Bila Cinta Berputik

5:58 PTG JunAina 8 Comments

Sebentuk cincin permata berlian pengikat janji antara dua hati yang jiwanya telah bersatu. Bila cinta telah berputik tiada lagi yang mampu menghalang dan terpatrilah janji akan tibalah harinya bakal menjadi raja sehari.

5 June 2011.
Dalam diam-diam si comel ini rupanya telah serius menjalin hubungan cinta! Tiada gossip-gossip liar di dalam keluarga dan secara tiba-tiba sahaja menerima jemputan ke majlis pertunangan puteri tunggal ibu saudaraku Puan Rosnani Senapi dan Encik Othman Ali. Kebetulan menerima cucu ke-dua dan majlis cukur jambul turut diadakan.

Tahniah buat Cila, juga buat pak cik dan mak cik coz tak lama lagi akan menerima ahli keluarga baru. Keduanya bukan hanya setakat ibu dan bapa saudara sahaja malah ku anggap lebih dari itu.

Inilah dia si manis yang telah pun selamat bertunang. Cantik dan berseri...

Antara hantaran kedua belah pihak. Putih dan pink dari pihak perempuan kepada pihak lelaki dan biru dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Kalau tak salah 11 berbalas 13 dulang, almaklumlah si teruna anak sulung dalam keluarga... Semua hantaran adalah hasil kreatif Puan Rosnani (mak menakan cheq la tu).

Ini pulak cenderahati buat tetamu dari pihak lelaki, pinkkk gitu...air tangan si dara dan ibunya. Tak terkecuali juga goodies bag yang berisi biskut yang sama, Surah Yassin, bunga telur dan kerepek buat kumpulan marhaban pada sebelah petangnya untuk majlis cukur jambul.

Ini adalah hantaran tradisional dan istimewa dari ibu si dara. Agar-agar kering.

Sebenarnya Ibu Saudaraku ini adalah pemilik Rose Catering. Juga menjadi supplier biskut di musim perayaan. Menerima juga tempahan membuat agar-agar kering, boleh le jadikan gift untuk majlis perkahwinan. Gift untuk majlis pertunangan kali ini adalah hasil kerja tangan ibu saudaraku. Sedia menerima tempahan untuk semua acara termasuk membuat gubahan hantaran.

Selesai sudah...kini cuma menghitung saat manisnya bertunang dan persiapan untuk majlisnya, walaupun tempohnya setahun andai dah jodoh pasti tidak dapat di elak...







You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Assalam aina..tahniah dan selamat bertunang untuk sedara aina.
    bermula jugak cabaran alam pertunangannya..

    BalasPadam
  2. Semoga berpanjangan jodoh mereka ke akhir hayat. Amin.

    BalasPadam
  3. "tahniah,tahniah..selamat menjadi tunangan org,ucapan untuk ank menakan aina.."

    BalasPadam
  4. masa cuti sekolah itu ari ada la jugak sepupu bertunang. tengok gaya orang bertunang sekarang, mengalahkan masa berkahwin dulu. itu baru bertunang, tak tahulah esok2 bila dah kahwin nanti

    BalasPadam
  5. terima kasih kak erna...org kata masa bertunang darah manis, banyak cabaran. semakin dekat tarik nak kawen semakin macam2 jadinya...

    BalasPadam
  6. terima kasih kak pia, teringat zaman dolu2 masa kita bertunang tapi tak ler grand sampai macam tu...biasa2 aje...

    BalasPadam
  7. eelobor...

    akak setuju sesangat. kalau dulu bertunang sekdar keluarga terdekat menjadi jemputan. hantaran pun biasa2 saja, kadang2 baju pun baju kurung biasa saja...

    sekarang...hantaran barangan branded, kenduri siap pasang khemah, baju merip merelap siap anak teruna pun ikut juga dalam majlis...dulu tadak...

    BalasPadam