Hidup Bantulah Orang Susah
Sakit gigi saya ke klinik kesihatan kerajaan sebab biasanya
rawatan gigi saya selesa di sana. Rupanya gusi hanya bengkak dan terkena
jangkitan kuman, gigi masih elok. Habis rawatan saya meminta cuti sakit dari
doktor yang bertugas manakan dapat
menumpukan kepada tugasan sambal menanggung sakit gusi yang bengkak berdenyut.
Jawapan doktor sedikit meremukkan hati sebab dengan tanpa memandang wajah
pesakit dia berkata hanya cabut gigi sahaja yang boleh dapat cuti sakit. Oh my!
Habis gusi ni tak berkaitan dengan gigi ke?
Lalu saya membawa diri ke sebuah klinik swasta, bukan pula
klinik pilihan kebiasaan saya untuk mendapatkan rawatan. Tawakkal jelah. Saya
berterus terang sahaja menceritakan apa yang berlaku sebelumnya. Doktor lelaki
berketurunan India ini berleter panjang. Katanya doktor muda zaman sekarang
ramai yang tumbuh tanduk sambal meletakkan tangan dikepala seolah-olah tanduk,
rasa mereka besar tanpa ada rasa `humble’ sedikit pun. Tuhan beri kelebihan
untuk membantu orang lain bukan untuk merasa besar atau lebih dari orang lain.
‘Awak sakit dia boleh nampak gusi awak bengkak kenapa tak
boleh bagi mc? Gusi tu bukan berkaitan gigikah?’
"I will help you don't worry Junaina but I cannot
understand this doctor."
“My appa cakap bantu orang susah sebab orang kaya tak perlukan
kita mereka boleh pergi specialist”.
“Hormat semua orang nanti Tuhan akan bantu kita”
“Tuhan bagi kita ilmu bukan untuk rasa besar diri”
Sebab tak ada pesakit lain jadi kami berborak panjang
lagipun seorang doktor dengan umur 70 tahun terlalu banyak pengalaman yang
ingin diceritakan. Saya mendengar denga penuh minat.
“My appa doctor my amma doc, 3 of my sibling doc, my doter
and my son in law also doctor but I always ask them to help people”
“My appa buka klinik di Seremban after retired, bila bagi
treatment bayaran Rm6 that time tak mampu bayar hanya ada Rm2. He ask patient
to keep that money and give Rm5 more from his pocket my amma cry outside the
room and ask we have kid to feed. My appa said god will help us. Don’t worry”
“My appa sayang sangat dengan anak perempuan (dalam Islam
pun ada sebut berkenaan perkara ini) layan dengan lembut but very straight to
his son. 4 of us boys”
“Every day dia kejut bangun pukul 4 pagi untuk belajar,
semua duduk di meja makan termasuk my appa. He sit with us and read a book.
5pm-7pm time to play and start study at 8pm-10pm”
“Tv terlalu banyak not good. Sehari 1-2 jam it’s ok”
“I’m not force my doter to be the doctor but my wife bising.
Let them make a decisions but don’t go down the level. I’am a doctor so you
have to maintain that level or go higher”
Setiap agama mengajar kearah kebaikan cuma bagaimana
penganutnya menerima serta mengamalkan yang membezakannya. Agama, bangsa serta
budaya bukan pengukur sebuah kebaikan, dia baik tetapi tidak terpilih untuk menerima
hidayah namun saya merasa sangat bertuah bertemu dengan seorang insan yang
berlainan agama sebaik dia.
kekadang bangsa lain lebih memahami dari bangsa kita sendirikan..sy pon ada jugak kenal org berlainan bangsa..tapi hatinya cukup baik...:)
BalasPadamBagusnya doktor India tu.
BalasPadamTapi setahu kakcik, klinik gigi kerajaan mmg tak bagi mc kalau tak cabut gigi walaupun kita rasa sakit macam nak mati...:(
skrg klau gi klinik kerajaan susah nk dpt mc...pada hal kita demam...ayat doc...bole berjalan kn...tangan x sakit kn...berilah mc sekurang2nya...bole rehat kan...sabor je laaa
BalasPadamBetul tu Jun..
BalasPadamAda kebaikan dalam dirinya..
Cuma tidak menerima hidayah dari Allah..
Untuk agama yg benar..
Kita doakan semoga doc itu terima hidayah dari Allah..
CH pun pernah sakit gigi.. rupanya sakit gusi..
Doc kata tak perlu cabut lah..
Tak payah tanya MC .. doc terus bagi MC..
Berbagai jenis doc kekadang ni kan Jun..
Kekadang faham sakit yg ditanggung oleh pesakitnya..
Kalau berterusan sikap doctor yang merawat tu buat pesakit macam tu, asyik kena sumpah dek orang jelah jawabnya.
BalasPadamKadang kita jumpa orang yang baik bukan dari kalangan bangsa kita sendiri.
Doktor pertama yg Aina jumpa masih kurang pengalaman. Yg kedua tu sebab dari new-born baby sudah dikelilingi kelaurga doktor dia dah tah hairan. Misi dia sebagai doktor dari kecik dah di tanam oleh mak-ayahnya..
BalasPadamKalo g clinic gomen mmg gitu agaknya kak..Sy mase peknen dulu pun gitu jgk..Selagi x demam x bleh bangun..jgn harap la nk dpt cuti sakit..Pdhal pinggang dh sakit time tu..huhu.Sabar aje la...huhu
BalasPadamserius cakap..saya dah berpuluh tahun tak ke klinik/hospital kerajaan..
BalasPadamKdg kdg non malay lagi baik dari malay. Solute la.
BalasPadamSolute kat depe depe yang baik baik ni
BalasPadamBukan setakat sakit gigi jer Aina..demam pun ada masa nya bagi time slip jer
BalasPadam