Perkembangan Kanak-kanak

1:34 PTG JunAina 0 Comments

Kali ini aku cuma nak kongsi delima yang dihadapi berkenaan perkembangan anak-anak, tiga permata hati aku mempunyai tahap perkembangan berlainan. Alhamdulillah yang sulung dan nombor dua dapat membaca pada usia 5 tahun walaupun mereka tidak dihantar ke tadika yg mahal dan berprestij cuma bersekolah di Tabika Perpaduan di tempat aku sahaja. Berkat kesungguhan cikgu dan minat anak-anak mereka menjadi antara pelajar yang agak cemerlang. Berbeza sekali dengan anak ketiga dimana tumbesarannya adalah normal tetapi sedikit mempunyai ciri-ciri hyper aktif. Walaupun telah dua tahun belajar ditadika anak ini masih tidak dapat membaca tetapi sedikit bersyukur kerana dia dapat mengenal huruf. Dia dapat menulis abjad-abjad dengan betul turutannya tetapi yg menjadi masalahnya kebanyakan abjad adalah terbalik atau `mirror image'.

Hati ibu mana tidak gundah dengan keadaan sebegini. Aku banyak membuat carian di internet dan membaca buku tentang perkembangan dan psikologi kanak-kanak, mencari rujukan yang sesuai untuk membantu anak yg satu ini. Memberi lebih tumpuan kepada dia walaupun ada ketikanya terlalu stress dengan kesibukan kerja dan perangainya. Memilih utk menulis sedikit sebanyak maklumat untuk mengingatkan diri sendiri jugak perkongsian dengan insan-insan yang mempunyai anak sebegini.

Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh baka atau keturunan serta faktor pesekitaran. Ciri-ciri fizikal diwarisi termasuk had keupayaan, kemampuan mental serta tahap daya pemikiran samaada pandai atau tidak.
Kajian ahli psikologi - ibubapa cerdas pintar akan melahirkan anak-anak yg juga cerdas pintar. Emosi turut diwarisi daripada baka ibubapa, sekiranya ibubapa mempunyai emosi kurang stabil akan melahirkan anak yg agresif dan autokratik. Disamping itu faktor seperti keluarga rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan, sumber teknologi, guru dan sekolah juga mempunyai pengaruh tersendiri disetiap peringkat pertumbuhan. Makanan juga antara faktor yg tidak boleh dipandang ringan utk perkembangan mental dan fizikal.

Kurangnya rangsangan dan pemerhatian boleh mempengaruhi perkembangan pelajaran anak. Kurangnya motivasi dikalangan anak-anak sendiri membuatkan mereka agak lambat mendapat kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kanak-kanak akan lebih berkeyakinan apabila ibubapa dan guru lebih memberikan tumpuan dan galakkan, secara tidak langsung anak-anak dpt memotivasikan diri sendiri.

Menyediakan alat bantuan pembelajaran yang boleh menarik minat anak-anak contohnya flash card, menggunakan teknologi spt perisian komputer juga boleh memilih CD pendidikan yg banyak terdapat dipasaran. Mungkin boleh berkorban waktu membawa anak -anak ke perpustakaan yang boleh memberi pesekitaran yang agak berlainan kepada anak.

Aku memberi sedikit penekanan pada diri sendiri berkenaan anak hyperaktif. Anak-anak yang mempunyai daya penumpuan yang terlalu singkat terhadap sesuatu perkara, sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Sekiranya dipaksa utk duduk diam akan memilih utk menggigit kuku utk menghilangkan keresahan. Kadang kala kanak-kanak sebegini mempunyai keupayaan intelek yg baik tetapi kurangnya tumpuan dan sikap resah membuatkan mereka sukar dikawal. Kanak-kanak hyperaktif memerlukan lebih tumpuan, latihan khas adalah penting untuk mengubah tingkah laku dan yang paling berkesan menggunakan pendekatan satu lawan satu(one to one approach).

Mampukah aku menjadi ibu terbaik buat ketiga-tiga anak ini, memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang yg lain akan iri hati. Semoga ada kekuatan utk aku terus menghadapi ujian ini, akan berusaha yang terbaik buat semua anak-anak. Memberi tempoh sehingga hujung tahun ini dan andai tiada perubahan aku nekad membawa anak ini berjumpa dengan pakar yang sepatutnya.

JunAina

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: