Baju Raya

1:06 PTG JunAina 22 Comments


Puasa lebih kurang 3 minggu lagi dah dekat sangat tapi bagi kaum ibu telah mula memikirkan persiapan raya untuk sekeluarga almaklumlah tak mahu kalang kabut nanti. Lagi pun bila tiba Ramadhan boleh fokus kepada amal ibadat dengan aman. Bagi yang belum habis ganti puasa masih ada waktu lagi.


Tahun ini insyaallah anak-anak mak semua akan beraya di Perlis dan akan berlangsung juga majlis penting dalam keluarga, moga Allah s.w.t permudahkan urusan. Jadi sebagaimana biasa mood raya akan menjadi lebih tahun ini sebab mak taklah lemau sahaja di pagi raya bila anak perempuan bungsu dia beraya di rumah mertua seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini mesti penuh sesi jalan-jalan dan makan-makan.


Baju raya pun mestilah lebih dari satu mungkin tiga atau empat tetapi itulah setahun sekali buat baju masa lain memang jarang sangat buat baju baru. Tahun ini awal-awal lagi minta tukang jahit siapkan baju raya kakaknya dahulu supaya nanti taklah malam raya baru sibuk nak jahit leher baju.


Hujung minggu nanti pula akan membeli-belah keperluan anak-anak untuk hari raya nanti. Mama sudah kekurangan kudrat untuk berjalan-jalan membeli belah di bulan puasa. Bila letih anak-anak pun akan mula buat perangai. Baju Melayu beli dekat nak raya ambik mood raya, tahun ini beli siap sahaja.



Sepasang dah siap lega, Pak Tuan puji baju cantik. Kenangan jalan-jalan Kelantan cuti Hari Pekerja. Satu pasang lagi telah siap digunting, lagi dua masih dalam rekaan fesyen...ahahaa... Raya sakan weiiii...




You Might Also Like

22 ulasan:

  1. boleh mengurangkan pahala puasa bila membeli belah dengan anak-anak masa puasa..ya lah..
    hanginnn je!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingat kita ja cepat hangin dengan anak2!

      Padam
  2. Lebih baik sedia awal boleh concentrate berpuasa di bulan ramadhan.
    Kalau masa puasa itulah nak menjahit letihlah Aina...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Zakie... Adik Aina tukang jahit maslahnya bila puasa dia hanya tumpukan untuk siapkan baju pelanggan baju Aina ni akhir2 la kalau sempat kalau tak melopng tak de baju raya.

      Padam
  3. Cantik warna dan corak baju tu. Kakcik suka... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik kain ni berkaki sebenarnya adik Aina pusingkan buat letak kat bahagian depan... Suka corak ni walaupun pada mulanya rasa warna macam tak best bila jadi baju cantikk...

      Padam
  4. Ramadhan dah boleh fokus ni kak..

    BalasPadam
  5. kans.. persiapan awal itu bagus..

    BalasPadam
  6. Bagus beli awal-awal. Boleh dapat harga murah lagi sekarang ni.

    BalasPadam
  7. Saya tak ingat bila kali terakhir saya beli baju raya. Rasanya dah banyak tahun dah tak beli baju raya untuk saya. Anak2 yg berusia 20 tahun ke atas juga terpengaruh dengan saya tak kisah sangat tentang baju raya. Cuma anak yg berusia belasan tahun masih diminta beli baju raya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang lelaki lebih simple dalam menyambut hari raya tetapi sebagai isteri saya tetap akan menyediakan pakaian raya buat setiap ahli keluarga termasuk untuk suami.

      Padam
  8. Betul tu kak, elok buat persiapan awal awal di bulan Syaaban ni..
    Masuk Ramadan, concentrate ibadah..rugi setiap saat dlm Ramadan tu kita buang..
    Cantik baju raya tu kak :)

    BalasPadam
  9. wahhh cantik baju raya akak...

    BalasPadam
  10. memang susah nak tempah kalau lambat2 kan.. akak pakai apa yg ada je lah dear.. cuma tempah satu je..

    BalasPadam
  11. alahai bestnya bila bole buat baju sendiri.....Nak juga!


    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    BalasPadam
  12. Jika boleh mmg sebolehnya takmo cari baju waktu puasa...
    Tapi selalu teringat bilamana dah saat tukang jahit takmo ambil tempahan.
    Akhirnya
    Baju raya kami tak sedondon.
    Tahun ni ALHAMDULILLAH.
    Ada budak dapat elaun belanja adik beradiknya baju raya sedondon.
    Baju raya duit elaun itu yg sangat mengharukan.
    Mak dia dapat juga sepasang dua.
    Baju abahnya masih belum gunting tp dah ada kat tukang jahit.

    BalasPadam
  13. cantik..cantik..pandai pilih corak
    kak punya baju raya anak beranak baru hantar tailor...
    tak taule sempat siap ke dak, waaa

    BalasPadam
  14. Elok la dah siap awai... cantik... pandai adik aina potong kain tu..
    Tukang jahit kami dah pindah.. tak tau nak hantaq tempah kat mana.... rasanya macam kena jahit sendiri la baju kurung tahun ni..

    BalasPadam
  15. salam hee, baju chantek sangat xleh nak merempit ni mak., hakhak2

    BalasPadam
  16. assalamualaikum,
    waaaaaa raya sakan tahun ni

    BalasPadam
  17. Cantik baju tu kak. Beli kat mana. Kami anak beranak pun dah siap sume baju raya. X payah dok pening pening dah buln pose nanti.

    BalasPadam