WORDLESS WEDNESDAY






Cita-cita

Semua orang ada cita-cita. Masa zaman sekolah rendah kalau cikgu tanya cepat-cepat Aina jawab nak jadi doktor! Bila masuk ke sekolah menegah pulak cita-cita bertukar selari dengan pencapaian kat sekolah (tak berapa nak pandai). Guru menjadi pilihan kerana kalau kerja cikgu kerja separuh hari, cuti sekolah panjang, boleh kerja kat kampung duduk celah ketiak mak saja (mind set yang dah tak boleh diguna pakai untuk guru zaman sekarang!). Pergi ujian, pergi temuduga tak jugak dapat jadi cikgu!

Bila habis SPM, kawan-kawan semuanya sambung ke tingkatan 6 tetapi Aina pula terumbang ambing kerana tak berminat menyambung persekolahan (konon nak kerja bantu emak). Desakan bapa saudara menyambung pelajaran dalam bidang lukisan tetapi bukan senilukisan (kerana tangan ini langsung tidak berseni). Mendalami lukisan kejuruteraan, melukis garisan, melukis enjin dan paling tak tahan belajar 'LETTERING' sahaja mengambil masa 6 bulan! Masa tu BOSAN (ada ke patut belajar menulis ABC sehingga berbulan-bulan)!

Tersasarlah cita-cita dari doktor, kepada guru (jadi guru untuk anak-anak sahaja sekarang) dan apa yang ada sekarang tak pernah termasuk dalam senarai langsung (dulu tak tahu pun ada orang buat kerja macam ni). Itulah REZEKI!

Masih juga menaruh harapan dan menyimpan cita-cita selepas cita-cita yang asal lebur harap yang ini juga tidak kabur. Ingin menjadi tukang masak sehebat IBU (walaupun tidak sehebat Chef Wan). Mengikuti kelas masak memasak yang banyak ditawarkan (tak sempat lagi). Mengasah bakat yang ada mengharap aura tukang masak IBU turun kepada anak (boleh ke macam tu?).

Sedari kecil dididik hidup perlu ada cita-cita. Hidup perlu ada matlamat. Bila sudah ada cita-cita, ada matlamat hidup kita ada tujuan!

 Inilah zaman mengejar cita-cita yang tersasar , zaman muda (sekarang pun masih muda!) Cuba teka yang mana satu tuan punya diri!