Sakit Tanpa Ibu dan Ayah
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, berat
masalah yang kita tanggung ada lagi insan lain yag lebih kuat diuji. Fitrah
kita sebagai manusia berkeluh-kesah dan merasakan masalah yang kita hadapi itu
seolah-olah sangat berat dan tidak adil untuk kita. Subhanallah, Maha suci
Allah sesungguhnya Dia lebih tahu. Setiap musibah setiap ujian pasti akan
datang bersama hikmah.
Kawan sekolah saya merangkap saudara jauh baru-baru ini
datang dari kampung menziarah adik lelakinya yang terlantar hampir dua minggu
di Hospital Putrajaya. Hanya mengharapkan sepupu yang menetap di Kajang untuk
menjengah dan menjaga kebajikan adiknya. Mereka menerima ujian yang sangat
besar bila kehilangan ibu dan ayah dalam jarak masa yang agak dekat lewat 20
tahun yang lalu. Masing-masing masih muda, 3 adik masih bersekolah dan akhirnya
adik ketiga terus berkahwin tanpa ada peluang melanjutkan pelajaran. Kini adik
ke 4 terlantar di hospital sedangkan adik beradik yang lain punya komitment
tersendiri.
Di sebabkan tidak mahu menyusahkan adik-beradik dia
merahsiakan sakit dengan alasan tidak mahu menyusahkan kakak sulung yang
merupakan ibu tunggal, abang yang menghidap penyakit jantung dan kakak ke tiga
yang terpaksa menjaga suaminya yang mengidap kencing manis. Luluh rasa hati
saya mendengar cerita kakak sulung. Mengikut kata doktor setelah pembedahan
membuang bisul di usus, luka tersebut
mengalami jangkitan kuman dan telah merebak ke dalam darah. Hiba melihat dia
terlantar tanpa ingin memandang tetamu yang datang menziarah.
Sebagai sahabat saya memberi kata-kata semangat buat mereka
sekeluarga. Juga sebagai seorang kakak tetap memberi nasihat walaupun dia hanya
sepatah dua menegur saya ketika melawatnya di hospital. Kata-kata semangat moga
dapat membantu mereka sekeluarga mengharungi ujian berat ini. Apatah lagi bila
tiada ibu dan ayah yang boleh mengambil tahu keadaan mereka. Saya sentiasa
mendoakan yang terbaik buat mereka bersaudara moga ujian ini akan menguatkan
lagi hubungan mereka adik-beradik. Hari ini dia dipindahkan ke Hospital Alor
Setar bagi memudahkan urusan abang, kakak serta adik-adik. Kebetulan pula mereka
juga menjaga datuk sebelah arwah ibu yang semakin uzur.
Ibu tonggak keluarga, sakit anak-anak, susah anak-anak ibu
akan menjadi penguat semangat bagi semua, dalam apa juga keadaan ibu adalah
insan paling penting. Bukan menolak kehadiran seorang ayah tetapi kasih ibu itu
terus meresap di hati sedangkan kasih ayah tidak ditunjukkan secara nyata.
Tetapi doa ayah dan ibu sentiasa menjadi harapan yang besar buat anak-anak.
Assalamualaikum,
BalasPadamsemoga dia tabah
Allah uji kita ikut kemampuan kita je
kesian nya ye kak.... yelah si adik berkorban tak nk menyusahkan adik beradik yg lain...
BalasPadamtp kalau dh takde mak ayah yg sulung tuh rasa bertanggungjawab pd adik2nya...
moga diberi kesumbuhan pd si adik tuh... supaya dpt membantu adik beradik yg lain
Sedihnya kisah mereka.
BalasPadamUntuk anak2, hargailah ibubapa selagi hayat mereka masih ada...
Allahuakbar...besar tanggungan mereka adik beradik..ALLAH menduga hampir kesemua mereka...Allah maha pengasih..entah apa ganjaran bahagia yg menanti mereka diatas kesabaran dan keredhaan mereka ini
BalasPadamSedihnya, nasib baik ada sahabat sudi ziarah...
BalasPadamAllahu...tak dpt bygkan sakit tanpa kesayangan disis....tapi ye laa tak semua org bernasib baik kan kak...moga2 dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yg baik utk kite terus kuat beribadah padaNYA...
BalasPadamBesar ujian mereka adik beradik tu kan kak...Faktor sokongan family mmg amat penting, lebih2 lagi bila ditimpa ujian sakit....rasa sedih/ keseorangan mmg boleh membuatkan sakit itu makin teruk.
BalasPadamAllah...tumpang sedih juga..ibu bapa sentiasa mendoakan untuk anak-anak mereka
BalasPadamHanya Allah yg tahu hikmah disebalik dugaan yg diberi. Untung dia punya sedara dan kawan mcm awak yg perihatin Aina. Itu juga satu rezeki buat mereka. Sekurang kurangnya ada kawan yg mendengar rintihan dia.
BalasPadamMoga segala urusan mereka Allah permudahkan
Benar tu jun..
BalasPadamIbu tonggak sebuah keluarga. Ada ibu, keluarga bersatu. Tanpa ibu, keluarga terpisah.
Pengalaman sendiri.
sedihnya kak...besar sungguh dugaan mereka adik beradik...harap mereka tabah menghadapi ujian ni...
BalasPadamdan semoga Allah meringankan kesakitan/kedukaan mereka...