Timba Ikan Angin Timur

8:30 PG JunAina 14 Comments


Menjelang akhir tahun air di sawah, di sungai mula sedikit mengering, padi nan menguning mula dituai, cuaca panas dan kering datang bersama angin kencang maka berterbanganlah miang padi serata bumi. Kemudaian salji hitam mula berguguran hasil pembakaran jerami beberapa minggu selepas tuaian dan jerami mula mengering. Panas serta berangin pada waktu siang dan sangat sejuk pada sebelah malam menjelang ke pagi. Dini hari menjadi terlalu dingin sehingga ke tulang sum-sum.


Dulu zaman bersekolah menetap di rumah kampung yang telaga berada di luar rumah dipagari oleh zink namun kedinginan itu tetap terasa. Dalam kegelapan pagi di bawah rimbunan pohon-pohon di kampung tangan pantas mencedok air di perigi lalu dijirus kebadan. Dingin air telaga dipagi hari yang semalaman berembun sehingga menggigil menetap bibir menahan sejuk disapa pula oleh angin sepoi-sepoi bahasa membuat tubuh menjadi kaku. Selesai mandi kadang-kadang tanpa sabun pun cepat berlari ke dalam rumah berkelumoih (berselimut) gebar. Itulah kenangan zaman kecil yang tak akan kembali lagi.


Cuti Tahun Baru Cina yang lalu kami sekeluarga berkesempatan bercuti di kampung selama seminggu, kampung sebelah sayalah di Perlis. Musin angin timoq katanya sempatlah mengimbau setiap kenangan yang ditinggalkan ketika musim timoq sejak dulu. Dalam 12 bulan kalau dapat bercuti di akhir tahun sehingga bulan Mac itulah nikmat yang tak ternilai bagi saya. Kebetulan kami meraikan perkahwinan adi kedua bungsu tahun ini jadi saya berpeluang menikmati sepuas-puasnya angin timoq.


Kali ini saya sempat memberi pengalaman baru buat dua anak bujang Iqbal dan Hikram, pengalaman pertama mereka bergelumang dengan selut dan menangkap ikan! Pengalaman yang tak akan mereka dapat di mana-mana juga pun. Abang dan adik sangat 'enjoy this moment'. Adik yang dikenali sebagai seorang yang sangat pembersih, pantang ada yang kotor mula berkerut muka sehinggakan buang sampah pun boleh muntah tapi kali ini boleh bergelumang dengan selut, bermain lumpur dan berenang di dalam air berwarna coklat. Kali ini baru dapat tengok yang dua beradik ini 'Anak Kampung Yang Sebenar'.




Pengantin pun sibuk nak tangkap ikan, teruja tengok ikan berenang-renang salam selut. Orang baru belum seminggu bergelar suami isteri. Moga bahagia milik mereka selamanya.




Tengah menimba air ke bahagian yang di sekat, proses ini memang sedikit memenatkan. Kat atas masih tunggu giliran untuk mengerah tenaga.



Haaaa...tu gambar adik yang sangat alergik dengan benda-benda kotor tapi kali ini dia sangat teruja nak bermain selut, nak tangkap ikan. Tengok dia gembira sangat mengejar ikan di dalam selut.


Abang pun sama sibuk dengan serkap di tangan tapi entah dapat ikan entah tidak, main selut je yang lebih.



Antara ikan haruan yang paling besar dapat ditangkap seberat kira-kira hampir sekilogram. Menjadi habuan bakar-membakar sebelah malamnya.



Sebelum mula aktiviti menangkap ikan awalnya kami makan-makan bawah rumah. Ini adalah rumah kampung bapa kepada adik ipar kami yang baru.




Parit kecik sahaja tempat menangkap ikan ini, parit ladang harum manis. Sekat dibahagian tengah kemudian timba air kebahagian yang satu lagi sehingga kering dan tangkap ikan yang berenag di dalam selut.



Adik saya baru sahaja keluar hospital pada hari tersebut setelah dimasukkan ke hospital pada malam kenduri, jadi dia tak dapat meraikan majlis perkahwinan Shahizat tetapi tak nak lepaskan peluang tengok orang timba ikan. Tengah panas sanggup berpayung.


Walau letih berulang berkali-kali dari tengah ladang harum manis ke rumah mengambil barang di tengah terik mentari tetapi hati sangat terhibur. Satu kepuasan bila dapat melakukan aktiviti yang biasa kita buat dizaman kecik-kecik dahulu. Insyaallah tahun hadapan nak ulang lagi akiviti ini lagipun tuan tanah dah bagi green light dan bercadang untuk pagarkan parit tersebut dari dimasuki oleh memerang dan biawak. Kalau tak ada binatang dua ekor ni lagi banyak ikan dapat ditangkap. Paling penting ini juga cara Allah s.w.t mengeratkan ukhwah bersama keluarga baru adik Shahizat.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Suasana yg susah nak jumpa lagi pada masa sekarang ni
    Bagus bagi anak-anak merasa sebab bila dah dibangunkan kampung tak akan rasa lagi dah...

    BalasPadam
  2. seronoknya...dulu kecik2 merasa la timba ikan..akak nanti kalau ada lagi aktiviti macam ni jangan lupa bagi tau SA...nak join

    BalasPadam
  3. Menarik.. mengimbau kenangan dulu.. ;)

    BalasPadam
  4. salam kak aina...lama tak datang sini...seronok kan tangkap ikan...family mertua semua suka tangkap dan memancing ikan...saya sorang je yg tak berani...nak pegang umpan cacing pun penakut huhu

    BalasPadam
  5. lahai seronoknya kak... tingin nk rasa balik aktiviti di zaman kecik2 dulu... main selut takde rasa takut or geli... rasa seronok ada lah hehhehe

    BalasPadam
  6. Wow!!!!..Dh lama x jenguk blog kak Aina..Tgk gmbr ni terigt time sy dkt kg dulu..Gini jgk..bezanya sy g ladang kelapa sawit dgn tmpt mcm takungan air yg kecik2 tepi lombong....huhu

    BalasPadam
  7. HUUUIIIHHH LAMA TAK TERJUN PARIT NI ...
    ADA LINTAH DAK ... SERIAU OI ...
    sy kecik2 dulu rajin jugak tangkap ikan sungai tp tak mkn la ... x lalu

    BalasPadam
  8. wah best nya .. dulu masa kecik rjin buat keja nii kak... selup2 ja dh dpt hehehe lani lama dh x merasa tgkap ikan

    BalasPadam
  9. Seronoknya.... mesti seronok anak2 Aina dpt pengalaman baru...

    Rindu pulak kat Perlih....

    BalasPadam
  10. seronoknya dapat tangkap ikan sama-sama macam tu.. mesti meriah tu.. hehe..

    blogwalking sini..
    JOm tambah ilmu mengenai kebaikkan sayur celery ni..

    http://www.biskutsemperit.my/2016/02/apakah-kebaikkan-memakan-sayur-celery.html

    BalasPadam
  11. Seronoknya..
    Tak pernah berpeluang nak join

    BalasPadam
  12. walaupun saya orang kampung aktiviti gini juga tak pernah dibuat.. emak bapak der bendang tapi pajak pada orang tapi biasaler kalau gi tolong bapak kat kebun koko... dululer sekarang kebun koko dah jadi kelapa sawit.. taukan di bota sekarangni tanah sekangkang kerapun nak tanam kelapa sawit.. pokok getahpun dah tak nampak.. pokok durianpun dah tak berapa nak ada...eh2 cerita lain pulak yer..
    ituler ngenangkan kalau bawak anak balik kampung susah nak jadikan diaorang macam kampung girl cam xtvt anak2 aina.. seronokkan sambil kita mengimbau kenangan kecik2 dulu yang budak2 sekarangni tak dapat nak rasai.. dulu mandi sungai cam takder apa2pun habis2pun mak marah tapi buat lagi dan lagi.... sekarangni sungaipun dah dalam di korek pasirnya...

    BalasPadam
  13. Parit besar yg saya berkubang dulu dah jadi kotor sekarang Aina. Sedangkan dulu air dia jernih sangat.

    Bila org bandar masuk parit bermain dengan selut untuk menangkap ikan mmg sesuatu yg menyeronokkanlah....

    Pengantin pun nak join jugak ke? Kak nasihatkan panas panas gini eloklah gi berehat hihi...

    BalasPadam