U-Turn Maut - Tol Bukit Kajang

1:10 PTG JunAina 12 Comments

Sekali lagi pusingan-u sebelum Plaza Tol Bukit Kajang telah meragut nyawa insan, kali ini entah anak siapa, entah suami siapa dan entah anak mana pula yang menjadi yatim. Rasanya sejak lebuhraya ini dibuka telah berkali-kali kemalangan berlaku di u-turn ini. Siapa pula yang harus disalahkan? Lebuhraya ini di buka pada tahun 2004, wujud untuk mengurangkan kesesakan bandar Kajang, memudahkan perjalanan ke Semenyih, Putrajaya, Balakong dan Jalan Cheras. Boleh rujuk di sini.

Jika dulu Kajang Utama adalah jalan mati kini sangat mudah untuk kemana-mana kerana Kajang Utama berada di tepi lebuhraya tetapi ada harga yang harus di bayar. Jika dulu pergi dan balik dari kajang hanya 5 minit melalui trafic light Taman Kajang Utama tapi kini kenderaan perlu membuat pusingan-u sebelum Plaza Tol Bukit Kajang. Hampir 2 km untuk pergi dan pusing semula balik ke Taman Kjang Utama juga 2 km menjadikan perjalanan untuk membuat pusingan-u sahaja lebih kurang 4 km. Bagi penunggang motosikal mungkin punyai pilihan dengan melalui jalan di bawah jambatan keretapi dari Jalan Reko tetapi tidak digalakkan melaluinya pada lewat malam kerana pernah terjadi rompakan di jalan berkenaan.

Pada awal ke wujudannya bila ada penduduk yang protes pernah timbul desas -desus sebuah terwong akan dibina bagi memudahkan akses penduduk di sekitar Taman Kajang Utama. Sudah juga di masukkan kedalam belanjawan  Rancangan Malaysia Ke-8 tetapi sehingga kini tidak ada tanda-tanda langsung terowong akan dibina.

Tidak lama lagi akan siap juga projek Kajang 2 dan salah satu aksesnya juga adalah melalui Kajang Utama. Semakin sibuklah jalanraya disekitar penempatan ini. Semakin banyak jugalah kerenah manusia akan penduduk hadapi. Semakin bimbanglah ibubapa yang anaknya bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang terletak bersebelahan. Orang zaman sekarang selalui hilang pertimbangan diri bila dapat memegang stereng kereta. Apa yang mampu kita buat? Hanya berserah dan bertawakal.

Penduduk menjadi mangsa keadaan. Pihak bertanggungjawab lepas tangan seolah-olah tidak nampak masalah penduduk. Kemana perginya janji terowong dahulu. Pada siapa harus ditagih janji ini? Pada tuan punya konsesikah atau juga kepada kerajaan? MIROS megah di tepi lebuh raya SILK tetapi hanya beberapa kilometer di hadapan telah berkali-kali kemalangan berlaku. LLM pula hanya lebih kurang 6km tetapi seperti jugak MIROS, kaku. Mungkin perlukan aduan tetapi akan di layankah aduan insan sekecil kita?




You Might Also Like

12 ulasan:

  1. biasa kalau jalan melibatkan u -turn memang ada masalah macam tu, sbb lepas buat u kena susur kan? kalau tiada kerjasama begitulah jadinya

    BalasPadam
  2. bahayanya la , pihak berkuasa nie buka la mata sikit x kan sampai berpuluh nyawa di ragut baru nak amek tindakkan..

    BalasPadam
  3. uturn mmg byk jgk xciden..
    kdg2 kita xperasan ada kete atau xdpt agak...

    jln raya mmg utk kemudahan..gunakan dgn berhemah utk elak semua itu..

    BalasPadam
  4. Nampaknya masih ada yang belum selesai. Tentulah ada kajian lagi yang perlu dibuat.

    Kalau pusingan tu dah jadi pusingan maut, elok tak perlu diadakan terus.

    “Bogel Menuju TUHAN” by Zahiril Adzim...

    BalasPadam
  5. emm..kalau dah meragut nyawa kena ada tindakan lahkan..tak perasan kt mana tu..dulu belajar kat ukm..area kajang mcm tak pesat lg huhu

    BalasPadam
  6. sayangsayangibu...

    yang selalu jadi mangsa adalah penunggang motosikal tetapi mereka memang tiada pilihan...

    BalasPadam
  7. itulah pasal amy...manusia ni bila terantuk baru terngadah, bila dah kena batang hidung sendiri baru terperasan...masa tu dah tak berguna...

    BalasPadam
  8. memang betul sarah...bayangkanlah lebuhraya 3 lorong dan u turn berada dilorong paling kanan! semakin dekat dengan plaza tol lebuhraya semakin pulak melebar...

    kadang2 pemandu tak perasan tetapi selalunya walaupun dah dekat plaza tol masih memandu dengan laju...

    BalasPadam
  9. kak azie semua tu tak akan selesainya sampai bila2...kesian kan?

    Aina dah email ke LLM, tunggu respon depa...

    BalasPadam
  10. suri...

    lebuhraya ini kalau dari putrajaya straight je ikut sg ramal, boleh keluar je balakong, jalan cheras dan ke semenyih jugak LEKAS(kalau nak gi N( le...)

    BalasPadam
  11. Yang membuat U-Turn patut dikenakan hukuman berat, sebab yang terlanggar tidak sangka ada orang buat U-Turn.

    BalasPadam
  12. aisyan...

    kat situ memang disediakn u-turn untuk penduduk yang berada ditaman perumahan di sebelah sana. malangnya u-turn ini berada di kiri jalan bermakna penunggang motosikal terpaksa melintasi lorong paling kiri yang merupakan lorong paling laju...

    BalasPadam