Mampukah aku setabah dia...

2:14 PTG JunAina 0 Comments

~KUALA LUMPUR: Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk.~

Subhanallah...Sesungguhnya daripadanya kita datang dan kepadanya juga kita kembali, mengadap yang Maha Esa, semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Bertapa kuatnya semangat si isteri mengadap jenazah suami yang kaku terbaring di atas jalan, masih sempat menyatakan bertapa dia sayangkan sang suami dengan kucupan didahi walaupun dia tahu sang suami telah kembali mengadap Yang Maha Esa. Masih mampu mengiringi jenazah insan tersayang yang berbalut plastik hitam ke HKL.

Aku betul-betul kagum...bertapa kuat hatimu wanita...

DBKL perlu lebih berhati-hati, jangan sampai pisang berbuah berkali-kali, jangan sampai ada lagi mangsa ke-2, ke-3 dan seterusnya... Jangan sahaja pandai hendak menyaman bila rakyat tersalah parking, menyita bila rakyat tidak membayar cukai tetapi alpa pada tanggungjawab yang lain-lainnya.

Jangan menyalahkan rakyat bila ada pihak menunding jari atas kelemahan kita. Menjaga kecantikan bandaraya sehingga mengabaikan pada keselamatan di persekitaran. Mulai sekarang jangan hanya mengharap orang bawahan membuat kerja tetapi sesekali orang atasan perlu turun padang memantau. Jangan hanya alpa melayan akhbar bila `driver' memandu apa salahnya tinjau-tinjaulah persekitaran laluan di jalanan...

Perihatinlah pada keperluan rakyar marhaen...

0 Rider Beraksi:

Resepi Rendang Ayam

10:12 PG JunAina 2 Comments

Resepi rendang ayam ini aku bawakan khas dari negeri Perak, resepi original rendang orang tua-tua kat Perak tapi bukan rendang tok ye...




Rendang Ayam

Bahan-bahan:
1 1/2 kilo ayam (dapat ayam kampung lagi best)
20 biji cili kering (suka pedas lebihkan cili)
12 biji bawang merah - mayang
5 ulas bawang putih - mayang
5 batang serai - hiris nipis
seinci halia
sedikit lengkuas
10 biji buah keras
sedikit kunyit hidup
santan dari 1 1/2 biji kelapa
kerisik
gula kabung
daun kunyit

Cara memasak:
1. Blend cili kering, halia, lengkuas,kunyit, buah keras dan gaulkan bersama ayam hingga rata. Kalau ada masa perapkan sekejap, kalau tak terus tenggekkan atas dapur.
2. Masak perlahan-lahan sehingga kering air ayam.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai dan santan. Masak sehingga agak kering.
4. Bila hampir masak masukkan kerisik dan gula kabung, jangan lupa masukkan garam pulak.
5. Sebelum angkat masukkan daun kunyit yang telah di racik halus.

Sedap kalau layan dengan pulut lemak, ketupat, pulut kuning ataupun makan dengan nasi impit. Kalau hari biasa makan tengahari dengan nasi putih le jawabnya...Gambar kat atas tu agak kurang daun kunyitnya coz sebagai orang Perlis daun kunyit bukanlah menjadi bahan tambahan dalam masakan di sebelah sana (maksudnya aku tak suka daun kunyitlah tuuu...).

2 Rider Beraksi:

Perkongsian Atas Nama Islam.

12:58 PTG JunAina 0 Comments

Salam,

Saudara Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza tempoh hari, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali bagi tau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )


Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Sebelah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza ! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas


Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel


Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri! Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel . So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.


"Bukan itu sahaja ingin ku kongsi, cerita juga berkisar umat Islam di Iran yang berkerja di ofis yang sama. Percaya atau tidak seorang rakan kerja berbangsa Iran pernah bertanya sehari berapa kali kita orang sembahyang dan mengaku dia muslim tetapi sudah tidak mempraktikkan semua itu lagi. Bila bulan puasa puak-puak Iran ini dengan selamba makan atau minum tanpa segan silu walaupun semua orang tahu dia orang semua adalah muslim. Tanpa rasa bersalah jugak mereka jugak meminum minuman keras.

Kalau di fikir dari logik akalnya memang patutlah Allah (s.w.t) menurunkan bala kepada negara mereka, kerana janji Allah andai sesuatu kaum itu mungkar bala yang turun jugak akan turut di rasai oleh orang baik dan beriman.

Renung-renungkanlah..."

0 Rider Beraksi:

Jalan-Jalan Zoo Melaka

8:19 PG JunAina 0 Comments


Memenuhi permintaan anak bungsu dan kakak serta abang ambik kesempatan jugak bergumbira meneroka alam zoo, dari Masjid Tanah menyusur jalan ke Ayer Keroh. Hikram paling gembira bila sampai di pintu masuk...sambil terjerit-jerit adik suka harimau...adik suka harimau...harimau comel sangat. Erkkk...harimau comel? Dia tak tau kalau terlepas habis semua kena ngap...hahahhaaa...

Balik dari meraikan pengantin kali ini aku ayu le sikit berbaju kurung, pelik sangat rasanya aku pergi bersantai berbaju kurung dan Pak Tuan bebaju batik...confius dibuatnya... Anak-anak memang dah lupa dunia berlari dari satu sangkar ke satu sangkar yang lain, mama pun tak di hiraukan kecuali Pak Tuan yang lebih teliti tentang keselamatan anak-anak. Dia tetap mengekori dan mengawasi setiap langkah anak-anak sedangkan aku lebih senang membiarkan anak-anak bebas berlari di kawasab zoo.

Letih memang meletihkan bila setiap inci zoo kami lewati dalam kegirangan anak-anak tapi aku turut gembira melihat muka ceria anak-anak. Mengenal nama-nama setiap binatang dengan abang dan kakak menjadi tukang baca setiap label, Hikram betul-betul puas...

Sempat jugak snap gambar Hikram dengan binatang kesayangan dia hariamu dan gajah...hahahaa...










0 Rider Beraksi:

Salam Aidil Adha.

8:11 PG JunAina 0 Comments

Raya Haji tahun ni hanya berdua dengan si kecil tapi dah besar pun...Pak Tuan sibuk dengan amanah yang di galas tapi sebelah malamnya masih meraikan Aidil Adha bersama tetapi hanya kami bertiga. Iqbal dan Hayani sudah lupa diri agaknya bergembira kat kampung, almaklumlah banyak aktiviti yang dah di rancang anak berdua ini terutama bila jumpa sepupu-sepupu aku kat kampung (sepupu mak tapi baya anak-anak...).

Menu utama tahun ini atas permintaan Pak Tuan, rendang ayam... Sebagai anak jati Perlis aku hanya tau masak gulai@kari sahaja tetapi bagi memenuhi permintaan orang Perak (Pak Tuan) ku cuba-cuba jugak le jadikan ayam tu sebagai rendang. Seingat aku inilah kali kedua aku buat rendang sepanjang 10 tahun ni.... Bertungkus lumus le aku hingga 1 pagi menyediakan juadah raya dan mengemas rumah, alahai letihnya.

Inilah menu utama aku di pagi Aidil Adha...special buat Pak Tuan...rendang ayam yang di makan besama ketupat pulut dan nasi impit. Balik solat Aidil Adha terpaksa le memenuhi permintaan Hikram pulak coz tak nak makan rendang ayam nak makan kuah kacang le pulak... Nanti kalau ada masa aku pastekan resepi Rendang Ayam Perak ni kat sini.


Malamnya aku mengadap goreng asam daging dan hati yang Pak Tuan bawak balik dari majlis korban kat surau, bertungkus lumus dia kat sana menumbangkan 4 ekor lembu sampai ke petang. Perghhh...sedapnya...layanzzz...


Seharian yang rehat panjang, bestttt...bukan selalu aku boleh goyang kaki habis macam ni kat rumah, kalau tak sibuk kat opis sibuk kat rumah le pulakkk... Alhamdulillah pengorbanan aku untuk beraya bersama Pak Tuan tak sia-sia, walaupun semua keluarga berkumpul kat kampung coz `tok' menumbangkan lembu untuk korban tahun ini tetapi aku tetap gembira beraya dengan Pak Tuan dan jiran-jiran. Habis le jugak sekuali rendang aku....

0 Rider Beraksi:

Merai Pengantin Si Duda Dan Dara.

2:32 PTG JunAina 0 Comments

Di Renjis-Renjis Di Pilis

(Chorus)
Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar

Duduk muda sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari

Chorus (2x)

Lepas duduk bersanding
Jalan rapat berganding
Salam bersalam keliling
Sambil mata menjeling

Chorus

Riang pengantin baru
Gurau senda bercumbu
Aman damai selalu
Sampai ke anak cucu

Penyanyi: R. Ismail

Bekonvoi merai pengantin si duda dan dara di Masjid Tanah Melaka, semoga kedua mempelai kekal bahagia sehingga ke hujung nyawa. Kaum keluarga dan sahabat handai menjadi saksi terpatrinya ikatan suci, paling istimewa dua anak cilik juga turut meraikan hari bahagia ayah tersayang.

Bertemakan hijau dan biru dua pasang pengantin di raikan, 2 beradik memilih untuk meraikan hari bahagia bersama. Pengantin dirai penuh istiadat, diarak bersama bunga manggar, dimeriakan dengan paluan kompang dan gendang, diiringi hujan rahmat yang membasahi bumi. Menjadi antara tetamu terawal sampai, geng Jenayah Komersial Bukit Aman menggamatkan suasana. Teman-teman seperjuangan meraikan pengantin yang berkerja di bawah satu bumbung.

Antara gambar yang sempat di abadikan....dan dicelah keramaian terselit kedua-dua anak aku sebagai pembawa bunga manggar...alahai jauhnya import...





















0 Rider Beraksi:

Hikram Di Jamuan Akhir Tahun

9:10 PG JunAina 0 Comments

Sabtu, 13 Nov 2010.

Menerima jemputan sehari sebelum majlis dan pada hari Ahadnya diadakan hari graduan di Putrajaya sedangkan kami sekeluarga telah punya perancangan untuk memenuhi undangan perkahwinan di Melaka. Nampak gayanya majlis Hikram terpaksa dikorbankan memandangkan yang kahwin adalah orang bawahan Tuan Syed, sebagai orang atasan dia perlu memenuhi undangan tersebut.

Tahun ini adalah tahun terakhir Hikram belajar di Tadika Kembang Padu, Taman Kajang Utama bermakna tahun hadapan dia akan mula melangkah ke alam persekolahan sebenar. Banyak perubahan pada diri Hikram sejak bersekolah di sini, dari seorang yang tidak langsung berminat untuk ke sekolah dan belajar menjadi seorang yang terlalu `excited' untuk melalui hari-hari persekolahannya. Mula berminat untuk membelek-belek buku walaupun tidak pandai membaca. Tidak dinafikan Hikram sedikit lambat dari abang dan kakaknya tetapi alhamdulillah berkat kesabaran Cikgu Rafidah dan Teacher Bama, dia mula mengenal huruf dan perlahan-lahan mungkin akan mula membaca.

Akan aku kenang sampai bila-bila juga pun perkataan pertama yang ditulisnya di rumah, masa itu aku cukup gembira bila dia menulis `HIKRAM' di dinding rumah walaupun itu adalah kepantangan Tuan Syed dia turut tersenyum. Bila di sekolah pulak dia selalu tertidur di dalam kelas, sama ada di kerusi atau di lantai cikgu akan biarkan sahaja sehingga waktu balik. Cikgu Rafidah pernah berkata `More better then mula-mula sekolah, pegang pensil macam nak membunuh orang'...hahahaaa...sampai macam tu sekali anak kecilku ini.

Aku akui dalam kesibukan kerja aku terlalu mengabaikan pelajaran anak-anak...insyaallah aku akan memperbetulkan keadaan selepas ini. Kekadang masa terlalu membataskan waktu, bila balik kerja badan pulak sudah keletihan...

Sekitar Majlis Jamuan Akhir Tahun Hikram...




Hikaram & his girlfriend Khatijah! Perghhhh....




Seorang lagi budak perempuan yang tak pernah berenggang dengan dia, setiap sealngkah Hikram dia pasti mengekori...hahhaaaa...kesian Hikram...




Bacaan pantun oleh murid tadika.

Penyampaian cenderahati oleh Ketua Wanita Umno Bahagian Serdang dan Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga Taman Kajang Utama En. Ibrahim Martibi.

Menikmati bihun sup lepas habis acara.


Sudut-sudut di sekolah yang pasti Hikram rindui....



0 Rider Beraksi:

Duit...Oh...Duit...

9:34 PG JunAina 0 Comments

Kalaulah time-time cenggini tiba-tiba dapat surat menang peraduan ataupun ada hambaallah nak bagi aku Rm30 ribu...wahhh...besttt...
`Nah 30 ribu pi cuti-cuti Malaysia and shopping' perghhhh...akulah orang paling bahagia...tapi ada ka orang nak bagi?
Macam nilah kalau dah pening sangat mengadap kerja, angan-angan Mat Jenin le kejap...motivasikan diri sendiri...hilangkan letih badan & letih minda tapi kalau ada yang sudi nak bagi apa salahnya...kecil tapak tangan Stadium Bukit Jalil aku tadahkan.

Kerja pun untuk duit, duit untuk hidup coz semua dalam dunia ni nak guna duit waima nak masuk `tut' kat public toilet. Apa ingat kat rumah tak yah bayar ke, tu yang dok sampai bil Indah Water 6 bulan sekali tu apa? Fikir-fikirkanlah...

Dulu gaji Rm1500 cukup ja untuk belanja anak beranak sekarang gaji sekali ganda lebih hidup macam tu jugak, still duduk kat rumah lama. Tak ada yang lebih tapi kekadang berkurang adalah...ermmm agaknya nilai duit kita makin mengecil... Kalau pegi pasar malam Rm50 sure habis tapi apa yang dibeli pun tak taw, itu baru cerita pasar malam belum pasaraya besar...sendiri mau ingat le...

Jadi berhati-hatilah dengan duit ni, beringat masa ada...menabunglah untuk masa depan. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan...hari ini kita sihat belum tentu esok pun kita sihat...

0 Rider Beraksi:

Bandung Oh Bandung...

7:04 PTG JunAina 0 Comments

Dah lebih 8 bulan dok tunggu nak fly reramai rehat-rehat & shopping-shopping kat Bandung. Memasing dah xcited gila, dah prepare pasport, dah tukar duit juta-juta & dah packing baju jugak...ermmm... Aku jugak dalam kesibukan yang tak henti-henti yang tak sempat nak buat semua tu, dua hari sebelum tarikh baru sempat tukar duit dan seminggu sebelum tu prepare pasport.

Detik 11.30 malam aku mula ler packing barang tetiba message kat hp paling canggih aku yang hanya boleh terima call & sms berbunyi. Terus hilang selera aku nak buat semua benda...alahai mengapa ler di saat-saat akhir sebegini...
Dengan berdebar-debar aku membaca sms di terima ~RM0.00 AIRASIA QZ7594 KULBDO 6NOV10 HAS BEEN CANCEL DUE TO SAFETY REASON MERAPI ASH COVERING BDO. SORRY FOR INCONVENIENCE CAUSED~...hancur sudah angan-angan nak shopping sakan dengan duit 3 jutaku.

Terus campak beg ke tepi capai bantal try to call airasia...sampai ke pagi le lenguh tangan mendail...dalam sibuk dengan airasia aku calling2 ler kawan-kawan seperjuangan yang terkandas macam aku. Keesokan paginya hp aku macam kaunter pertanyaan jadinya.

Buat semua teman sekapal terbang dengan ceq...Mieza, Ika, K.Lin, K.Paudi,Ina, Siti Umi, Asmah, Zai & hubby, Erna, Rahmat, Shafinaz & her right hand(hehehhe...jangan marah ye...) bersabarlah semua... Sampai masanya nanti kita fly reramai ye...

0 Rider Beraksi:

Banjir Sampai Kena Pindah! Sejarah...Tercipta...

6:31 PTG JunAina 0 Comments

Selepas lima tahun sekali lagi kampung aku dilanda banjir besar, kalau dulu banjir yang memasuki rumah cuma separas buku lali tapi tidak untuk kali ini. Musibah kali ini lebih teruk dari dulu setakat hari ini 3.11.2010 telah 13,000 org mangsa telah di pindahkan. Sejarah jugak tercipta bila penduduk kampung aku jugak terpaksa berpindah ke pusat perpindahan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi termasuklah keluarga mak aku. Sejak dilahirkan rasanya inilah kali pertama banjir melanda kampung sehingga memaksa penduduk berpindah demi keselamatan.

Sedih..memang sedih, susah hati jugak mengenangkan kaum keluarga di kampung. Keadaan yang tidak selesa dihadapi di pusat pemindahan sementara terpaksa di telan juga. Memang ada bantuan tetapi sekadar keperluan dan segalanya alakadar sahaja tetapi syukur alhamdulillah dengan segala kemudahan walaupun kekurangan kerana banjir kali ini terlalu mengejutkan. Rumah mak boleh di kategorikan sebagai berada di kawasan yang agak rendah berbanding rumah `tok' (panggilan org perlis utk nenek) dan rumah pak teh (bapa saudara) yang terletak bersebelahan. Air telah naik sehingga paras lutut dan mereka semua terpaksa meninggalkan rumah untuk keselamatan. Tidak banyak yang dapat di selamatkan kerana air naik dengan cepat.

Antara faktor yang menyumbang kepada banjir ini adalah hujan yang turun di hulu dengan lebat, Siam pula telah melepaskan air kerana turut mengalami banjir terutama di Songkhla dan Hadyai. Empangan Timah Tasoh tidak mampu menampung isipadu air yang berlebihan dan untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk pintu air terpaksa dibuka manakala air laut pula sedang pasang jadi air tidak dapat mengalir ke laut. Banyak yang perlu kita belajar dari musibah kali ini, ianya bukan sekadar bencana alam atau tabie alam. Renung-renungkanlah...

Aku tiada di sana untuk menilai segalanya tetapi setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Aku sangat-sangat berharap tiada yang akan menangguk di air yang keruh dan mengambil kesempatan atas bantuan serta dana yang disalurkan untuk mangsa-mangsa banjir. Pada suka relawan yang bertungkus lumus terima kasih dan hanya Allah (s.w.t) jua yang dapat membalas jasa kalian. Buat chenz (ap.com) & the geng yang bertungkus lumus 30 jam membantu mangsa banjir dan bila balik kereta sendiri pulak yang tenggelam, tentu ada hikmahnya. Rezeki mungkin tidak di situ mana tahu rezeki yang lebih besar akan datang selepas ini.

Gambar-gambar banjir yang aku paparkan di sini telah di copy dari ap.com tetapi malangnya tiada satu pun gambar kampung aku. Mungkin pada entri lain akan aku selitkan gambar-gambar kampung tercinta terutama gambar keadaan rumah mak di kampung.

Syukur alhamdulillah hanya banjir yang tak seberapa yang rakyat Malaysia rasakan, bukan tsunami, bukan gempa bumi apatah lagi muntahan lahar dari gunung berapi. Sebahagian ujian dariAllah (s.w.t) untuk umatnya, menguji kekuatan iman dan ketabahan hidup, selagi benyawa akan sentiasa ada ujiannya. Redzalah kita...










0 Rider Beraksi: