22 Tulisan Tangan Paling Cantik

6:03 PTG JunAina 3 Comments



Masa saya mula-mula belajar dahulu perkara asas yang di ajar adalah tulisan tangan  atau di sebut sebagai `LETTERING’. Enam bulan pertama kami mesti fokus kepada cara-cara untuk menulis dengan cantik dan kemas. Tulisan mestilah tegak seperti menggunakan mesin taip kerana tulisan pada tajuk lukisan akan turut mempengaruhi markah yang akan diberi untuk setiap Lukisan Kejuruteraan  Mekanikal yang kami buat. Tulisan dibuat di dalam huruf kecil dan huruf besar menggunakan pensil pada mulanya kemudian bila naik semester ke dua kami menggunakan pen. Itu kisah 21 tahun yang lalu. Kenangan yang sangat kejap saya simpan di hati. Apa yang saya pelajari di sana telah mencorakkan masa depan saya kini.



Cara tulisan dikatakan adalah melambangkan sifat kita sendiri contohnya sekiranya tulisan kecil biasanya orangnya adalah pendiam tetapi cemerlang dalam hidup. Tulisan yang sedang pula adalah orang yang tidak `up to date’ atau agak ketinggalan. Orang yang mempunyai tulisan tangan yang besar pula selalu digambarkan seorang yang sangat bermurah hati, ingin selalu dihargai dan suka bercakap kosong. Sekiranya anda bertulisan sangat besar dan jelas serta mudah dibaca anda digambarkan seorang yang sangat berhati-hati dan berani mengambil risiko. Sekiranya tulisan berbentuk bulat kebiasaannya orang itu adalah seorang yang beremosi, prihatin, seorang yang lembut dan kreatif manakala tulisan agak leper menggambarkan dia seorang yang bekerja kuat dan pandai mengurus serta mampu melakukan setiap kerja dengan penuh sistematik.



Sedari kita mula pandai memegang pensil kita sudah mula menulis, dari tulisan yang tak mampu dibaca sehinggalah menulis dengan baik sekali. Cuba bayangkan tulisan kita di zaman bersekolah tadika? Comot dan tidak teratur kemudian bila berada di sekolah rendah kita semakin memperbaiki cara menulis sehinggalah kita ke sekolah menengah sudah mula pandai membuat tulisan yang agak `fancy’ seperti tulisan bersambung. Proses pembelajaran untuk menulis dengan lebih baik terus menerus berlaku. Mungkin tidak bagi orang lain tetapi bagi insan-insan yang kreatif mereka tidak jemu berlatih menulis dengan cantik, kemas dan menarik sehingga memuaskan hati mereka.

 

Kita mungkin tidak mampu menjadi mereka yang mempunyai tulisan tangan yang sangat cantik sehingga tidak memerlukan mesin taip atau computer untuk menulis. Mereka mempunyai tulisan tangan yang sangat cantic, bersih dan teratur. 22 Tulisan Tangan Paling Cantik!`Practice make you perfect’. Kalau macam inilah tulisan tangan yang kita hadap tiap-tiap hari alangkah nikmatnya mata dan gembiranya hati bila membaca.


You Might Also Like

3 ulasan:

  1. PC tulisan tak comel langsung.hehehe..memang dari sekolah lagi..selalu mama bising..

    BalasPadam
  2. Semakin berusia ini, tulisan makin gigil....senget benget...huhuhu

    BalasPadam
  3. dah lama tak menulis..tulisan pun dah tunggang langgang

    BalasPadam