Sepakat Membawa Berkat

10:59 PG JunAina 9 Comments


Syukur alhamdulillah penyewa baru telah mula menduduki rumah sejak 15hb November setelah dua minggu penyewa yang sebelumnya keluar rumah. Penyewa baru merupakan bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, sekian lama mengintai rumah di kawasan tersebut akhirnya mereka berkenan dengan rumah yang diiklankan dan terus membuat keputusan untuk menyewa sebab lain kali mungkin dah tak ada yang bersesuaian dengan hati serta bajet mereka.

  



Dua minggu yang sangat meletihkan kerana membersih dan mengecat rumah. Mengganti tombol-tombol pintu yang rosak, membaiki bilik air yang tersumbat dan menggantikan mentol-mentol lampu yang tidak menyala. Upah orang memang lebih senang tetapi sebab Pak Tuan sedikit cerewet jadi kami buat sendiri semuanya lagi pun boleh jimatkan kos. Anak-anak pun sudah besar jadi sudah boleh membantu jadi bab cat mengecat mereka ambil alih tanggungjawab. Mama dan abah selesaikan yang selebihnya.






Dua bilik air di tingkat atas tersedia water heater.

Keadaan rumah tidak teruk sangat cuma biasalah bila duduk bukan di rumah sendiri jadi tidak dijaga sangat. 2 tombol pintu rosak, lampu tangga padam tidak berganti, simen didepan dan belakang dibiarkan hitam berlumut, bilik air di bilik tidur utama tersumbat, tandas cangkung di bilik air bawah tersumbat katanya berus tandas terjatuh di dalam lubang tandas. lap habuk-habuk di tingkap dan semua grill. Sedikit penat menguruskan 3 bilik air yang perlu digosok lantai dan dindingnya, memberus lantai yang berlumut di porch depan dan ruang belakang dapur. Mengeluarkan barang-barang yang tersumbat dari lubang tandas rupanya bukan berus tandas sahaja, ubat gigi, pisau cukur, botol syampu, botol carrie junior dan paip getah dikeluarkan manalah tak tersumbat. Membersihkan kitchen kabinet dan bawahnya yang penuh dengan tahi lipas. Masyaallah yang ini memang saya marah sangat, tempat masak kot dibiarkan kotor macam tu.




Dua orang pembantu tetap mama Kakak Hayani dan Alya setiap kali mama ada di sana pastinya ada kakak dan Alya.

Hujung minggu dan cuti Deepavali memang menguruskan rumah tersebut sahaja sehingga demam. Nampak seperti mudah tetapi memerlukan kudrat yang banyak juga. Namun bila semuanya selesai saya rasa sangat berpuas hati. Terasa berat pula hati hendak menyerahkan kunci kepada penyewa baru bila keadaan rumah sudah bersih dan cantik. Nampak gayanya bila penyewa ini keluar nanti memang saya akan pindah masuk sahajalah, sayang rumah dibiarkan penyewa duduk. Kalau dapat penyewa yang jaga rumah dengan baik tak apa sekiranya sebaliknya memang makan hati.









Kali pertama dan terakhir adik ikut mama uruskan rumah, tolong cat tembok pagar hadapan esoknya terus tak nak datang lagi. Abah minta catkan dengan warna tanah seperti coklat yang agak gelap tetapi warna cat seperti itu kehabisan stok jadi pilih sahajalah coklat cair.



Perjanjian sewa beli pun sudah di tandatangan dan dibawa ke LHDN bulan lepas cuma salinan belum diberi kepada penyewa. Itulah risiko menyewakan rumah kepada orang, nasib baik rumah dikembalikan dalam keadaan baik kalau sebaliknya terpaksa baiki rumah pula. Harapnya penyewa baru dapat mejaga rumah sebaik mungkin, jaga seperti rumah sendiri. 



 Rumah yang sudah siap di berishkan dan dicat, semakin kemas rumah semakin sayang pula hendak di sewakan.



You Might Also Like

9 ulasan:

  1. kalau cabtik , baru bercat gitu.. saya pun nak sewa!
    :)

    BalasPadam
  2. gitu le kan kan kalo diberi sewa.... dpt yg betul2 jaga harta org dgn ikhlas alhmadulillah...tapi mostly bukan harga sendiri so jaga pun ala kadar.... tu le kak, upah org mmg rileks le kite tak penat tapi duit yg keluar...buat sendiri mcm ni ala2 gotong royong seronok ape...budak2 hepi....

    bile dah akak kemas kan nampak cantik plak....hope tenant baru orgnye pembersih...tu yg penting...

    BalasPadam
  3. Waaa cantik nyer.. bagus tuan rumah mcm ni taking care pd penyewa :D

    BalasPadam
  4. aina, lama tak jalan sini. bagi kak yg kerap berpindah randah, rumah sewa yang bersih waktu mula melangkah kaki memang satu bonus. in sha Allah, mudah2an penyewa baru akan menjaga rumah aina sebaik mungkin seperti rumahnya sendiri

    BalasPadam
  5. apa yang dibuat sampai segala berus tandas botol berus gigi pain disumbat ke dalam tu???

    eeeee

    BalasPadam
  6. Salam perkenalan akak....
    Betul tu...bukan mudah nak dpt penyewa yg baik yg tau hargai barang org lain kan

    BalasPadam
  7. Salam akak.

    Alhamdulillah.. Dapat penyewa baru.. 😁😁 semoga beliau jaga rumah spt rumah sendiri..

    BalasPadam
  8. untung rumah dah bersih sebelum masuk. akak dulu.. hhhh.. sedih.. siap kena gajikan bangla kemas.. tak faham kenapa tuan rumah buat cam tu.

    BalasPadam
  9. Betul.. saya pun jadi sayang nak sewakan tapi dari takde yang duduk baik disewakan. Moga penyewa baru ini menjaga seperti menjaga rumah sendiri hendakNYA.

    BalasPadam