Al-Fatihah - Tragedi Sebagai Peringatan

5:19 PTG JunAina 6 Comments

Salam buat semua, sudah agak lama rasanya Aina tidak menulis sesuatu di halaman ini. Terasa rindu menebak di dada seperti kehilangan sesuatu, ibarat mencari cahaya dalam kegelapan. Hari ini kesempatan itu datang, alhamdulillah dalam kesibukan masih mencari ruang untuk bersama kawan-kawan di alam maya.

AL-FATIHAH buat semua 16 mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Ulu Langat. Pemergian mereka semoga di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan janji syurga untuk mereka. Hanya itu yang termampu kita lakukan dari jauh dan setiap kali melihat berita air mata tak mampu di bendung. Sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui rahsianya.

Alam menjadi marah dengan manusia yang sesuka hati menarah bukit dengan rakusnya dan menebang pokok di sana sini tanpa memikirkan risikonya atau juga itu adalah satu peringatan Allah (s.w.t) terhadap kita sebagai hambanya. Mengingatkan kita kepada tanggungjawab kita terhadap anak-anak yatim. Bahawa mereka juga manusia, perlukan pembelaan, perlukan kasih sayang dan perlukan perhatian. Pahalalah bagi seorang umat manusia bila hanya mengusap kepala anak yatim, subhanallah...sedarkah kita?

Dalam hadith disebut “Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat."

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)

Bila tragedi sebegini berlaku banyak bantuan, pemantauan dan sebagainya datang sedangkan sebelum ini kewujudan mereka dipandang sepi. Berapa ramaikah yang tahu kewujudan Rumah Anak Yatim Al-Taqwa sehingga kejadian ini berlaku? Kenapakah juga tiada pemantauan dari jabatan yang sepatutnya dikawasan tersebut, sekurang-kurangnya pemberi nasihat dan panduan. TIADA.

Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hendaklah lebih bertanggungjawab dan jangan hanya memberi alasan untuk melepaskan diri sendiri. Bila tragedi berlaku tak perlulah mengira berdaftar ataupun tidak sesuatu Rumah Anak Yatim tunjukkanlah sifat pengasihnya seorang ibu dan bertanggungjawabnya seorang pemimpin! Peganglah amanah yang telah diberi sebaik mungkin dan jangan hanya menjadi menteri yang hanya pandai bercakap. Bukannya bila PM atau TPM turun padang baharulah Menteri yang bertanggungjawab mengikut dibelakangnya. Dia sepatutnya lebih proaktif, sepatutnya berada di sana pada hari kejadian atau pun mungkin terlalu sibuk hantarlah Timbalan Menterinya atau exco-exconya tetapi sayang TIADA! Mintalah kakitangan membuat pemantauan di rumah Anak Yatim yang tidak berdaftar.

Sepatutnya kita bersyukur tanggungjawab kita membela anak-anak yatim ini telah diambil alih oleh seorang yang lain, sekiranya tidak kita bakal disoal diakhirat. Tragedi ini semoga dapat membuka mata banyak pihak. Membuka juga pintu hati insan yang telah kelam. Memberi nafas baru jugak kepada anak-anak yatim di seluruh Malaysia. BANTULAH MEREKA!

Inilah mereka anak-anak yang sebahagiannya telah syahid.

Nukilan Aina: Bila tonggak keluarga telah pergi, pincanglah keluarga...dan hanya anak yatim memahami situasi dan perasaan anak-anak yatim yang lain. Pengalaman lalu membuatkan air mata ini terus menitis.


You Might Also Like

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Alfatihah untuk yang pergi dan takziah kepada keluarga yang tinggal. Tabahlah hati, Allah tahu apa yang DIA uji itu sebenarnya sesuatu yang kita mampu menanggungnya.

    BalasPadam
  2. al fatihah tuk anak2 yang terkorban.mmg sedih.....rasa marah, rasa menyampah pada yang baru nak trkaji2 kenapa musibah ini terjadi.kenapa pemimpin kita tak belajar dari tragedi yg lalu.....

    BalasPadam
  3. betul .. perkara pertama yang dibuat oelah menteri itu adalah melepaskan tanggungjawab dia. kali ini nasib dia baik kerana rumah itu tidak berdaftar. andainya nanti (minta dijauhkan Allah) ada rumah anak yatim yang berdaftar ditimpa musibah, apakah agaknya jawapannya kelak.

    BalasPadam
  4. saya setiap kali baca n3 pasal anak yatim ni akan sebak didalam dada...
    tak taula kenapa...maybe saya ni selalu ingatkan diri sya..bayangkan kalau saya ditempat mereka tanpa ayah dan ibu...
    Ya Allah tak sanggup aku menerima dugaan ini Ya Allah...

    BalasPadam
  5. ada yg kata...rumah itu pernh buat permohonan utk daftar dgn kebajikan..tp di tolak....sudahnya mereka berdiri sendiri...entah la...

    sayu hati bila ikuti kisah ni...betul tu..Allah nak bagi amaran pada kita melalui musibah ini...

    al-fatihah buat semua yg terkorban...

    BalasPadam
  6. Yang berlaku sudah pun berlaku. Apa daya kita untuk menolak bala yang datang.

    Semoga mereka yang pergi dirahmati..

    BalasPadam