Hatiku Berbunga

11:32 PG JunAina 14 Comments

Syukur alhamdulillah dengan limpah kurnia rahmat dan kebahagiaanmu Ya- Allah. Hari Isnin dilalui dengan gembira dan bersemangat. Tidak seperi biasa terus dikuasai `Monday Blues'. Walaupun hujung minggu tanpa rehat kerana terpaksa berkerja pada hari Jumaat sehingga petang, Sabtu masih juga bekerja dan Ahad pula melangsaikan tugasan di rumah tetapi hati ini berlagu riang.

Pertama kerana anak sulung telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, dapat kembali ke kelas CEKAL (kelas terbaik) setelah di turunkan kelas pada awal tahunnya. Mendapat tempat pertama di dalam kelas. Hari ini jugak akan naik ke pentas menerima hadiah 'Bijak Sifir'. Alhamdulillah... Walaupun banyak mainnya kat rumah tetapi mungkin tumpuan lebih telah diberi di sekolah.

Keduanya kerana anak yang kedua pula telah meningkat prestasi pelajarannya dari mendapat nombor 22 penggal pertama telah mendapat nombor 9 bagi peperiksaan yang lepas. Doa sebagai seorang ibu agar tahun 5 anak perempuan ini dapat naik kelas ke kelas CEKAL seperti abangnya selepas di turunkan ke kelas GIGIH pada awal tahun.

Ketiganya cerita pasal Junior. Seperti biasa kejutannya belum habis untuk mama. Balik dengan mendapat markah matapelajaran SAINS sebanyak 95 markah. Alhamdulillah. Bagi orang lain mungkin perkara ini benda biasa tetapi bagi mama Junior ia memang luar biasa kerana CERITA INI.

Keempatnya yang membuatkan hati bertambah berbunga-bunga minggu ini mama dapat rehat sedikit kerana abang dan kakak mengambil alih tugasan mengemas ruang tamu dan bilik secara sukarela. Wahhh...memang seronok dapat skip satu tugasan rumah. Sebagai balasan mama masak lauk kegemaran sambal sotong bulat (badan sotong le tu. Junior request tak nak jari-jari sotong).

Hari ini masuk office sedikit rehat kerana tugasan telah di bereskan pada hari Sabtu. Hanya menunggu tugasan lain datang jadi dapat kemaskini blog dan jalan-jalan ke halaman kawan-kawan, semakin bertambah berbunga-bunga hati ini.




You Might Also Like

14 ulasan:

  1. seronok bila anak anak pun sama membantu kan?

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Allah kurniakan kegembiraan bila-bila masa sahaja...

    BalasPadam
  3. Salam kunjungan.. blog menarik... senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..tumpang gembira sama... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    KISAH TELUR

    BalasPadam
  5. sayangibu...
    minggu ini agaknya minggu bertuah, tak perlu jerit2 macam tarzan nak minta tolong anak2. dua-dua rela je buat tanpa paksaan.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah kak cik harapnya aina akan sentiasa gembira dah penat menangis rasanya...

    BalasPadam
  7. tanks zuwairi kerana sudi singgah...insyaallah aina akan jejak blog zuwairi nanti...

    BalasPadam
  8. gembira...gembira...gembiraaa...harap gembira selamanya...

    nabilah telur tu xsyen yeee...hahahaaa...

    BalasPadam
  9. diharap musim bunga akan berterusan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun..
    alangkah indahnya....

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Jun,

    Alhamdulillah anak-anak dikurniakan Allah otak yang cerdas dan kesihatan yang baik.

    Tahniah atas kejayaan anak-anak.

    BalasPadam
  11. Mesti seronok kan kak bila ada anak2 turut sama membantu

    BalasPadam
  12. kak pah...
    alangkah indahnya sekiranya bunga2 itu mekar sepanjang tahun...

    BalasPadam
  13. salam kak ani @ sikunang-kunang...

    setakat ini alhamdulillah dan jun harap akan seperti ini seterusnya. berjaya dalam hidup dunia & akhirat...

    BalasPadam
  14. amy...

    alhamdulillah...rezeki. tapi membantu pun ada angainnya jugakkk...

    BalasPadam