Dari London, Paris ke Kajang
Bos kecik datang kat workstation dengan wajah serius.
'Awak bawak kereta tak?'
'Bawak tapi datang kerja tak bawaklah'
'Kereta apa?'
'Saga BLM je En. Rashid'
'Ohhh...ambik ni gantung kat kunci kereta lepas Tol Kajang je awak akan sampai ke London tak payah buang duit beli tiket MAS'
Fuhhhh...cuak kejap. Terus ketawa dan diketawakan dek budak-budak lain.
Bos saya baru balik dari London atas urusan kerja, alang-alang dah sampai sana dia sambung cuti seminggu dan bawa isterinya bersama. Menyelam sambil minum air. Keychain Paris tu pula pemberian kawan sepejabat yang pergi bercuti ke sana bersama isterinya, selepas bertahun-tahun menunggu akhirnya mereka bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi tetapi bukanlah jadi di Paris sebab masa ke sana doktor sahkan isterinya mengandung 3 minggu.
Wah...best tu...en. bos tu pandai gak melawak ya...
BalasPadamPandai melawak juga boss Aina ye:)
BalasPadamuntung dah ni...tak yah g jejauh...heheh
BalasPadamMudah2an suatu hari nanti dapat ke sana pulak... :)
BalasPadamhahhahaaaaaaaa!
BalasPadammahallak tol nanti!!!!!!
ok la tu ade jg org ingatkan kita .... diberi cenderahati kan ....
BalasPadamhehehe..
BalasPadamkak, saya baca pon tergelak heheheheheh
BalasPadamwahhhhhhh comel2...best la akak...untugn dpt ole2 comel gituuuu...siyes comel...berseri2 kunci2 keter dibuatnyer kan kak heheheeheh
BalasPadamtapi tu laa kelako gak ayat tu....
sporting nya bos akak..siap melawak lagi.
BalasPadamBos kecik tu punya propa kak..macam Polis...hahaha..padahal nak bagi keychain aja...
BalasPadamTak pa la kak...anak tak 'made in Paris' pun takpa...akhirnya, dapat zuriat ;)
Kak zai belum sampai Paris huhu....
BalasPadamyang Paristu kitapun baru dapat... samalah..
BalasPadamper kabo ??? lama tak dengo kabo...
Ada 2 tempat yg pernah jadi igauan saya untuk pergi 1) Casablanca 2) Las Vegas. Saya teringin nak ke Las Vegas untuk melihat keunikan tempat itu dan bukan untuk berjudi. Saya teringin ke Casablanca untuk lihat keunikan dan keindahannya. Tapi hingga kini igauan saya itu cuma hadir dalam mimpi...
BalasPadamAmboi bukan main lagi serious boss tu tapi rupanya nak bagi keychain hihi...
BalasPadamBestnya kalau dpt ke London yer Aina
Hahahahha
BalasPadamKalau macam tu saya pun takyah beli tiket MAS nak gi London...
Jun.. Pinjam keychain...
Anaknya mungkin bakal dipanggil Mat Paris!
BalasPadamcomel nye.. bos pon suspen la cara tnya .. :)
BalasPadam