Kejiranan Mula Tidak Selamat.

12:07 PTG JunAina 12 Comments


Petang semalam balik kerja dalam kesibukan mengejar Maghrib yang semakin di penghujung tiba-tiba jiran atas masuk ke rumah. Membawa berita keretanya telah dicuri! Terkedu dan tak mampu nak berkata-kata. memang betul-betul terkejut kerana setelah 10 tahun menjadi penghuni Blok B inilah pertama kali kehilangan kereta terjadi. Kebiasaannya hanya motor sahaja.

Ahad malam, lebih kurang pukul 11.30 terdengar enjin kereta dihidupkan kebetulan bunyinya agak kuat kerana menggunakan paip ekzos yang besar. Membuat andaian mungkin mereka ingin keluar makan lewat malam tetapi agak tertanya-tanya kenapa Ah Chai (jiran ini berbangsa Cina) memanas enjin agak lama. Tidak terlintas juga dihati untuk menjengah ketingkap padahal kereta itu di parking berdepan dengan tingkap bilik tidur utama manakala rumah Ah Chai dan Ping-Ping(isterinya) berada di tingkat atas. Pada malam tersebut jugak meurut Ping-Ping mereka tidur awal dan di bilik tidur utama rumahnya pula dihuni oleh orang lain dan dia juga mendengar enjin kereta dihidupkan juga membuat andaian pasangan itu telah keluar.

Modus operandi:

1. Memerhati sekeliling supaya selamat, berjalan menuju kekereta (kerana pada masa itu tidak kedengaran moto masuk.)

2. Memecah masuk kereta.

3. Menghidupkan enjin kereta. Kelihatan seolah-olah tuan punya memanaskan enjin kereta sebelum bergerak dan dalam masa yang sama berusaha membuka kunci tambahan di dalam kereta.

4. Memilih awal malam untuk megelakkan curiga jiran-jiran.

Malamnya tidurlah dalam keadaan tidak tenteram dan asyik terjaga, secara kebetulan pula si Junior demam. Tidurlah juga dengan tingkap yang tidak bertutup, risaukan si Biru yang ditinggalkan di bawah. Apa yang termampu hanya berusaha, berserah dan bertawakkal agar semuanya selamat. Doa yang terbaik agar anak-anak kita serta harta kita sentiasa dijauhkan dari pandangan jahat mata manusia dan syaitan yang direjam.


Inilah si Biru kesayanganku, my first car yang tiada perkongsian. Sendiri beli, sendiri bayar, sendiri service dan sendiri guna...kekekekee... Dek kerana kesusahan nak mendapatkannya hatiku resah dan gelisah membiarkan dia sendirian di bawah!


Nukilan Aina: Kesian Ah Chai dan Ping-Ping, tak kira apa juga bangsa dan agamanya tetapi bila musibah sebegini berlaku hati tetap terasa. Peritnya untuk mendapatkan sesuatu tetapi hilang atas tidak bertanggungjawabnya manusia yang lain.



Buat semua kengkawan, masa masih mencemburui kita. Masih gagal nak buat BW walaupun dah rindu sangat nak jalan-jalan dan baca-baca tetapi masih tiada kesempatan. Satu hari pasti Aina akan sit down seharian dan merempit dgn KRISS biruku kehalaman kalian.




You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Jun,

    Ikhtiar dan berdoa, itu saja yang kita mampu.

    Di kawasan rumah akak bab hilang kereta belumlah lagi berlaku (tak taulah kalau tidak dalam pengetahuan) tapi kereta kehilangan keempat2 tayar keraplah berlaku. Kehilangan motor dari dalam pagar rumah berlaku.

    BalasPadam
  2. skrg ni xselamat belaka..dlm rumah ke..luar rumah ka..huhu

    semoga kita sentiasa hati2 la..
    dan kita semua terhindar dr musibah gini

    BalasPadam
  3. bahaya ni.. kene pasang alarm.. erkk.. tempat tu takde guard ke? biasanya kalau bayak blok2 ni ad guard yang jaga kan..? hehe..

    BalasPadam
  4. Rasanya, kalau boleh hendak sahaja dilipat2 kereta itu untuk dibawa masuk ke dalam rumah, kan? :)

    BalasPadam
  5. memang tak lelap tidur dibuatnya kalau ada kejadian curi kereta atau pecah rumah berlaku di kejiranan kita.

    BalasPadam
  6. itulah akak kita hanya mampu berdoa dan bertawakkal...hanya Allah juga yg lebih mengetahui.

    dah lama juga tak berlaku kes kecurian yang biasanya melibatkan motosikal kat kawasan rumah tapi tiba2 ada kes hilang kereta mau tak melompat!

    BalasPadam
  7. itulah sarah, kak aina takut sangat terutama bila melibatkan anak-anak.

    BalasPadam
  8. yana...

    akak duduk flat biasa je, tak ada guard tapi inilah kes pertama kehilangan kereta sejak akak duduk kat situ.

    BalasPadam
  9. betul tu kak cik, kalaulah aina ada kuasa utk kecikkan kereta tu dan simpan dalam rumah dan besarkan kembali bila nak guna alangkah bahagianya....

    BalasPadam
  10. saya sokong tuan haji...memang tak lelap dibuatnya. kalau dah tak ada rezeki kuncilah macam mana pun tetapi yang penting kita kena ikhtiar dan redza.

    BalasPadam
  11. assalam...

    mana2 skrg ni pun x slmt dah...
    ditmpt sy sndr smlm ada kecurian brg..yg dasyatnyer siang2 buta dorang wat keje ni..org kite lak tuh, sy pun dah x tau apa nak jd ngan bangsa & masyarakat kite..

    slm kenal..

    BalasPadam
  12. sbb tu akk tak berani nak parking kereta di luar, w/pun kawasan ni belum lagi ada kejadian mcm tu.

    BalasPadam