Kecewa Dengan Boboiboy

12:02 PTG JunAina 7 Comments

Ahad 13hb March beria-ia mama dan anak-anak ke Alamanda nak tengok filem animasi Malaysia yang sedang hot iaitu Boboiboy The Movie. Hikram asyik merungut setiap kali tengok iklan di televisyen. Kesian kan Hikram terus ajak abang, kakak dan Alya sekali. Malangnya sampai sahaja kat Alamada kebanyakan tiket sudah penuh yang ada hanya pukul 5.55pm itu pun selected seat, malam masih banyak yang kosong masalahnya abah pula ada kat rumah. Cari juga kat tempat lain menggunakan online booking sama juga hot sangat Boboiboy ni, kebetulan cuti sekolah ramailah ibu-bapa bawak anak-anak tengok wayang. Kebisaannya kat Alamada senang sahaja nak beli tiket minggu lepas sesak, kaum Cina pun ramai bawak anak tengok wayang kat sana kebetulan pada masa yang sama sibuk dengan Kungfu Panda 3.


Alya tegak kat belakang dengan muka masam dan Hikram dah mula cari pasal dengan kakak, protes tak dapat tengok wayang. Mama pula mula naik angin dah la stress internet macam siput sahaja geraknya. Abang cool sahaja walaupun mama dah tinggikan suara sikit. Akhirnya buat keputusan pergi ke Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2016. Manusia punyalah ramai. Hikram mengikut sahaja dengan muka masam lama-lama cool sikit bila abnng mula pujuk dan tengok aktiviti lasak yang ada sekitar pesta. Kemudia mood terus ok bila kami semua berlari sakan dalam hujan ke kereta sambil gelak-gelak. Terus happy.











Sepatutnya petang tersebut belon panas dinaikkan tetapi disebabkan hujan semua belon panas tak dapat naik mungkin sebelah pagi dah naik sebab biasanya ada sesi pagi dan petang. Nak masuk kawasan belon panas kena beli tiket tetapi kami hanya jalan-jalan sekitar pesta sahaja. Dapatlah bergambar dengan belon panas besar yang disediakan untuk pengunjung tetapi kena bayarlah untuk naik belon tersebut. Bateri hp mama habis kalau tak lagi banyak gambar-gambar kat sana, anak-anak tak nak layan mak gedik bergambar.






Balik singgah Ramal Junction upah kecewa tak dapat tengok Boboiboy, Hikram dah boleh senyum, Alya pun happy sahaja dapat nasi ayam sorang sepinggan dan Willey Satay.


Minggu ini sibuk google tiket online nak booking GSC Alamda, Putrajaya namun gagal. Katanya tak boleh booking online sebab masalah server. Esok kena beratur beli tiket siap-siap lusa terus sahaja pergi bawak anak-anak. Kalau tanggug-tangguh takut tiket habis lagi. 




You Might Also Like

7 ulasan:

  1. dasyatjuga penangan boboiboy ni ye..tauang pulak time cuti sekolah dengan cuaca panas sekarang..aktiviti indoor memang laris la..harapnya dpt la anak2 akk tgok..anak sy yg kecik tu anak pengasuh dh bawak pegi tgok..yg besar ni takdelah pulak demand nk tgok sgt2..dh ibu abah pun tak minat boboiboy ni kan..hehe

    BalasPadam
  2. Tak susah pun nak happy, lari dalam hujan pun seronok.

    BalasPadam
  3. Semoga berjaya menempah tiket...Bestnya dpt pegi hot air ballon..huhu

    BalasPadam
  4. hhehehe takpe lps cuti sekolah ni cuba lg msti ada rezeki hikram ngn alya...

    BalasPadam
  5. takpe pasni msti dpt tgk nyer

    BalasPadam
  6. Bufak budak sukalah agaknya tgk movie ni yer Aina....kita ni yg hampir senja duk meneman tak pun tido dlm panggung hihi....
    Mau tak frust Hikram tu....
    Tak pernah lagi gi tengok Belon Panas ni. Dah kata awak ramai, malas pulak nak pergi. Mesti mahal tu kan...

    BalasPadam