Big Apple Donut Mines Wonderland Raikan Ulangtahun Kelahiran
Tiada acara tertentu untuk sambutan ulangtahun kelahiran anak-anak sejak mereka sudah besar cuma mungkin bawa mereka jalan-jalan dan penuhi permintaan mereka sahaja. Tahun ini Kakak Hayani memasuki usia 13 tahun, mula-mula dia minta masak dan jemput kawan-kawan ke rumah yang kemudiannya dia sendiri yang batalkan.
Memenuhi permintaan 'birthday girl' selepas memenuhi jemputan majlis perkahwinan di Meru kami terus ke Mines Wonderland dengan ayu berbaju kurung. Sudah lama saya tidak ke sini dan pertama kali Kakak Hayani datang ke sini. Sekadar berjalan-jalan tengok sekeliling, tengok ikan-ikan yang berenang di antara bangunan itu pun sudah cukup menggembirakan kami. Menghabiskan masa secara berkualiti bersama anak-anak.
Birthday girl yang cukup puas hati dapat jalan-jalan di Mines Wonderland, dapat makan Big Apple Donut dan Strawberry Blended.
Penyejuk hati mama.
Lepakking sambil makan donut.
Suka melihat dia tersenyum.
Pemanis hati pengubat jiwa tanpa kalian akan picanglah jiwa mama.
My hero!
Tiada apa yang palig menggembirakan bila anak-anak ada di sisi, menghabiskan masa masa bersama mereka walaupun sekadar berjalan-jalan dan hanya makan donut. Melihat mereka tersenyum sudah cukup membuat hati terasa dipayungi seribu bahagia lantas apa lagi yang perlu dicari di dalam hidup ini.
dah besar2 dah anak akak.
BalasPadamEka pun selalu ke Mines ni. seronok tgok ikan2
happy belated birthday Hayani, cantik manis:)
BalasPadamalhamdulillah kak. syukur di kurniakan dengan permata yang tak ternilai ni ^_^ semoga mereka semua menjadi anak2 yang soleh dan solehah
BalasPadamAssalamualaikum kak..apa kaba? wah besday anak akak yer..Happy belated birthday kakak Hayani!
BalasPadamHappy birthday Hayani..
BalasPadamAnak-anak pun tahu bila dihargai Aina
Tak sama masa kakak kecik dulu celebrate apa pun tak ada
Dpt makan dan boleh ke sekolah itu pun dah lebih dari baik.
Nampak sangat hepi si kakak dpt celebrate besday kat big apple...btul tuh ms bersama2 mrk adlh precious moment..:)
BalasPadamYup, betul kak...
BalasPadamSejak saya dah kahwin, dan ada anak sendiri, baru saya faham erti " bahagia" sebenar..bila anak anak. isteri ada di sisi...walaupun tak pergi ke tempat2 grand macam Paris ke, London ke...hahahaha
Happy birthday Hayani..:)
Saya semakin hilang kegembiraan itu kerana anak-anak ramai sudah keluar rumah dan tinggal di asrama. Cuma dapat berkumpul ramai-ramai masa Raya puasa saja...
BalasPadamAnak-anak sebagai penawar hati dalam suka dan duka...
BalasPadamHappy belated birthday.
BalasPadamKadang2 terfikir kalau ada ramai anak taklah sunyi macam sekarang.
ek tempat makan kite ari2 time lunch ni..
BalasPadambetul kak...anak-anak adalah harta dunia dan akhirat kita semua.Tanpa anak-anak terasa betapa sunyi hidup!
BalasPadamHepy Bezday Hayani......moga menjadi anak yg solehah yer...
BalasPadamOkje lama tak pergi Mines Aina
Hensem Hikram!
bestnya makan donut :D
BalasPadamAlhamdulillah.. happy tgk family akak mcmnie..happy jer selalu..=D
BalasPadam