Kisah Mat Bangla dan Kakak Manis

12:27 PTG JunAina 22 Comments


Ahad bersiap awal-awal ajak anak-anak bersarapan kat luar, akhirnya pukul 10am baru dapat gerak dari rumah. Restoran D'Muar hari Jumaat belum buka jadi mengandaikan juga yang restoran tersebut masih belum dibuka sempena cuti raya (panjang beno cutinya). Kat situ roti canai terbaik dan saya suka cicah dengan sambal kerang. Nantilah saya cerita pasal menu-menu di restoran ini.


Akhirnya ambik keputusan ke Seksyen 8, Bandar Baru Bangi sahaja. Kedai biasa pergi jugak, anak tumpang ikut jadi saya bawak maknya sekali si tukang jahit sayalah (dosa kakak panggil gitu kat adik kan...hahahaa...). Semua oder roti canai ja air memang biasa syer-syer ja. Pas tu jalan-jalan tengok rak kasut. Ada kedai barangan 2nd hand kat situ, malang tak banyak stok sekarang ini (supply barangan dari hotel). Keluar nampak kedai perabot masuk pusing-pusing tanya harga. Eh...saya nak beli rak kasut yang tinggi tu je pun. Rm499++ dia bagi Rm350 last prize. Oklah.


Petang lepas balik open house di Desa Mewah, Pak Tuan setuju untuk pergi tengok (beli barang rumah isteri pilih-pilih tapi masih kena dapatkan persetujuan suami ate katanya perkongsian hidup). Pagi dia tak ikut sebenarnya. Kakak manis, kakak manis... Last-last dari Rm350 jadi Rm250. Kakak manis punya pasal. Pagi pergi selebet ja pakai t-shirt tanpa secalit lipstik pun petang balik dari open house mahulah kakak manis cantik sahaja. Ayu berbaju kurung, berkasut tumit tinggi, berhand beg dan muka ditouch-up bagai. Terus berdesup turun harga. Kabinet letak dapur last prize Rm450 terus turun Rm380. Kakak Manis punya penangan!


Dia punya renung Kakak Manis atas bawah tak peduli laki Kakak Manis kat sebelah dah, mahu ada yang makan penumbuk. Pak Tuan cool sahaja. Tanya-tanya meja makan kaca dari Rm2100 biasa jual Rm1800 tapi Kakak Manis punya pasal terus bagi Rm1500 tak beli pun.


Keluar kedai saya bagitau Pak Tuan Bangla tu pandang macam nak makan sahaja. Biarlah tak luak pun katanya. Itu tanda bini abang lawa! Cehhh...ke situ pulak. Tak de rasa cemburu langsung!

Kemudian dia sambung lagi 'Biarlah dia pandang. Paling penting bajet mama yang Rm1k tu dah slash 40%. Jom Burger Samurai.'.


Hari ini pulak dia main call-call Kakak Manis pulak! Haissshhhhh....



You Might Also Like

22 ulasan:

  1. Aina ni nakal tau... Pak Tuan tu dah tahu isi hati isteri dia sebab tu tak jeles, cuba isteri yg jenis melayan mahu dia sorok dalam baju kepala isteri dia hihi...

    BalasPadam
  2. Pandai tawar menawar. Boleh dapat harga terbaik dan hati puas. :-)

    BalasPadam
  3. Kakak telebey manis tuuu hehehe
    bangla klau mengayat mmg laaa...

    BalasPadam
  4. haha..entah2 harganya lbh murah dari yg dioffer tu...

    BalasPadam
  5. hahaha..mmg pegi kedai bangla kena bergaya la camni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhaaa..lepas tu minta kurang harga kaw2.

      Padam
  6. Hehehe..tepikat ngan kakak manis nyer pasal yer.agaknya dia letak harga tuh pun yg asal dah tinggi kan..kdg dorang nie kan leh percaya sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu ummu, mana ada org berniaga nak rugi... Kalau tak ada untung mahu dia bagi rege tu.

      Padam
  7. hahahahahah lawak lah akk ni.bialah manis pon.janji murah.hahahaha kan kan.

    BalasPadam
  8. hai kakak manis...tak mau beli perabot lagi ka ini ari...hahah gurau2 je kak

    BalasPadam
  9. hehehe...kakak manis....mmg manis...

    BalasPadam
  10. kalau ada 10 orang adik manis haritu...boleh rugi tokey kedai...heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Denaihati sebenarnya Bangla tu tuan punya kedai sendiri. Tabiklah kat depa mai tempat orang mampu buka kedai cam gitu. Kita di bumi sendiri apa yg ada?

      Padam
  11. amboi adik manis...dalam hati pak Tuan panas...dia tk tunjuk tu..ha ha

    BalasPadam
  12. hihihi...kakak manis banyak manis...itu pasal lah abang bangla banyak suka hhihihihi

    BalasPadam
  13. Hehe ...jangan disangka kakak selebet pagi, petang pun selebet jugakkan....hehe...penangan kakak manis...
    D muar belakang Tesco ke yg kat area Pasar Tani tu JA...

    BalasPadam
  14. tkde gmbr rak kasut tu ke kak jue ?

    BalasPadam