4 jam kalau tak jem belum sampai Perlis dik non paling 5 1/2 jam atau 6 jam...:)

      Kalau dah doblas jam tu hebakkkk sangatlah...eekkekee...

      Lenguh vontot, gigil kaki...sob...sob...

      Padam
  7. alamak... kita balik hari sabtu sangat aman damai dah tak rasa cuti raya pulak... memang seksa.. lagi seksa kita dah teruk beratur ramai yang potong Q.. isyh...
    bestkan balik kampung penuhler bonetkan..
    rayani tak balik botaker???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabtu petang dari Bota balik KL alkisahnya ada saudara terperangkap jem jugak. Bota? Balikkkk...dak ni mau muncung2 Pak Tuan...ekekek...

      Padam
  8. salam aidilfitri...

    mesti tak sabar nak sampai rumah...
    mana tak 12 jam memandu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa tu tak fikir nak berhenti rehat sangat dah fokus nak sampai rumah cepat ja boleh baring, badan letih masih mampu bertahan takut makin lewat malam otak pun letih jadi lambat bertidak bila sesuatu berlaku.

      Padam
  9. extreme nye cerita akak perjalanan balik beraya ni... pe pun syukur alhamdulillah family akak dah selamat sampai umah...selamat hari raya sis aina...maaf zahir dan batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Wawa...itulah nasib jadi perantau ni. Tak balik kalu raya dengan Indon dan bangla jelah kat Kajang tu.

      Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin jugak buat mu dik.

      Padam
  10. Adoila...lama tu...memang area Sg Dua sampai Juru tu rajin Jam lebih2 lagi time orang kalut balik ni..kami beraya pun tak berani lalu highway, semua lalu jalan biasa je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari Perlis sampai Pennag pun dah makan dekat 4 jam!

      Lalu jalan biasa dengan anak2 je takut sosat pulak...ahahaaa...

      Padam
  11. perghhh sangat mencabar..
    apa2 pn alhamdulillah selamat sampai =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaza...alhamdulillah sampai jugak tapi letihhhh sangattt...

      Padam
  12. Salam Aidilfitri Aina..

    Ya Allah.. tahu sangat perasaan tension bagai nak pengsan time jem tu.. sebab tu skrg ni kami lebih suka bergerak awal2 pagi bila nak ke mana2.. sanggup bangun 3 atau 4 pagi dari bersesak dalam jem..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidilfitri juga buat Fea serta keluarga.

      Boleh ja nak gerak seawal 3-4 pagi tapi rasanya bahaya kot bagi pemandu perempuan cam Aina ni, bawak 2 anak yg tak berapa nak besar lagi pulak tu.

      Padam
  13. bertabah la kak hehehe....

    saya tahun ni cuti sampai isnin... sbb tahun lepas dh merasa azab jalan jem hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isnin memang cuti sebab tu gerak balik hari Isnin rupanya jem jugak terpaksa sambung cuti sampai selasa, ketaq lutut habaq hang dok tekan minyak tekan break...ahahaa...

      Padam
  14. Kami punye perjalanan pulak lebih kurang 9 jam..dan sayalah pilot pertama tapi terpaksa tukar selepas 5 jam drive atas alasan sakit pinggang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak sorang ja pilot dlam kereta tu nak kena tunggu assistant buleh ambik lesen lagi 7 tahun kot. Jadi redha jelah bawak 12 jam tu.

      Padam
  15. Wah! Ini memang azab punya memandu 12 jam dlm jem... Memang boleh krem dibuatnya...mujur segalanya OK. Alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Syukur sangat saya dan anak2 sampai dengan selamat walaupun sekali dua saya terbreak mengejut jugak, dah letih tumpuan pun semakin berkurangan.

      Padam
  16. saya yg baca ni pun dah tension kak...huhu...mmg boleh pengsan kalau jem mcm tu sekali...huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sib baik ko orang dekat noks...ahahhaaa... Kalau dak pitam!

      Padam
  17. hebat memandu sorang se lama tu.adoi boleh bayangkan.tapi tk pa, bila smpai kmpung semua letih lega.bila smpai rumah sndiri pulak lega sbab jumpa pk tuan ha ha...tk cr dear.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak umur cam gini boleh lagilah esok2 dah bertambah angka tak larat lagi kot.

      Bila sampai kampung lega tengok mak peluk anak perempuan yang dok dengan mak, sampai Kajang pun lega sangatttt peluk Pak Tuan...ahahhaaaa...
      Pandai akak pancing nooo...

      Padam
  18. Aina
    Belum pernah lg akak kena sampai 12jam cenggitu
    Mmg pengsan laaaaaaaa
    Kira u kuat harungi juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Rahmah dah rezeki cam gitu kuat ke tidak kena harungi jugak, bertabah jelah.

      Janagnlah pengsan kalau pengsan sapa nak bawak kereta pulak!

      Padam
  19. Bukan kot lagi JA... memang azab bila driving tgh jammed ni hehe..OKje hari tu jammed jugaklah tapi tak teruk mcm belah sanalah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa...tu ayat nak sedapkan hati sendiri.

      Tapi serius memang hazab gila!

      Padam
  20. aritu blk drpd kelantan ke kl dekat 10 jam jgk la bertapa dlm kete..sebbaik anak2 zura tk meragam...risau gk takot bebudak tk tahan dok dlm kete lama2...

    BalasPadam