Hikram Demam Denggi
Dua minggu yang meletihkan dan menyakitkan untuk aku hadapi dalam kegembiraan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Hari pertama berpuasa aku terpaksa bercuti kerana Syed Junior demam panas. Hari selasa dia sekolah seperti biasa tapi tiba-tiba suhu badan naik mendadak dan cikgu buat keputusan untuk hantar balik tetapi dia menolak. Terpaksa le Cikgu Rafidah layan anak bongsunya, tidur diriba dan letakkan ais kat kepala sehingga pukul 4 petang. Pukul 11 malamnya aku terpaksa membawa Syed Junior ke hospital kerana badannya terlampau panas. Doktor just bagi ubat dan mintak datang balik sekiranya demam tak baik dalam masa 3 hari, suhu badan dia mencapai 40 darjah. Malam tu aku tak tidur semalaman kerana suhu badan dia terlalu tinggi. Aku menyambut Ramadhan dalam keletihan yg teramat.Esoknya demam tetap juga begitu. 2 Ramadhan aku buat keputusan untuk bawak Syed Junior ke panel doktor supaya aku dapat ambik mc tetapi mengejutkan bila doktor merujuk kes dia ke hospital dan seperti biasa aku memilik KPJ Kajang Specialist. Dr. Asmunni mengambil kes, admitted dan tambah air coz badan dia dah kering sangat kerana dehidrasi. Tak mahu minum dan langsung tidak menjamah makanan selama 2 hari. Ujian darah pertama semuanya ok. Hari ketiga ambik darah lagi dan keputusannya positif denggi. Patutlah merengek sahaja. Hari keempat doktor bagi balik coz platlet darah dah naik 295 dan sel darah putih pun dah naik ke-5 that means dia dah stabil dan bertambah baik.
Hati tetap jugak berdebar-debar dengan perkhabaran seorang kawan supaya berhati-hati coz sekali dah kena badan dah tak imun lagi. Kalau terkena lagi denggi kemungkinan besar akan kena denggi berdarah, semoga Allah akan melindungi Syed Junior dari musibah yg kedua ini.
Mulai sekarang aku pun telah mengambil langkah berjaga-jaga. Pukul 7 pth semua tingkap dan pintu dah tutup, sembur nyamuk dan pasang ubat nyamuk. Selalunya tingkap dan pintu kat rumah tak pernah kenal malam atau siang akan terbuka je coz bapak si Syed tak suka dengan keadaan yg tertutup angin tak masuk katanya. Inilah pengajaran utk kami semua terutama bapak si Syed Junior, ada hikmahnya bila pintu dan tingkap disuruh tutup menjelang waktu magrib.
Alhamdulillah....nampaknya kesihatan Syed Junior bertambah baik. Selera makan juga sudah bertambah. Ya Allah kau lindungilah anak-anakku sentiasa tak sanggup aku melihat mereka menderita tetapi andai itu takdirmu...aku berserah...
0 Rider Beraksi: