Hikram Di Jamuan Akhir Tahun

9:10 PG JunAina 0 Comments

Sabtu, 13 Nov 2010.

Menerima jemputan sehari sebelum majlis dan pada hari Ahadnya diadakan hari graduan di Putrajaya sedangkan kami sekeluarga telah punya perancangan untuk memenuhi undangan perkahwinan di Melaka. Nampak gayanya majlis Hikram terpaksa dikorbankan memandangkan yang kahwin adalah orang bawahan Tuan Syed, sebagai orang atasan dia perlu memenuhi undangan tersebut.

Tahun ini adalah tahun terakhir Hikram belajar di Tadika Kembang Padu, Taman Kajang Utama bermakna tahun hadapan dia akan mula melangkah ke alam persekolahan sebenar. Banyak perubahan pada diri Hikram sejak bersekolah di sini, dari seorang yang tidak langsung berminat untuk ke sekolah dan belajar menjadi seorang yang terlalu `excited' untuk melalui hari-hari persekolahannya. Mula berminat untuk membelek-belek buku walaupun tidak pandai membaca. Tidak dinafikan Hikram sedikit lambat dari abang dan kakaknya tetapi alhamdulillah berkat kesabaran Cikgu Rafidah dan Teacher Bama, dia mula mengenal huruf dan perlahan-lahan mungkin akan mula membaca.

Akan aku kenang sampai bila-bila juga pun perkataan pertama yang ditulisnya di rumah, masa itu aku cukup gembira bila dia menulis `HIKRAM' di dinding rumah walaupun itu adalah kepantangan Tuan Syed dia turut tersenyum. Bila di sekolah pulak dia selalu tertidur di dalam kelas, sama ada di kerusi atau di lantai cikgu akan biarkan sahaja sehingga waktu balik. Cikgu Rafidah pernah berkata `More better then mula-mula sekolah, pegang pensil macam nak membunuh orang'...hahahaaa...sampai macam tu sekali anak kecilku ini.

Aku akui dalam kesibukan kerja aku terlalu mengabaikan pelajaran anak-anak...insyaallah aku akan memperbetulkan keadaan selepas ini. Kekadang masa terlalu membataskan waktu, bila balik kerja badan pulak sudah keletihan...

Sekitar Majlis Jamuan Akhir Tahun Hikram...




Hikaram & his girlfriend Khatijah! Perghhhh....




Seorang lagi budak perempuan yang tak pernah berenggang dengan dia, setiap sealngkah Hikram dia pasti mengekori...hahhaaaa...kesian Hikram...




Bacaan pantun oleh murid tadika.

Penyampaian cenderahati oleh Ketua Wanita Umno Bahagian Serdang dan Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Kajang Utama En. Ibrahim Martibi.

Menikmati bihun sup lepas habis acara.


Sudut-sudut di sekolah yang pasti Hikram rindui....



You Might Also Like

0 Rider Beraksi: