Balik Kampung Main Roller Blade
Sabtu lepas balik kampung suami di Bota Kiri, kalau cerita
balik kampung kegembiraan sama saja balik Perlis ke balik Perak ke hati tetap
gembira sangat sebab dapat jumpa kaum keluarga. Lagipun sejak suami kakak ipar
meninggal ini kali pertama nak ziarah
dia walaupun dia dah pesan balik Perlis cuti Tahun Baru Cina singgah kampung
tidur sini kak dah dok sorang tetapi saya tak balik juga sebab fikirkan suami,
kalau boleh nak balik tengok kakak dengan dia.
Kami balik ke rumah kakak ke empat Pak Tuan bersiap-siap untuk ke rumah mak mertua yang di dijaga oleh kakak ke tiga yang tinggal bersama dua anak serta cucu-cucunya.
Balik Perak tentulah patin tempoyak cara orang Perak menjadi
menu utama, saya siap minta kakak ipar masak lebih untuk bawak balik. Hahahaaa…nasib
baik kakak-kakak ipar semua baik-baik serta faham yang adik ipar tak pandai
masak patin tempoyak. Kakak-kakak ipar semuanya dah sebaya emak dan ada yang
lebih tua dari emak sendiri jadi saya jatuh sayang pada mereka seperti saya
sayang emak. Bila merenung wajah mereka perasaan sayu mula berselinap di ruang
jiwa. Apa tah lagi Pak Tuan setelah emak mertua meninggal sayang itu beralih
kepada kakak-kakak. Kalau balik siap peluk-peluk cium-cium kakak. Jangan tak
tahu kadang-kadang air mata lelaki dia menitis juga.
Entah bila kakak masukkan roller blade ke dalam bonet
kereta, kalau tak boleh bawa skuter Alya sekali baru ada geng nak main-main kat
jalan. Ini kegilaan baru kakak Hayani sehingga minta dibelikan untuk dia dengan
alasan nanti kongsi juga dengan adik dan abang. Trend sekarang dah naik semula
roller blade ini lepas lama menyepi. Mana-mana pun boleh lihat anak-anak
bermain roller blade malahan ada juga tempat yang menyewakan roller blade.
Sebab mama punya waktu yang agak terhad untuk melayan kehendak kakak jadi
belikan sahaja satu, petang selepas habis sekolah dia akan keluar ke Kajang 2
bersama kawan unuk bermain roller blade.
Beli ais krim!
Jalan lenggang sebab hari cuti hujung minggu sukalah kakak.
Alya suka sangat cuci pinggan sebab singki kat rumah kakak Pak Tuan rendah habis di kutip cawan dicucinya. Kalau abah dan mama berjalan sanggup tinggalkan ayah dan ibu.
Anak perempuan nan seorang bukan mengikut kata anak tetapi bila orang lain ada jadi kasihan pulak dia asyik merengek sahaja, lagipun kalau hendak bermain diluar ambik masa mama pula belikan satu pandai-pandailah kakak urusakn masa. Kegembiraan anak-anak tetap menjadi keutamaan bukan bermakna memewahkan anak tetapi memberi mengikut kemampuan. Selain itu setiap pemberian adalah ganjaran buat mereka atas usaha mereka di sekolah juga sebagai menggembirakan hati anak-anak yang ringan membantu kerja-kerja di rumah.
Sebenarnya ada ketikanya kita kena juga ikut rentak terkini Aina. Kalau berkemampuan dan tidak membebankan apalah salahnya kita memberi sebahagian yg kita mampu utk berkongsi dgn anak. Anak gembira kita pun bahagia sama kan..
BalasPadamdana pun mcm akak, tak kisah balik kg mana2 jnji balik kg msti seronok....
BalasPadambgs lah kak ipar2 akak rajin melayan adik iparnya yg manja nih heheheh... camne rupa patin tempoyak sana kak? tak sama ngn temerloh punya ke?
Sama sahaja cara masakannya cuma patin tempoyak di Perak menggunakan serai sahaja berbanding di Pahang menggunakan daun kesum.
Padamseronoknya balik kampungkan kak..seronok sangat..hihihi..aah kak PC tengok roller blade dah in semula..dulu sekejap scooter..kihkihkih..suka tengok warnanya..ada pink..biru..eh..hihihi..
BalasPadamSemoga anak2 mengerti bahawa kasih ibubapa bukan boleh dijualbeli...
BalasPadamQaisara kalo blk kelate asyik nk main basikal..Blk perak syiok main pasir dgn cousin umo 2 tahun..huhu
BalasPadamrumah arwah mak cik kat bota kiri tp lama dh x dtg sini...rindunya nk mandi sungai dn kutip buah durian...
BalasPadambalik kg mmg seronok...
duluuu suka main roller blade. Skrg ni takut jatuh, tak pasal2 tulang punggung lari.. huhuhu
BalasPadamKampung aman, mmg seronok lah depa kan. mmg best kan kampung.. tetiba rindu.
BalasPadamklu hobinya bagus dan berkemampuan apa salahnya belikan
BalasPadamanak2 happy tu pun kegembiraan buat kita juga
Tengah musim Roller blade ye sekarang Aina. Anak anak saya tak de pulak yg demam mintak benda ni hihi...lega....
BalasPadamNampak cantik kg kakak tu Aina. Kemas....sedap mata memandang