Selamat Ulangtahun Kelahiran

12:11 PTG JunAina 13 Comments

Tahun baru bermakna semakin bertambah jugalah umur. Semalam 3 Febuari Pak Tuan menyambut ulangtahun kelahirannya. Hanya doa yang dan harapan agar suami tersayang sentiasa sihat dan berada dibawah rahmat yang Esa selalu.

Tahun ini Pak Tuan dapat hadiah telefon bimbit. Selalu sangat merungut dengan smart phone touch screen yang digunakan. Aina belikan je telefon bimbit Nokia biasa tu sebagai ganti. Mudah. Orang lama dan orang yang sangat simple macam dia memang tak sesuai menggunakan telefon serba canggih macam tu. Mudah bagi orang muda tapi susah bagi dia. Pelik.

Apapun tahun ini kami berkongsi kek sahaja. 3hb Feb dan 6hb Feb hanya selang tiga hari. Meraikan bersama anak-anak di rumah sahaja memandangkan kesihatan Aina yang tidak mengizinkan sejak akhir-akhir ini. Hidangan pun semuanya beli. Kek yang ditempah, yong tau fu dan kebab dari pasar malam belakang rumah.




You Might Also Like

13 ulasan:

  1. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik buat Pak Tuan dan Aina sekeluarga. Amin.

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir wat keduanya..semoga dipanjangkan usia dlm peliharaan ALLAH...

    BalasPadam
  3. Semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi kesihatan yg baik2

    BalasPadam
  4. Aina, amboi romantiknya. I sukaaaa.moga cepat sihat balik mcm besa na...ubatnya senang ja. Balik Perlis buang 2 ,3 hari lega smua penyakit.he he

    BalasPadam
  5. Bestnya Aina birthday selang 3 hari dgn suami - betul senang sekali gus buat serentak.

    Selamat ulangtahun buat Aina (in advance) dan Pak Tuan (happy belated). Moga terus mendapat limpahan keberkatan dan rahmat dariNya.

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Lahir untuk kedua2nya... kongsi2 la yang bawak lebih bahagia...

    Makchaq pun sama tak reti pakai tepon canggih.. pakai hat pesyen lama ja..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. semoga keduanya terus mendapat keberkatan umur dan menikmati kasih sayang hingga ke syurga..

    BalasPadam
  8. selamat hari lahir ...dimurahkan rezeki...dipanjangkan usia untuk beribadat ..kekal bahagian hingga akhir hayat...

    BalasPadam
  9. selamat hari lahir ....dipanjangkan usia untuk beribadat dan ...kekal bahagian hingga akhir hayat...

    BalasPadam
  10. Ringkas, simple tapi tetap merasa bahagia dan gembira. Apa kisah apa orang nak kata, kan?

    Selamat Pak Tuan!

    BalasPadam
  11. moga terus kekal bahagia selamanye ye

    BalasPadam
  12. happy belated b'day aina dan suami...moga kekal bahagia selamanya ya. sorry lambat wish!

    BalasPadam
  13. Selamat ulang tahun buat pak tuan n aina...may there be many more birthdays to come

    BalasPadam