Packing Time.

9:48 PG JunAina 0 Comments

Dalam resah meraja dihati aku gagahkan juga jemari menyusun satu persatu segala barang-barang peribadi dan memasukkan ke dalam kotak. Bebagai persoalan bermain di hati bahagiakah aku di sana nanti atau derita bakal bertamu. Aku berada dalam teka teki-teki...tp apa yg mampu aku lakukan? Segalanya adalah kehendak takdir dan aku berharap takdir itu berpihak kepada aku... Tiba-tiba hati ini menjadi sayu...tetapi aku berharap inilah bahagia aku untuk masa depan.

Pergghhhh...jiwang karat tu... Bukan apa pun tengah ambik feel nak kemas barang-barang masuk kotak, malas rasanya tapi terpaksa kalau tak siapa pulak nak kemaskan barang-barang aku nih. Kawan-kawan kat tingkat 15 pulak tak habis-habis nak kenakan aku, tak apa korang suka le kenakan aku tapi suatu hari pasti kau org akan terasa rindu pada aku, terasa kehilangan.... Bila lalu kat pintu utama tak ada lagi tempat korang nak singgah, nak lepak-lepak, nak pinjam kad bila korang nak pegi toilet dan lupa nak bawak kad sendiri dan yg paling penting korang dah tak cukup geng nak gelak-gelak kat pantry sambil menikmati sarapan pagi atau masa petang pekena teh tarik k.kiah.

Aku pasti merindui kalian dan yg pasti aku pasti merindui workstation aku...





























Semasa aku sibuk mengemas dan setelah semuanya aku kemaskan.








































































Sebelah petangnya disebabkan stok susu pekat manis dah kehabisan kita org celebrate le dengan kopi o sahaja...k.rose beli kueh kat kg.baru...yummie...
Sebenarnya dah seminggu semua ini berlalu tapi aku rasa bagaikan dah terlalu lama peristiwa nie berlalu...hari khamis hari terakhir aku bekerja di tingkat 15...thanks buat semua kengkawan ye...















You Might Also Like

0 Rider Beraksi: