Perihatinkah Kita
Semalam baca suratkhabar Metro dalam ruangan apatah yang orang hantar sms untuk komplain sana komplain sini dan luahkan segala ketidak puasan hati tu. Satu hamba Allah ni komplain satu benda yang buat Aina berfikir dua tiga kali. Komplainnya lebih kurang macam ni. 'Pemandu ambulan tolong jangan sesuka hati memotong kenderaan lain'. Pada fahaman Aina bila sebut ambulan tentulah ambulan yang bergerak laju dengan pesakit yang berada di dalamnya dan siren yang berbunyi-bunyi. Andaian.Pelik. Bila ambulan yang berada di dalam keadaan kecemasan tentunya akan bergerak laju. Mengikut undang-undang juga sekiranya terdapat bunyi siren tak kira dari kenderaan ambulan, polis, bomba dan lain-lain kita dikenedaki memperlahankan kenderaan dan rapat ke bahu jalan memberi laluan. Apakah yang kita pelajari tidak sama dengan apa yang kita praktikan. Jadinya ilmu yang tidak diamalkan.
Kadang-kadang mugkin kita tidak perasan kenderaan ini berada dibelakang tambahan pula kereta yang tertutup rapat menghalang pendengaran kita dari mendengar bunyi siren. Semasa memandu kereta 70% tumpuan kita adalah kehadapan manakala 30% lagi adalah sisi kiri, sisi kanan dan belakang. Sebab itu setiap kenderaan ada cermin sisi dan pandang belakang. Sekali lagi kita tidak menggunakan kemudahan yang ada, setiap benda yang di pasang di dalam kereta kita ada kegunaan tersendiri. Jadi tolong manafaatkan demi keselamatan.
Manusia kadang-kadang alpa. Kita akan tersedar bilamana kita berada di dalam situasi tersebut. Contohnya : Bayangkan kita terbaring di dalam ambulan dan memerluka rawatan yang cepat pasti kita mengharapkan ambulan akan cepat sampai ke destinasi dan kita mendapat rawatan sempurna. Juga mungkin yang berada di dalam ambulan itu kaum keluarga kita, kawan-kawan kita tentulah kita mengharapkan ambulan cepat sampai ke destinasi.
Jadi kesimpulannya jadilah insan yang perihatan dan bertimbang rasa. Hari ini hari dia siapa tahu esok lusa hari kita. Hari ini kita tolong orang siapa tahu esok lusa orang lain pula akan tolong kita.
fakta menyedihkan, doktor gomen yg iring pesakit naik ambulan yg dipandu super laju tu..TIADA INSURAN kalau terlibat dgn kemalangan...ertinya, ..MATI KATAK begitu sahaja...Hal ini dah acap kali sangat kami utarakan dulu pada KKM
BalasPadamKadang2 kita menjadi mangsa keadaan. Aina harap lepas ni akan ada perkembangan baik buat doktor yang mengiringi pesakit.
PadamBetul tu...tp kdg2 mmg xpaham sikap segelintir org yg xpernah nak bertolak ansur nie..xpelah biarkan mereka...bila dah kena baru depa ada akai.. :D
BalasPadamLaa ambulan memotong pun dianggap masalah ker.. apa laa punya pengadu.. Tu ler dia tak fikir agaknya kalau org yg kat dlm ambulan tuh tgh bersabung nyawa nak sampai ke hospital dengan cepat.. adoiyai cam ni punya org pun ada ker..
BalasPadamsya pun sedih dgn sikap ketidak perihatinan orang tentang perkara ni
BalasPadamyang diorang tahu bersunggut komplen bla...bla...bla...
geram!!!!
Assalamualaikum Aina
BalasPadamsaya perihatin bab ni....
Saya tersangat perihatin sebabnya laluan saya pergi kerja setiap hari adalah laluan utama untuk ke HKL.
Padamsaya pelik tengok orang yang tak reti beri laluan dekat ambulans sebenarnya...
BalasPadamYa, betul. Pemandu kenderaan sebegitu pula TAK boleh pasang siren sesuka hati tanpa sebab kecemasan.
BalasPadamJika masing-masing tahu peranan dan tanggungjawab, masalah komplen ni tak timbul.
Itu betul Kak Azie. Biasanya ambulan dari hospital luar masuk ke KL jika di PLUS highway akan bunyikan siren tapi bila petang menghala balik ke hospital masing2 tiada siren dibunyikan.
PadamSatu kisah di Perlis. Ambulan ambil pesakit terpaksa mengelak sebuah kereta dan terbabas ke dalam sawah. Pesakit dan semua petugas terpaksa di bawa ke hospital dengan ambulan lain. pak cik tu bagi tau dia tak perasan dan tak dengar bunyi siren ambulan.
andai semua org prihatin.. mudah kerja.
BalasPadamTeringat waktu makcik call ambulan utk bwk arwah mak ke hosp....I said"....urgent la tp tak la urgent sgt..." my nephew kata apa mak uda cakap ni....dalam ambulan, jejaka dalam ambulan tu kata".....kakak kata mcm tu...saya faham datang cepat tp tak payah pasang eeiiii oooo eeeeiiii oooo tu..." yes thats what I meant...tak mau org kpg/mak rasa super urgent.....
BalasPadamNow tgk ambulan, mesti sayu n sebak....:((