Andai Bukan Rezeki Kami

2:21 PTG JunAina 9 Comments

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Aina. Sms bertalu-talu masuk sejak pulul 12.08am. Ucapan dari adik beradik, anak-anak, anak saudara, sepupu dan kawan-kawan. Terima kasih atas ingatan dan segala doa kalian. Hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalasnya.

Senyum. Suka tetapi terselit sedikit cerita duka. Bukan menyesal tetapi cuma ralat. Pertama. Telefon bimbit yang Aina belikan sempena ulangtahun kelahiran Pak Tuan pada 3hb Jan lepas hilang. Lalai. Cuai. Silap diri sendiri. Pak Tuan minta di chargekan telefon tu kat pejabat dan dia masih menggunakan telefon bimbit lamanya, sementara itu dia ke Damansara berjumpa seseorang. Telefon bimbit itu tidaklah mahal.

Petang Pak Tuan jemput. Masukkan surat khabar, dokumen di dalam sampul surat ke dalam beg. Sebelum itu masukkan beg duit, kamera, beg telefon bimbit. Paling akhir selepas masukkan suratkhabar masukkan telefon bimbit Pak Tuan, bermakna berada di bahagian atas. Singgah R&R Sungai Besi, minum. Buka beg keluarkan beg telefon bimbit kerana duit kecil memang diletakkan di situ. Bayar harga kuih, keluar oder air dengan baki duit di tangan. Lebihan selit di celah poket kecil tanpa membuka beg. Balik rumah telefon bimbit tak ada. Telefon kawan kat pejabat minta tengokkan manalah tahu lupa, juga tak ada. Menangis. Pak Tuan pujuk mungkin itu bukan rezeki kita.

Pak Tuan pula kelihatan agak resah. Rupanya dia juga kehilangan sesuatu semasa solat di Masjid KLCC. Kebiasaannya dia akan membuka jam dan cincin. Letakkan di dalam poket beg, berwuduk dan bersolat. Usai solat jam dan cincin dicari. Malangnya hanya jam yang ada tetapi cincinya tiada. Cincin suasa bermata delima pemberian Aina sempena hari lahirnya hampir 10 tahun yang lalu. Memang terasa janggal bila cincin yang setiap hari tersarung di jari sejak 10 tahun kini tiada. Kelihatan bertapa terkilan di raut wajahnya.

Telefon mengadu dengan mak. Rupanya Syahizat iaitu adik kat kampung juga kehilangan telefon bimbitnya semalam. Ralat baginya kerana bercadang hendak memberi telefon itu kepada Angah setelah dia membeli telefon baru minggu lepas. Di masukkan telefon ke dalam jacket ke pekan bila hendak balik terasa poketnya ringan dan zip terbuka.

Aina menangis semalam. Pak Tuan memujuk. Andainya masih rezeki kita insyaallah ada dan sekiranya hilang itu bermakna bukan rezeki kita. Insyaallah Allah s.w.t akan memberi rezeki lain yang lebih manis. Juga peringatan untuk kita mungkin kerana terlalai. Sama-samalah kita memperbetulkan dan bersangka baik. Akur. Hari ini tiada lagi perasaan tertekan. Aina redza.


You Might Also Like

9 ulasan:

  1. Happy birthday kak

    Mungkin bukan rezeki akak tapi insyaALLAH rezeki akak akan bertambahs selepas nih..

    p/s kak, blog akak kne malware la...dr blog ustazhar.net..nih pun sy proceed own risk...

    BalasPadam
  2. Selamat hari jadi Aina..

    Benar kata Pak Tuan tu...mmg bukan rezeki...dan ada hikmahnya...Saya 5 bulan yg lepas kehilangan cincin perkahwinan saya, di masjid juga, masa ambil wudhu...Tak tahu misplaced ke mana...Mmg rasa janggal, cincin yg saya pakai hari2 sejak mula kahwin tahun 2006, hilang!

    BalasPadam
  3. happy birthday kak..

    kadang2 mmg kita tau ada hikmah setiap kejadian tu..tapi tetap ada rasa sedih dan ralat bila barang yg dihadiahkan orang tersayang tu hilang kan kak..

    BalasPadam
  4. Happy Birthday Aina..

    Sabar laa Aina dah bukan rezeki.. Moga diberi rezeki lebih lagi oleh Allah masa akan datang..In sy Allah..

    Dah petang nie baru leh masuk.. website Aina.. 2 hari.. try masuk ada malware..

    BalasPadam
  5. alor busyuk busyuk..bthday dia ka hari ni.happy bthday Aina.satu soalan mengguris jiwa ( saja nak perangat dia ) tk balik kmpung ka? cuti pjg ni.kami ni bru dok plan nk pi bcuti..

    BalasPadam
  6. Takpa, ada la hikmahnya nanti tu. Ada rezeki nanti ganti lah yang baru. Jadikan pengajaran.

    BalasPadam
  7. Oh ya... Malware di blog Aina datang dari ‘ustazazhar.net’ rasanya.

    BalasPadam
  8. selamat hari jadi, moga dipanjangkan umur dan diluaskan rekeki, rezeki yg lebih baik dr yg hilang tu juga.

    BalasPadam
  9. hepi besday akak june yee.., wak pon baru hilang roadtax motor jugakk., UHhuu

    BalasPadam