Umrah Sedihkah Emak?

12:11 PTG JunAina 11 Comments

`Mak suatu hari kita pergi ya, moga Allah s.w.t makbulkan doa setiap kali sujud Kak Yang agar kita dapat bersama menjadi tetamunya kelak. Bersama mak, Syed dan anak-anak Kak Yang Iqbal Hadi, Hayani dan Hikram. Insan-insan kesayangan yang sentiasa berada di hati, kalau dapat hendak mereka bersama merasa kegembiraan beribadah di sana’.



Semalam mak pergi majlis perkahwinan di Gurun seperti biasa anak-anak lelaki mak melayan kehendak mak ke Botanical Park di Puncak Gunung Jerai.





Semalam telefon emak seperti biasa seminggu 2 kali tetapi sekiranya ada isu-isu penting dalam keluarga seminggu 7 kali telefon emak selain meredakan kerinduan sendiri sekurang-kurangnya meringankan resah di hati emak apabila ada masalah timbul dalam keluarga. Mak seperti biasa ceria bersama anak-anak lelaki yang sentiasa melayan setiap permintaan dia. Alhamdulillah. Adik-adik masih kuat memimpin tangan emak walaupun masing-masing ada tugasan dan tanggungjawab hakiki yang lain.


Emak sampaikan satu berita gembira namun dihujungnya ada satu getaran yang sangat sukar untuk diungkapkan. Telinga mendengar namun hati ini dapat menangkap sedikit kesedihan yang cuba di sembunyikan dalam perbualan. Terasa. Kawan baik emak yang merupakan saudara jauh akan menunaikan umrah bulan depan walaupun tidak berkemampuan namun rezeki Allah s.w.t hantarkan orang lain untuk memudahkan dia. Ada insan yang sanggup cukupkan perbelanjaan saudara ini untuk menunaikan umrah.













Balik mak temankan anak-anak main bowling pula.



Rezeki dia namun saya sangat terasa. Takut andai emak berkecil hati. Saya mampu membeli rumah bernilai ratusan ribu ringgit, saya tidak lokek membeli setiap keinginan anak namun saya menolak ketepi keinginan emak yang satu ini. Dia tidak pernah menyuarakan keinginan ini tetapi bukankah keinginan itu lahir dalam setiap hati umat Islam? Saya abaikan perasaan itu dengan mendahulukan perkara lain yang pada pendapat saya lebih penting sehingga saya terlupa mungkin semua itu mengguris hati emak sedangkan selama ini emak sentiasa mendahulukan kami anak-anaknya. Hidup tanpa suami dengan seribu kepayanah tanpa kerja tetap untuk membesarkan 6 orang anak. Sukar sangatkah untuk menyelam ke dasar hati emak?


Tiba-tiba Allah s.w.t jentik hati saya. Bergetar sebuah kesedaran, mengalir seribu kekesalan dalam setiap urat darah, nadi berdegup laju. Allah…sesungguhnya kemudahan orang lain itu memberi pengajaran kepada aku hambamu. Suatu hari moga harinya bakal tiba emak tersenyum manis merenung Kaabah.



Catatan Hiba :

Suatu Hari Anak Mula Terasa



You Might Also Like

11 ulasan:

  1. sebak..betul..kadang PC sendiri terasa..kenapa tak boleh penuhi hajat ibu bapa..sedangkan mereka boleh layan karenah kita..subhanAllah.. :(

    BalasPadam
  2. sebak lak kak... kadang kita anak terkhilaf mengejar harta dunia sampai kita lupa tentang impian org tua kita mau ke sana....

    insyallah moga tercapai impian akak utk bersma2 ngn mak akak ke sana

    BalasPadam
  3. Terasa hiba pula...moga impian membawa mak kerumah Allah..tertunai

    BalasPadam
  4. Entry ni buat saya terdiam sekejap. Saya jadikan teladan buat diri saya, terima kasih kak atas entry ni.

    BalasPadam
  5. jadikan ini sebagai satu semangat untuk terus merealisasikan impian mak..

    BalasPadam
  6. Tak perlu tangguh lagi Aina.
    Kongsi adik-beradik kalau rasa berat.
    Kakak rasa terharu pulak. Mak jenis tak meminta-minta
    Tengok muka mak pun tahu orgnya lembut.

    Moga anak-anak mampu membaca gerak hati mak. Amin.

    BalasPadam
  7. Semua orang islam mesti ada cita2 nak jadi tetamu Allah.. terutamanya yang dah berusia..kalau ada rezeki insyaAllah sampai..

    BalasPadam
  8. Semoga doa k.aina dimakbulkan OlehNya..Amin

    BalasPadam
  9. rajin ye mak akak posing ambil gambar..sweet je.hehe

    memang la mak jenis tak meminta2..tphati org tua mesti ada keinginan tu kan..semoga diberi rezeki dengan segera mak akak dpt ke sana.Insyaallah

    BalasPadam
  10. Sampai getaran kesedihan awak tu ke dada saya Aina....jangankan emak awak, diri saya sendiri bila dengar cerita kengkawan ke Mekah ada sedikit rasa kesayuan....
    Moga Allah permudahkan niat awak untuk membawa mak ke sana sementara dia masih sihat

    BalasPadam