Semangat Kemerdekaan.

1:12 PTG JunAina 0 Comments

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Lagu yang menjadi nostalgia sepanjang hayat sempena kemerdekaan negara, walaupun penyanyinya sudah tiada tetapi semangat nyanyiannya tetap menular dalam urat nadi setiap orang yang mendengranya.
Tahun ini sekali lagi kita menyambut ulangtahun kemerdekaan dalam bualan puasa, maka tiadalah perbarisan berwarna-warni seperti biasa pada 31 Ogos sebagaimana setiap tahun tetapi masih ada pengisian-pengisian untuk menyambut ulangtahun ke-53 kali ini.

Sudah mula kelihatan di sana sini jalur gemilang megah di kibarkan terutama bagi syarikat-syarikat koorporat tetapi terasa sambutan hambar dari individu. Kalau dulu menjelang bulan Ogos orang ramai berebut-rebut membeli bendera dan dilekatkan pada kereta atau sudah ada yang mengibarkannya dirumah, tahun ni sudah menjelang 20hb tapi bila melalui lebuhraya Sg.Besi tidak ada satu kereta pun yg mengibarkan bendera. Terasa sedihnya...

Sudah hilangkah nilai patriotik dalam diri masyarakat sekarang atau mungkin mereka ada cara lain utk menunjukkan sikap sayang negara?


You Might Also Like

0 Rider Beraksi: