Resepi Pulut Kuning : The Making Of
Syukur alhamdulillah akhirnya tertunai juga harapan my girlz. Pulut kuning kali ini adalah edisi khas utk my princess yang telah khatam Al-Quran sebulan lepas, dek kerana kesibukan mak baru hari nie dapat buat pulut kuning untuk dia memandangkan puasa pun hanya tinggal lagi 6 hari so aku ambik cuti le utk tunaikan harapan dia.Syukur juga kepada Allah (s.w.t) kerana dengan limpah dan kurnianya menjadikan my girlz seorang yg terang hati, dia telah dapat mengkhatam Al-Quran pada usia 9 tahun...mak dia dulu masuk sekolah menengah baru habis Al-Quran. Alhamdulillah... Sekarang pun my girlz tengah mengulang Al-Quran lagi...

Pulut yang masih bersih dan belum tercemar...dah lama tak buat pulut kuning takut pulak tiba-tiba bertukar jadi merah, ermmm...dah tak boleh panggil pulut kuning kena pangil pulut merah la pulak...ahaksss...





Akhirnya aku dapat merasakan inilah antara saat yang bahagia sesangat bagi aku sebagai seorang ibu...atau mana-mana ibu pun juga di dunia ini.
JuneAina
0 Rider Beraksi: