Hikram Dyslexia?
DYSLEXIA sumber WIKIPEDIA - Berasal dari
perkataan Yunani iaitu `DYN' bermakna susah dan `LEXIA' bermakna tulisan. Dyslexia bukannya penyakit tetapi merupakan gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya masalah pelajaran yang dihadapi seperti membaca, menulis, mengeja dan mengira. Dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yg normal.
Malam tadi aku berkesempatan berjumpa dengan seorang doktor, terlajak bersembang aku suarakan kerisauan aku tentang perkembangan pembelajaran si Junior. Alahai kesian si bongsu ni. Dia mencadangkan aku berjumpa dengan orang yang pakar tentang pembelajaran kanak-kanak `Dyslexia'.
Tak perlulah aku luaskan skop `Dyslexia' ini, cukuplah sekadar menumpukan kepada Junior. Sekarang aku telah mulai membuat carian di internet dan membaca buku utk menambah pengetahuan mengenai `Dyslexia', mencari orang yang mampu membimbing aku untuk menolong Junior menghadapi kehidupan yang masih panjang. Aku tidak mahu Junior menjadi mangsa kebodohan dan keegoan aku sendiri.
Sikap-sikap junior yang membuatkan hati aku rawan.
1. Sedikit hyperaktif.
2. Kurang tumpuan terhadap pelajaran.
3. Tidak boleh memberi tumpuan khusus pada sesuatu perkara.
4. Terlalu obses dengan kartun dan permainan.
5. Akan memberontak bila kemahuan tidak dipenuhi.
6. Menulis abjad dengan terbalik atau mirror image.
7. Kurangnya keupayaan dalam bahasa. Contohnya: teringatkan nenek, dia akan cakap Junior termimpikan nenek. Tercekik jadi terkecek. Tumpah jadi terpecah.
8. Sukar mengikut arahan sekiranya diberi secara am. Perlu menyebut namanya dan memberi arahan secara terperinci.
9. Sukar mengingat sukukata yg diajar, walaupun hanya dua sukukata.
Ini antara yang dapat aku kesan. Doktor bertanya jugak apa keistimewaan dia yang aku nampak setakat ini, sebagai ibu aku terpukul dengan soalan ini kerana aku sendiri tidak pernah memberi perhatian tentang keistimewaan yang dia ada. Mengikut doktor kanak-kanak `Dyslexia' mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun menghadapi masalah pembelajaran. Bertapa lalainya aku sebagai seorang ibu...
Mengejar kerjaya aku yang tak akan kemana lagi ini sehingga melupakan masa depan anak sendiri yang masih panjang. Alhamdulillah...aku masih punya masa untuk memperbetulkan segalanya.
Mulai dua bulan lepas setiap sabtu menjadi kemestian aku membawa anak-anak ke perpustakaan sekiranya tidak ditutup. Niat utamanya hendak menarik minat si bongsu terhadap buku dan pelajaran, disamping itu aku juga dapat menambah ilmu. Sekarang aku sudah menjumpai hala tuju yang sebenar untuk mendidik Junior, mencari orang yang sepatutnya yang boleh membimbing aku disamping bacaan sendiri. Duit ringgit bukan galang gantinya dengan masa depan anak-anak.
Syukur alhamdulillah Allah cepat menyedarkan aku...Syed Mohamad Hikram Bin Syed Hussin berilah peluang utk mama menjadi ibu terbaik buat kamu.
2 Rider Beraksi: