Rindu Serindu Rindunya
Pagi ini Ahad 7hb Jun mak saudara di Puncak Alam post sesuatu di FB mengenai arwah tok ayah, hati jadi sebab sangat air mata tanpa dipinta membasahi pipi. Lemas. Hati sangat-sangat terusik. Sedih. Sebak bersatu dijiwa. Perasaan yang hanya Allah sahaja tahu.
Saya ditakdirkan menjadi yatim sejak berusia 2 tahun bila arwah abah meninggalkan kami dalam kemalangan di Ladang Tebu, milik Felda di Chuping Perlis. Sejak itu kami mendapat kasih sayang seorang ayah dari arwah tok ayah iaitu ayah kepada emak. Kami berpindah dari Sungai Serai, Chuping berdekatan Batu Bertangkup untuk tinggal bersebelahan rumah tok ayah kerana ketika itu kami 4 beradik masih kecil. Usia emak pun sekitar 26 tahun.
Setiap yang hidup pasti akan pergi mengadap Ilahi. Ketika saya berada di IKM arwah tok ayah pula pergi mengadap Ilahi 3 hari menjelang 1 Syawal. Saya jauh tiada berita dikirim, bila pulang insan kesayangan saya tiada dipangkin depan rumah seperti kebiasaannya menunggu kepulangan cucunya. Selepas berbuka puasa barulah tok datang ke rumah membawa khabar. Air mata bukan ubat lagi ketika itu...
Sehingga kini saya sentiasa rindukan dia sebagaimana seorang anak rindukan ayahnya. Saya rindu setiap bait kata-katanya, saya rindu pada renungan mata marahnya kerana apabila dia marah dia jarang bercakap cuma merenung sebagai isyarat, saya rindu untuk mendengar leterannya kepada kami cucu-cucunya. Paling saya rindu setiap kali dia pulang dari nat (pekan sehari) dia akan duduk dipangkin dibawah rumah membahagi-bahagikan buah yang dibeli kepada setiap seorang dari kami.
Saya banyak menghabiskan masa tinggal bersama arwah tok dan tok ayah sebab bila mak berpindah mengikut ayah tiri saya masih tinggal di situ kerana enggan pindah sekolah hanya hujung minggu saya pulang ke rumah emak. Makan, minum dan sekolah saya banyak diuruskan oleh tok dan tok ayah ketika itu. Tok ayah juga adalah Pengurusi PIBG tempat saya bersekolah dan semasa di sekolah menengah dia telah berjumpa dengan guru di sekolah supaya nama saya dikeluarkan dari mana-mana aktiviti sukan kerana mengidap asthma sedangkan saya memang suka bersukan.
Kegemaran arwah tok ayah adalah kopi pekat secawan kopi dengan 3 sudu kecil kopi dan 2 sudu kecil gula pekat dan pahit. Bila tiba Ramadhan arwah tok akan menyediakan agar-agar sirap yang kami panggil agar-agar merah bila berbuka agar-agar dipotong dimasukkan ke dalam gelas berisi air dijadikan pembuka selera apabila berbuka. Sirap agar-agar kegemaran dia!
Kenangan itu ada ketikanya membuatkan hati saya sangat sakit. Saya pernah melukakan hati dia demi dia saya cuba berubah berusaha untuk berubah berusaha untuk berjaya. Saya sayang dia. Rindu yang menggunung tak mungkin ada ubatnya. Al-Fatihah buat arwah tok ayah Senapi Bin Man.
Kita serupa kak. Saya dibesarkan pun tanpa ayah. Moga roh tok ayah akk ditempatkan dikalangan yang beriman
BalasPadamKenangan yang pastinya terpahat selagi hayat dikandung badan...
BalasPadamAllahhuakhbar,,, sedihnya baca,,,
BalasPadamapatah lagi jun yang sekian lama hidup suka dan duka bersama arwah tok ayah.
Alfatihah,, moga arwah diletakkan dikalangan org2 yang beriman..
sebak kite bc.. byk2 sedekahkan AL FATIHAH.. mudah2an rohnya tenang di sana...
BalasPadamAina
BalasPadamMmg kita ni waktu kecil dulu tak peka perasaan org tua kita....
Skrg bila ingat mmg byk penyesalannya.
Semuga doa2 kita sampai buat Arwah.
ya Allah kak...touching bace....
BalasPadamalfatihah buat arwah....in sha Allah arwah sedang bahagia di syurga Allah menanti anak cucu ahli keluarga same2 dengan arwah....
Memang rindu dan sedih sangat bila teringat orang tersayang yang dah pergi... rindu sangat sebab x dapat jumpa dah... makchaq semua dah tak ada.. sekarang menumpang kasih mak mertua..
BalasPadamps
Pak tuan pernah kerja kat sabah ke?
kenangan mengusik hati...doakan mereka di sana, aina
BalasPadamSalam Juneaina...Selamat menyambut bulan Ramadhan
BalasPadam