Pengeluaran KWSP Rumah Kedua

11:33 PG JunAina 17 Comments

Rata-rata pembeli rumah pasti akan mengeluarkan simpanan KWSP untuk membeli rumah tidak termasuk bagi golongan yang membeli rumah untuk pelaburan sebab biasanya mereka mempunyai ekonomi yang agak kukuh. Umum mengetahui pengeluaran boleh dilakukan pada rumah pertama selagi tidak dilupuskan nama pengeluaran tidak dapat dilakukan tanpa mengetahui pengeluaran KWSP rumah kedua juga boleh dilakukan kerana kebiasaannya apabila kita membawa dokumen kakitangan KWSP hanya memberitahu pengeluaran tidak dapat dilakukan kecuali menukar nama rumah sedia ada dalam sistem mereka.


Pilihan masih ada untuk kita menggunakan duit simpanan KWSP yang ada tidak kira untuk rumah pertama, kedua, ketiga ataupun seterusnya cuma cara pengeluaran sedikit berbeza. Bagi pengeluaran rumah pertama wang akan dimasukkan terus ke dalam akaun individu untuk kali pertama manakala pengeluaran seterusnya akan dimasukkan terus ke dalam akaun rumah bermakna kita tidak akan menerima duit tunai lagi seperti kali pertama kecuali pilihan kita adalah bayaran bulanan.


Bagi pengeluaran rumah kedua tanpa melupuskan nama pada rumah pertama pula bayaran hanya akan dibuat ke atas akaun bank dan ditolak dari jumlah keseluruhan baki. Pilihan kedua pula pengeluaran untuk membayar ansuran bulanan yang mana jumlah bayaran bulanan akan dimasukkan ke akaun individu setiap bulan. Akaun juga akan dipantau oleh pihak KWSP agar tidak berlaku penyelewengan dimana mereka berhak memberhentikan pengeluaran sekiranya bayaran tidak dilakukan kepada pihak bank.


Baru-baru ini saya juga telah memohon untuk pengeluaran KWSP untuk rumah kedua dengan memilih ansuran bulanan. Syarat pengeluaran anda perlulah ada surat pengesahan baki pinjaman dari pihak bank yang memberi pinjaman. Hanya isi sekeping borang dikaunter KWSP. Pegawai bertugas akan membuat pengesahan hanya dengan kad pengenalan, cap jari pada borang selesai dalam masa 10-15 minit sahaja di Pejabat KWSP Jalan Raja Laut.


Mengikut pegawai bertugas bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun dalam masa 15 hari bekerja. Paling menggembirakan bayaran telah dilakukan cepat hanya empat hari bekerja. Tahniah kepada kaki tangan Pejabat KWSP Jalan Raja Laut yang memberi perkhidmatan cemerlang. Layanan pun cukup mesra dan bagus.



You Might Also Like

17 ulasan:

  1. terima kasih berkongsi maklumat ni...ingatkan boleh keluar duit KWSP utk rumah pertama je..

    BalasPadam
  2. selama berurusan dgn KWSP, kakitangannya memang terbaik lah...urusannya pun cepat...tahniahlah kat depa...

    BalasPadam
  3. Kakak pun pernah buat seperti yg Aina terangkan.
    Pengeluaran utk rumah kedua tu even kalau ada baki pun Aina, pihak bank tak akan agi kat kita Aina. Dia akan pulang balik ke KWSP. Kakak ingat lagi.. masa tu macam geram aje tapi alah masuk KWSP pun a/c kita juga... cuma ingatkan nak merasa sikit haha...

    BalasPadam
  4. Sy pun dah guna duit kwsp ni utk beli rumah.

    BalasPadam
  5. saya tengah merancang tuk gunakan duit kwsp tu tuk sambung belajar... :)

    BalasPadam
  6. thanks for sharing.. tp akak dah tak beli rumah kot.. tinggal nak habskan bayar je..

    BalasPadam
  7. terima kasih berkongsi info..

    BalasPadam
  8. Saya dulu keluarkan KWSP utk mengurangkan baki pinjaman.. Tiap2 bulan still maintain bayar.. Alhamdulillah... dapat buat full settlement cepat dan jimat lebih pada interest.

    BalasPadam
  9. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    BalasPadam
  10. Owh begitu caranya. KY dah tak kisahkan hal KWSP..semua urusan selesai 4 tahun lalu..

    BalasPadam
  11. Salam. Hee tiba-tiba saya teringat bulan lepas saya ingat hendak memohon penyata akaun KWSP di Jln Raja Laut itulah. Bila saya sampai sistem adalah DOWN dan mereka pun tidak tahu bila sistem akan kembali UP semula. Itulah pengalaman saya di pejabat KWSP yang tidak cemerlang juga.

    BalasPadam
  12. Assalam Aina....mentang mentang le cik abe baru balik....bukan main lagi tak keluar bilik haha....
    Hubby pernah buat gini.......okje tak pernah lagi cuma keluar sekali masa nak keluar deposit rumah dulu

    BalasPadam
  13. servis epf mmg sgt bgs kan kak..

    BalasPadam
  14. Dulu masa rumah lama mmg farah apply jugak pengetahuan yg by bulan2 nie kak.. tapi skrg akaun kes dh xdak sbb dh masuk skim pencen..huhuhu

    BalasPadam
  15. Hana tak sempat nak guna kwsp dah tuka skim pencen

    BalasPadam
  16. lieya sejak dah join gomen n pilih skim pencen ni dah tak tau pasal kwsp ni kak...lagi2 dah keluarkan duit dulu....

    BalasPadam
  17. Boleh ke untuk ansuran bulanan untuk rumah kedua.saya baru blk dr epf dia ckp tk bole..hanya lum sum..

    BalasPadam