DiRenjis-Renjis DiPilis

10:35 PG JunAina 14 Comments


Rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan Allah s.w.t yang tentukan. Semampunya kita merancang sebaik mungkin namun Allah jua yang lebih mendahului segalanya. Walalupun segalanya telah dirancang akan berlangsung pada Dec 2016 namun jodoh itu rahsia Allah. Dengan izin Allah dua bulan dari sekarang kami bakal menerima ahli keluarga baru. Suntuk namun kami sekeluarga terima ketentuan Allah dengan berlapang dada. Walaupun mengejut namun itulah yang terbaik bagi kedua belah pihak, bertolak ansur.

Tiga minggu yang lepas bapa kepada tunangan Shahizat yang bertunang pada hari raya ke tiga yang lalu menyuarakan kegusarannya. Memandangkan dia semakin uzur, selalu sakit-sakit jadi dia mita dipercepatkan urusan perkahwinan. Dia juga dengan rela hati ingin memudahkan urusan pernikahan anaknya. Emak menerima dengan tenang namun jauh di sudut hatinya tetap gusar namun bila mengenangkan tahap kesihatan bapa tunangan adik emak tetap menerima dengan redha. Semua itu janji Allah. Insyaallah akan dipermudahkan.


Dua bulan dari sekarang segalanya perlu disiapkan dari urusan baju, doorgift, kad jemputan, hantaran dan urusan kenduri. Perancangan awalnya perkahwianan Shahizat hendak diraikan dengan sedikit lebih meriah darpada perkahwinan Angah tetapi bila masa sudah suntuk sebegini kami hanya mampu berbuat apa yang termampu sahajalah. Kakak-kakak jugalah yang akan menjadi lebih sibuk dari biasa.


Pembahgian tugas telah dibuat bagi memudahkan keadaan. Baju, langsir, cadar, doorgift saya dan adik yang duduk di Kajang akan uruskan, mak dan Yong (kakak sulung) akan uruskan manisan yang akan dimasukkan ke dalam beg doorgift. Urusan kenduri-kendara pula mak akan uruskan untuk membeli bahan-bahan kering dan jemputan. Kad jemputan Shahizat akan uruskan sendiri dan Angah serta adik bungsu Shafiq akan menguruskan khemah serta kerusi meja untuk hari kenduri. Daging akan diuruskan oleh Abang Long suami kakak. Pada hari kenduri bahagian masak-memasak serta hidangan akan diserahkan sepenuhnya kepada Makcik Uji dan Pakcik E adik bungsu mak dan suaminya.




Harapan saya agar majlis ini akan berjalan dengan lancar serta sempurna, moga Allah s.w.t memudahkan urusan perkahwinan Shahizat, melancarkan majlis kenduri juga. Belajar dari kesilapan kali ini majlis sebelah perempuan diadakan berlainan hari supaya tidak sesak masa. Nikah, majlis sebelah lelaki dan majlis sebelah perempuan diadakan pada hari yang berlainan. Dalam ghairah menguruskan segalanya hati tetap menitip seribu kesyukuran kerana masih dapat menggembirakan orang sekeliling dengan sedikit kudrat yang ada.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Semoga Allah SWT memberkati dan mempermudahkan segala urusan buat bakal pengantin dan keluarga...

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan adik tu Jun..
    Mujur ramai kakak2.. boleh diagihkan tugas tu..

    BalasPadam
  3. Semoga majlis berjalan sempurna tanpa cacat cela...

    BalasPadam
  4. takpelah kak ada sebab nk cptkan... yelah risau jgk dipihak sana kan...
    insyallah kalau dh dibahagi2kan kerja tuh mudah skit jdnya... saling tolong menolong tak terasa sgt beban nya

    BalasPadam
  5. islam itu mudah kak...mane yg wajib diutamakan....in sha Allah, Allah permudahkan kerana kite cuba perkenankan permintaaan keluarga sebelah sana....

    moga berjalan lancar segala majlis ye kak...amin

    BalasPadam
  6. Dua bulan agak suntuk kan, tapi dah ada tugas memasing, insyallah tugas berat jadi lebih ringan

    BalasPadam
  7. wah kena jadi mak pengantin lah ni ye..insyaallah semuga semuanya dipermudahkan amiin

    BalasPadam
  8. InsyaAllah, semoga segalanya akan dipermudahkan Nya..

    BalasPadam
  9. Bila tugasan diagih2kan, akan memudahkan semua..
    Moga persiapan majlis berjalan dengan baik hendakNYA.

    BalasPadam
  10. baguih der lagi pembahagian kerja adik beradik yer.. tak terasa berat sangatkan.. moga dipermudahkan kerana ini kerja baikkan...
    tak balik botaker cuti sekolah ni??

    BalasPadam
  11. baguih der lagi pembahagian kerja adik beradik yer.. tak terasa berat sangatkan.. moga dipermudahkan kerana ini kerja baikkan...
    tak balik botaker cuti sekolah ni??

    BalasPadam
  12. Dah well organize dah bunyinya tu...

    BalasPadam