Toyol?
Kisah dulu-dulu masa belajar di Besut, toyol bermaharaja lela di Kuala Besut sehingga meresahkan mak saudara seorang kawan. Pelbagai usaha di lakukan tetapi tetap tidak berhasil. Biasanya kehadiran toyol ini mengikut musim, panas tak lama diam. Agaknya tuan punya toyol tu dah kaya kejap dia pun mintak toyol dia berehat nanti bila pulus dah kering dia suruh toyol dia bekerja semula
Sejak akhir-akhir ini gempar kat kampung mak kisah toyol yang menyerang dalam masa yang sama Ladang Tebu (Felda Chuping) tengah panas kisah toyol. Mula-mula dapat kesan di rumah makcik yang terletak agak ke tengah bendang, duit selalu hilang. Kalau ada 3 keping akan hilang sekeping, sebab kawan-kawan anak dia selalu keluar masuk rumah setiap hari dia tak ambik kisah sangat. Manalah tahu budak-budak tu yang ambik.
Satu hari tok menakan dari Yan, Kedah singgah ke rumah makcik dan bersolat di ruang tamu. Tok menakan ni perempuan dan mengamalkan Seni Silat Gayung. Sudah solat dia ternampak di hujung mata seperti benda bergerak cepat dan langsir sliding door seperti ditiup angin. Bangun mengintai dia nampak budak kecik berbogel tengah main batu-batu hiasan kat halaman rumah. Sekali lagi kat rumah mak, budak-budak selalu lepak sehingga dinihari dihadapan bengkel membaiki motosikal adik di depan rumah mak. Mereka nampak budak kecik melompat-lompat dan turun naik Toyota Hilux milik bapa saudara sebelah rumah mak (boleh kata bertemu dinding je pun rumah mak dan rumah mak saudara ni, rumah arwah toklah). Kadang-kadang kebiasaan juga anak kakak dan anak pakcik main sehingga lewat malam jadi depa ni berjalan ke depan rumah kononnya nak tegurlah suruh masuk rumah. Sekali sampai tak ada orang pun kat situ.
Secara logiknya budak-budak memang suka main jadi toyol ni bersifat budak-budak jugak, kalau dia nampak apa yang boleh main dia akan main-main kat situ. Contohnya jumpa batu hiasan kat rumah makcik, budak-budakkan suka lambung-lambung batu tu. Pas tu melompat-lompat dan turun naik Toyota Hilux, budak-budak kat rumah pun suka buat macam tu.
Mengikut kata pengamal perubatan tradisional toyol ini dilepaskan mengikut masa tertentu sahaja terutama magrib dan dinihari sekitar 12-1am. Jadi berhati-hatilah dalam masa tersebut. Cara penyelesaiannya bolelah ambik biji kacang hijau tabur kat depan rumah, sebab bila jumpa benda-benda bulat macam tu toyol akan leka bermain sehingga habis waktu dia akan balik kepada tuannya. Petua-petua lain campak bangkai mengkarung atas bumbung rumah (tak tahulah apa hukumnya sebab dah jadi bangkai). Cuma petua sahaja.
Korang pernah tengok toyol? Teman idok le dan tak ada keinginan pun untuk melihat toyol ini. Mintak dijauhkanlah tak teringin nak berkenalan pun dengan toyol ini. Korang nak beli toyol? Mengikut seorang penduduk utara tanah air toyol ni boleh di beli kat Siam semurah Rm300 seekor. Sapa mahu? Sila carik sendiri.
teringat citer upin ipin pasal toyol...hehehe....pastu si upin tabur kacang hijau utk leka kan toyol. padahal toyol tu si ipin yg suka mengingau mlm2 jln2 cari mkn kat dapur....hhahaha....
BalasPadamOwhhh tak tengok pulak episod tu tapi petua tabur kacang hijau tu seorang pengamal perubatan tradisional yang mak sedara pi jumpa suruh buat macam tu.
Padameeeiii takutnye kak...serams..
BalasPadamAkak risau jugak awal bulan Nov ni nak balik kampung...
PadamBukan kat siam je, jun, p mekah pun depa cari. Ada yang kata masa p melawat hudaibiyah, ada yg cari juga di situ. Wallahua'lam. Anak ke2 saya, sewaktu berusia 4-5 tahun, pernah nampak dan bermain2 dgn budak kecil tak de k**e dan bogel. Hati budak ni lurus agaknya. Takde dosa. Syukurlah, dgn bantuan seorang pengamal perubatan, mereka "dipisahkan",. Kata ustaz tu, depa nak berkawan dengan anak saya..wallahua'lam.
BalasPadamSampai mekah sana depa cari Kak Anim? Ishhkkk...
PadamBetul tu kak benda2 ghaib macam tu kita nak percaya susah tapi kalau kena kat diri sendiri baru kita sedar. Di muka bumi ni bukan manusia sahaja yg hidup kan kak?
kata-kata orang tua dulu.... pelihara ikan puyu dalam rumah untuk hindar hantu masuk terutama sekali toyol.... betul atau tidak wallahuallam
BalasPadamtq kak sebab bagi petua ni :)
BalasPadamKalau akak jual toyol saya nak beli la.. tapi tugas dia jadi tukang kebun kat kebun saya.. hahaha
BalasPadamayat last psl nak bela toyol 2, scary lawak.... eiiii Nauzubillah...
BalasPadampetua letak kacang hijau tu mmg betul lah,...
BalasPadamrumah jiran belakang rumah pernah dimasuk toyol...
BalasPadamyang kelakar sempat tangkap gambar lagi...tak tengok pun takutttt
Salam JunAina,
BalasPadamAkak tengok cerita toyol di tv. Apa nama cerita tu? Pandai budak tu berlakun sebagao 'toyol'
kiranya toyol nie mcm perniagaanlah jugak kan..org mls n tamak jer sanggup bela toyol nie..
BalasPadamSalam JunAina,
BalasPadamTengok budak berlakun 'toyol' di TV. Pandai dia membawa watak itu.
rm300 sekor? alaaaa xpelah.xnk lah.hahahaha.risau pulak sy kak.
BalasPadamSalam.
BalasPadamhehe jgn sampai syirik cerita2 toyol ni sudah le..
Betul tu Mama Ju tapi risau le jugak sebab banyak sangat kes2 macam tu sebalah sana sekarang ni, lagipun kampung Aina tu dekat sempadan Siam kat sana tu macam2 ada.
PadamSalam. hihi ckp psal toyol, kecik2 dulu sy pnh nmpk. ms tu masih tido sebilik dgn mak ayah. tersedar awal pg, ternmpk cm tgn budak kecik kurus kt tingkap kaca tgh menghulur masuk ke dlm bilik warna hijau2 gitu (tingkap kaca bertingkat2 tu). x fikir apa, takut punya psal, tutup muka, trs tertido semula.
BalasPadamesok paginya kecoh ayah hilang duit. ada rm200, tinggal rm100 je. hihi.
eeee..takut lak baca..
BalasPadammacam macam permainan syaitan nak menyesatkan anak cucu adam kan..
BalasPadambelom pernah lagi nengok toyol.. dan harap harap tak tengok le sampaii bila bila.. mak dara ni bukannya berani sangat dgn benda2 mistik mcm ni huhuhuhu
BalasPadamRM300 seekor? Eh, lebih baik masukkan dalam ASB, membiak gak duit tu. Samalah, tak teringin nak berkenalan, tak teringin nak jumpa. Kalau boleh, mimpi pun tak mahu.
BalasPadamAssalamualaikum Aina
BalasPadamtak nak tengok la....
Jun..ummi dengar cerita ni pun rasa seram.
BalasPadameeehhh takut la...mintak dijauhkan2 mende macamni...mau fengsan kalo jumper...
BalasPadamtak mahu lah kak...toyol tu rm 10 pun saya tak hingin nak beli...hahaha...gila siapa yang membela tu...
BalasPadamish Aina, walaupun baca post ni wktu siang tapi kepala dok pusing kiri kanan..he he takuuuut.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamKak toyol tu tak kacau orang cuma ambik duit saja. Belah2 kilang gula nu depa dok cheghita tengah dok kalut dengan toyol. Rumah Aina Changkat Jawi, jauh kot dari pekan...hehheee.
Padamx pernah terserempak n xmo terserempak
BalasPadammcm menyeramkan je
Assalamualaikum,
BalasPadamHuihhhhh! payah jugak nak bela benda hidup ni, baik lagi bela pokok bunga kertas hu huhuhuhu
Teringat pula kisah toyol di asrama dulu
BalasPadamTakut nak tengok benda-benda macam ni kak. Takda keinginan. Tapi kalau ikutkan memang geram dan kalau nampak nak perhambat je. Tapi tah ada keberanian ke tak. Hehe
BalasPadamAs salam K. JunAina,
BalasPadamBaca entry ni terus teringat cerita alamak Toyol! Kelakar & cute cerita tu... pernah dgr org2 tua cerita ada org beli toyol kat mekah... peluk tiang masjid jin & terus request nk toyol! ntah betul ntah tdk... hishhh... na'uzubillah...khurafat!
Sy pun takde keinginan langsung nak jumpa toyol. Minta dijauhkan lah..Berkenaan petua tu.. sy pun ada dengar macam tu. Biji kacang hijau tu nak leka kan dia..
BalasPadamassalam..
BalasPadamcite pasal toyol ni teringt kes thn lps..pas sorang2 kt rumah tu duit hilang sekeping2..
pas mtk ustaz tgk2 betol keje toyol..nauzubillah..dlm zaman moden mcm ni ada lagi org yg malas bekerja bergantung pd toyol je..
salam perkenalan :)
sikit ms dulu mmg kecoh psl toyol. amik duit org la, kacau org la... tp kalu jumpa dgn mata kepala sendiri x penah lg...nauzubillah
BalasPadamTak pernah tgk dan kalau boleh xmay tgk..farah nie penakut kak.. nasib baca siang kalau malam sure tak leh tido dh nie..huhuhu
BalasPadam