SYABAS Buat Tak Tahu Kontraktor Lepas Tangan

1:43 PTG JunAina 16 Comments

Air oh air. Ada orang tak ada air berhari-hari sehingga menyukarkan rutin harian. Membantutkan aktiviti yang sepatutnya berjalan lancar. Penduduk Kajang Utama pula terlebih air. Setiap detik air mengalir laju dari paip yang bocor kesan dari kerja-kerja naik taraf pembentungan di kawasan penempatan kami. Sejak Ogos tahun lepas bermula kerja-kerja tersebut.

Harga sebuah pembangunan yang harus dibayar penduduk. Kesesakan bila kerja-kerja mengorek pembentungan berada di jalan utama. Jalan yang setiap pagi anak-anak berjalan kaki ke sekolah, ibu-bapa menghantar anak-anak ke sekolah, penduduk bersimpang siur ke tempat kerja, bas mini meneruskan rutin harian dan juga bas-bas kilang sibuk mengambil penumpang. Sehingga kini masih ada tempat yang hanya satu lorong boleh digunakan termasuk di depan flat kediaman Aina. Dulu kawasan Kajang Utama kecil sahaja kini semakin pesat dengan terbinanya beberapa buah apartment pembentungan sedia ada sudah tidak mampu menampungnya. Sekarang bersambung pula dengan Kajang Dua jadi semakin sibuklah tempat kami.

Paip bocor ini telah berlaku sejak 5 bulan lepas. Bila diadukan kepada petugas Syabas mereka memberi alasan itu adalah tanggungjawab kontraktor. Sekiranya Syabas yang baikinya kontraktor harus membayar Rm3000. Suatu hari terdetik hendak membuat aduan kepada pihak pengurusan Syabas secara bertulis tetapi terhenti kerana bila suatu hari terlihat seorang pekerja kontraktor sedang berwuduk di situ. Serba-salah. Agaknya kalau dah tak ada air kat situ di mana pekerja tu nak ambil wuduk dan kebanyakan pekerjanya adalah warga tempatan.

Bila kebocoran semakin besar tentulah air yang mengalir keluar juga bertambah banyak. Aina mengambil keputusan menghantar email ke Puspel besertakan gambarnya sekali. Malang setelah 4 hari tiada apa-apa tindakan pun yang diambil. Air masih terus laju keluar dari bahagian yang pecah. Kontraktor mengambil jalan mudah dengan hanya mengikat getah hitam sebagai penahan sebelum ini. Mana mampu getah itu menampung tekanan kuat air.

Bila Syabas buat tak tahu dan kontraktor lepas tangan air bersih terbuang begitu sahaja berliter-liter padu sehari. Bila akhir tahun mencongak kerugian air yang hilang entah ke mana. Siapa yang harus di salahkan? Ke mana perginya pekerja-pekerja Syabas yang memantau projek tersebut. Kerana Rm3000 yang kontaktor tidak mahu bayar Syabas kerugian berpuluh ribu kerana hilang air bersih.

Satu yang pasti sikap manusia. Bekerja hendaklah bertanggungjawab. Amanah telah diberi jalankan sebaik mungkin. Aduan telah dibuat kiranya ambillah tindakan, jangan main lepas tangan. Air itu bukan 'BAPAK' aku punya. Syabas 'RUGI' ada aku kisah gaji aku tetap jalan. Jangan lupa di akhirat kelak kita akan di tanya setiap tanggungjawab walau sebesar zarah.


Gambar ini diambil pada 5hb Januari 2013 sedangkan paip ini telah lebih 4 bulan pecah. Sebelum ini setiap minggu kami akan mengalami gangguan bekalan air bila kerja-kerja yang dijalankan merosakkan paip air bawah tanah.

 Gambar ini pula diambil pada 5hb Febuari 2013 (kebetulan dua-dua pada tarikh yang sama dibulan berlainan). Nampak macam sikit je air yang mengalir tapi bila dizoom baru nampak air yang mengalir tu memang banyak. 24 jam sehari mengalir tanpa henti. Setiap detik!

Ini bukalah pendedahan berbau politik kerana walaupun dilahirkan dalam keluarga yang kuat politik Aina tidak berminat untuk aktif. Hanya rasa tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang perihatan pada permasaalahan sekeliling.

16 Rider Beraksi:

Andai Bukan Rezeki Kami

2:21 PTG JunAina 9 Comments

Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Aina. Sms bertalu-talu masuk sejak pulul 12.08am. Ucapan dari adik beradik, anak-anak, anak saudara, sepupu dan kawan-kawan. Terima kasih atas ingatan dan segala doa kalian. Hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalasnya.

Senyum. Suka tetapi terselit sedikit cerita duka. Bukan menyesal tetapi cuma ralat. Pertama. Telefon bimbit yang Aina belikan sempena ulangtahun kelahiran Pak Tuan pada 3hb Jan lepas hilang. Lalai. Cuai. Silap diri sendiri. Pak Tuan minta di chargekan telefon tu kat pejabat dan dia masih menggunakan telefon bimbit lamanya, sementara itu dia ke Damansara berjumpa seseorang. Telefon bimbit itu tidaklah mahal.

Petang Pak Tuan jemput. Masukkan surat khabar, dokumen di dalam sampul surat ke dalam beg. Sebelum itu masukkan beg duit, kamera, beg telefon bimbit. Paling akhir selepas masukkan suratkhabar masukkan telefon bimbit Pak Tuan, bermakna berada di bahagian atas. Singgah R&R Sungai Besi, minum. Buka beg keluarkan beg telefon bimbit kerana duit kecil memang diletakkan di situ. Bayar harga kuih, keluar oder air dengan baki duit di tangan. Lebihan selit di celah poket kecil tanpa membuka beg. Balik rumah telefon bimbit tak ada. Telefon kawan kat pejabat minta tengokkan manalah tahu lupa, juga tak ada. Menangis. Pak Tuan pujuk mungkin itu bukan rezeki kita.

Pak Tuan pula kelihatan agak resah. Rupanya dia juga kehilangan sesuatu semasa solat di Masjid KLCC. Kebiasaannya dia akan membuka jam dan cincin. Letakkan di dalam poket beg, berwuduk dan bersolat. Usai solat jam dan cincin dicari. Malangnya hanya jam yang ada tetapi cincinya tiada. Cincin suasa bermata delima pemberian Aina sempena hari lahirnya hampir 10 tahun yang lalu. Memang terasa janggal bila cincin yang setiap hari tersarung di jari sejak 10 tahun kini tiada. Kelihatan bertapa terkilan di raut wajahnya.

Telefon mengadu dengan mak. Rupanya Syahizat iaitu adik kat kampung juga kehilangan telefon bimbitnya semalam. Ralat baginya kerana bercadang hendak memberi telefon itu kepada Angah setelah dia membeli telefon baru minggu lepas. Di masukkan telefon ke dalam jacket ke pekan bila hendak balik terasa poketnya ringan dan zip terbuka.

Aina menangis semalam. Pak Tuan memujuk. Andainya masih rezeki kita insyaallah ada dan sekiranya hilang itu bermakna bukan rezeki kita. Insyaallah Allah s.w.t akan memberi rezeki lain yang lebih manis. Juga peringatan untuk kita mungkin kerana terlalai. Sama-samalah kita memperbetulkan dan bersangka baik. Akur. Hari ini tiada lagi perasaan tertekan. Aina redza.


9 Rider Beraksi:

Cer Teka?

8:34 PG JunAina 6 Comments



Agak-agak berapa harga kek ni? Katanya Kek Coklat Moist, berat katanya jugak 1kg.

6 Rider Beraksi:

Sembang Pantry #1

9:34 PG JunAina 10 Comments

Tiga orang sedang berborak.

Siapa yang dok merosak bahasa sekarang ni?

Sapa? Sambil geleng-geleng.

Kerajaanlah!

Kerajaan British ke hok dok ada la nih?

Kerajaan sekaranglah. Rais Yatim kata kita daulatkan bahasa tapi bila Najib bagi speech guna Bahasa Inggeris. Daulat apa ke bendanya.
Korang tengok Indonesia. Bermacam-macam bangsa very multi racial, Cina still cakap bahasa Indonesia sama seperti orang lain, walaupun apa keturunan bila bercakap satu bahas digunakan Bahasa Indonesia. Kita kat Malaysia Cina cakap bahasa slang Cina, India slang India pastu kita pulak dok terikut-ikut cakap macam dia orang.

Ermmm... (hok dok dengar angguk-angguk dan geleng-geleng).

Aku kat tepi makan spagetti tak campur. Tapi garu-garu kepala gak pasai dia bantai cakap Bahasa Ibunda dia yang kadang-kadang ada jugak yang aku dok pahang setabok.

Senyum. Ini bukanlah entri tentang politik.


10 Rider Beraksi:

Selamat Ulangtahun Kelahiran

12:11 PTG JunAina 13 Comments

Tahun baru bermakna semakin bertambah jugalah umur. Semalam 3 Febuari Pak Tuan menyambut ulangtahun kelahirannya. Hanya doa yang dan harapan agar suami tersayang sentiasa sihat dan berada dibawah rahmat yang Esa selalu.

Tahun ini Pak Tuan dapat hadiah telefon bimbit. Selalu sangat merungut dengan smart phone touch screen yang digunakan. Aina belikan je telefon bimbit Nokia biasa tu sebagai ganti. Mudah. Orang lama dan orang yang sangat simple macam dia memang tak sesuai menggunakan telefon serba canggih macam tu. Mudah bagi orang muda tapi susah bagi dia. Pelik.

Apapun tahun ini kami berkongsi kek sahaja. 3hb Feb dan 6hb Feb hanya selang tiga hari. Meraikan bersama anak-anak di rumah sahaja memandangkan kesihatan Aina yang tidak mengizinkan sejak akhir-akhir ini. Hidangan pun semuanya beli. Kek yang ditempah, yong tau fu dan kebab dari pasar malam belakang rumah.




13 Rider Beraksi: