Gathering 'TANGLIN'

10:02 PG JunAina 7 Comments

Jumaat.
12.30 tengahari.
Ikan Bakar Tanglin - Bawah Khemah Warna Biru

Kisah semalam, mendapat jemputan dari AA sebagai wakil tuan rumah dan tuan punya badan. Menyambut Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi jugak meraikan pertambahan umur seorang-dua kawan-kawan. Kata orang rezeki jangan di tolak musuh pulak jangan di cari dan Aina pun menerima jemputan dengan hati yang berbunga-bunga. Gabungan kawan-kawan dari Kampung MMS KLfm dan juga kawan-kawan dari AnakPerlis.com.

Jemputan kali ini Aina datang dengan bodigads (Pak Tuan), selalunya kalau nak berjumpa kawan-kawan macam tu jarang sekali dia hendak mengikut. Kebanyakan kawan-kawan pun tak mengenali Raja kat hati Aina ini.

Sesampai saja semua sudah tersedia, pari bakar dan air asam, sotong (teloq) kegemaran Aina dan ada juga terubok bakar. Seplastik buah langsat sebagai pencuci mulut (tak cuci pun coz bila sampai je terus jamah yang ini dulu), kek coklat yang terangkat (tajaan PCP) dan jugak kerepek (buah tangan Kak Jam). Kami hanya lenggang kangkung dan bawak perut yang telah di kosongkan sejak semalam...hahhaaaa...

Memenuhi undangan - antara yang hadir. Gambar ini di cilok dari halaman AA. Sorry ya kak azie...hp cap ayam Aina ni buat hal pulak tak boleh nak klik-klik lebih sikit.


Pari bakar dengan sedikit ayaq asam tapi kalau nak best mesti tuang banyak-banyak biar banjir ayaq asamnya.

My peberet...sutun teloq! Perghhh...mengoda beb, lagi menggoda masa mula-mula sampai cantekkk ja...


Ini pula terubok bakar. Mengancam tetapi malas nak makan tulang banyak sangat, jamah jugak kat perutnya yang berlemak...

Buat semua terima kasih kerana masih sudi memanjangkan silaturrahim yang ada. Buat Kak Jam. Hepi bufday dan semoga ALLAH akan sentiasa merahmati kamu! Terima kasih daun keladi kerana telah menjadi sponser terbesar semalam. Insyaallah panjang umur kita berjumpa lagi.

** Pesanan buat AA...jangan buat dah perangai lagu tu. Tukang jemput yang lupa nak jemput diri sendiri...





You Might Also Like

7 ulasan:

  1. sdapnya kak yang...tp sedihnya...skarang mcam2 dah xbley makn...kna pntang...

    BalasPadam
  2. Perghhh...terliur tgk pari bakar ngn terubuk tuuuuuuuu...nak!!!!!!

    BalasPadam
  3. Terimakasih AINA... ada juga entri tentang gathering ini yaaa... wahhh Sotong Teloq tu dulu Pakcik Padin dok rajin nak oder.

    Bila Kak Azie booking meja dgn Pak Din, dia dah tau apa menu nak uloq bagi. Aduhhh ngences tengok menu tu semua.

    Bukan tak nak pi, ada 2 alasan:

    1. susah nak cuti

    2. bimbang kalu Kak Azie pi, ada lak yg tak mo pi kalu nampak muka Kak Azie kat situ. Maklum dia lebih closed dgn Puan Penaja. So Kak Azie beri laluan.
    Tapi dia pun tak pi jugok!

    BalasPadam
  4. arin...memang terbaikkk...bakaq atas bara bukan bakaq atas belanga (huh simbolik betoi perkataan belanga tuh...).

    dah sakit terpaksalah ye...

    BalasPadam
  5. cik shinju...jommm...tak jauh pun belakang amsjid negara jerrr...

    BalasPadam
  6. tak apalah kak azie...barang yg lepas jgn dikenang. nanti kita lepak2 lagi kat pak din ye...

    kali ini tak yah jemput sapa2 kita ajak PCP ja jadi tukang bayaq...hahahaaa...

    BalasPadam
  7. Sedap2 makanannya tapi sotong tu buat kak Zai terliurrr...

    BalasPadam