Diskaun Lost World Of Tambun 10-15%
Tiket Masuk
Pembelian tiket masuk menggunakan on line booking akan diberikan diskaun 10%. Harga tiket adalah termasuk permainan yang ada di dalam kawasan tersebut. Adalah lebih baik membeli tiket melalui 'on line' kerana tidak perlu beratur panjang, kaunter tiket khas dibuka untuk pembelian melalui internet dibahagian kanan pintu masuk utama. Selepas membuat tempahan hanya print booking yang di hantar ke alamat email atau mungkin juga boleh buka email menggunakan hp dan tunjukkan sahaja nombor tempahan.
Dewasa – Rm50 (Rm45 selepas diskaun)
Pembelian tiket menggunakan Kad Mesra Petronas 15% diskaun
Kanak-kanak – Rm43 (Rm 36.60 selepas diskaun)
Dewasa – Rm50 (Rm42.50 selepas diskaun)
Harga Bilik
Potongan istimewa bagi harga bilik ini hanya untuk pemegang Kad Kredit Maybank dan pemegang kad kredit Citi bank boleh menikmati 68% diskaun (harga sila rujuk pejabat jualan.)
Exotic Room
RM 280.00nett per room per night – Weekday (Sun-Thursday)
RM 330.00nett per room per night – Weekend (Friday-Saturday)
Classical Room
RM 322.00nett per room per night - Weekdays
RM 372.00nett per room per night - Weekend
Deluxe Suite
RM 406.00nett per room per night - Weekdays
RM 456.00nett per room per night - Weekend
Executive Suite
RM 448.00nett per room per night - Weekdays
RM 498.00nett per room per night - Weekend
Premier Suite
RM 490.00nett per room per night - Weekdays
RM 540.00nett per room per night - Weekend
RM 574.00nett per room per night - Weekdays
RM 624.00nett per room per night - Weekend
Remarks : Room rate included with surcharge and the room come with 2 person breakfast> and 2 voucher Hot Spring at night only. Theme Park ticket was not included.
Tel : +605 5408888
Fax : +605 5408930
Email: lwhreservation@sunway.com.my
Website: http://www.sunwaylostworldoftambun.com
Makanan
Sama seperti lain-lain taman tema makanan dari luar adalah tidak dibenarkan. Gerai makanan tersedia bersebelahan kolam kanak-kanak. Harga makanan agak mahal dan kuantiti pun agak sedikit dan bagi yang kuat makan memang tak mencukupi. Harga minuman the tarik, cappuccino, kopi, cendol, ABC dan air mineral botol kecil Rm4. Makanan tengahari kami Nasi ayam Rm6.50, Nasi Goreng Tom Yam Rm8, Nasi Vanggey Rm10 (berbaloi dengan harganya).
Pelampung (Tube)
Kemudahan pelampung gergasi boleh disewa di kaunter berhadapan dengan kolam air panas dengan harga Rm25 dan akan di kembalikan Rm10 semasa kita menghantar pelampung ke kaunter apabila ingin pulang. Jika teringin mencuba slide anda tidak perlu menyewa pelampung kerana mereka mempunyai pelampung sendiri hanya pergi ke bahagian belakang kolam utama beratur untuk tunggu giliran.
Sun Inn Hotel
Kami hanya memilih hotel bajet yang terletak berdekatan Lost World Of Tambun. Harga bilik Delux yang mempunyai ‘connection room’ Rm175 untuk 2 bilik dan tambahan Rm10 untuk tambahan tilam. Hanya untuk tidur kerana kesokan harinya kami ‘checkout’ awal untuk aktiviti seterusnya.
Restoran Kampung Ipoh
Sekiranya bermalam di Sunn Inn hotel bolehlah menikmati makan malam di Restoran Kampung Ipoh yang berada tidak jauh dari hotel hanya berjalan kaki. Berada di deretan kedai yang sama dengan dengan hotel. Restoren menghidangkan pelbagai masakan panas. Anda pasti berpuas hati. Esoknya hanya bersarapan direstoran bersebelahan hotel.
Pengembaraan seharian di Lost Worl Of Tambun pun bermula dari masuk pada pukul 11am sehingga dihalau oleh 'lifeguard' ketika hujan mulai lebat barulah anak-anak berhenti main air. Rupanya guruh sangat kuat di kawasan tersebut dan sesekali petir sabung menyabung. Puas hati bawak anak-anak ke sini, anak-anak gembira ibu-bapa lebih gembira sebab dapat menggembirakan anak-anak.
Cafe di dalam gua aroma kopi dan roti bakar bersatu dengan alam.
Aummm!!!!
Tin Valley. Boleh belajar cara-cara mendulang bijih timah secara tradisional di sini.
Jom lepak dengan geng pontianak! Tak kuat semangat rasanya nak melawat kawasan mak-mak pontianak. Ada seorang budak tu menangis sambil berlari-lari terkejutkan hantu!
Menghabiskan cuti sekolah dengan anak-anak adalah saat paling menggermbirakan, memberi 'token' setelah sepanjang tahun bertungkus lumus di sekolah dan sebagai ganjaran atas bantuan anak-anak membantu kerja-kerja rumah. Moga Allah terus memurahkan rezeki supaya masih dapat membawa nak-anak menikmati cuti dengan gembira. Syukur dengan rezeki Mu Allah yang tidak pernah putus-putus. Lost World Of Tambun adalah satu tempat yang cukup sesuai untuk membawa nak-anak bergembira.
wahh..bestnya pergi Lost World..pernah sampai sekali je kat sini...bila la nak pergi lagi..:)
BalasPadambes nya makan angin dengan family sekali sekala.. saya tak pernah lagi pergi sini kak, xtau bila akan sampai ,, hihi
BalasPadamlama yui tak p tmbun..tunggu hbs cuti bru p..kurg skit org..huhu
BalasPadamTu dia... mahal juga harga biliknya...
BalasPadamSaya belum pernah pergi lagi ke situ walaupun selalu tengok iklannya....
yang cafe dalam gua tu nampak rare sangat... T__T
BalasPadambestnyer pg sana kak... bkn budak2 je suke mak pak budak pun msti syok layan kan
BalasPadambetui time ni la nk reward diorg sbb dah berusaha sepanjang tahun utk bersekolah kan ... wlupun menuntut ilmu tu utk masa depan diorg kita as parent kena hargai jg usaha diorg kan ...
BalasPadammenarik la sini .... water park die pun cam besh je tak penah sampai lagi pun
Aina....honeymoon ke? Hihi....tahun depan dpt adiklah si Hikram hihi....
BalasPadamOkje kat Ipoh ni tp tak plan pun nak gi sini....bajet weyh....hihi
Seram jugak tu ....banyak lagi ke pontianak merayau?
akak pernah ke sini Aina.. masa tu sangat panas.. sangat.. dan masa tu pack sangat orang.. cuti sekolah.. tp anak2 enjoyed lah.
BalasPadamok nekcik belom sampai sini lagi..insyaallah bila ada rezeki dan kelap[angan boleh lah terjah sini...
BalasPadamAssalamualaikum kak, wahh bestnya. sheila pernah pergi sini tahun lepas.. ingat nak repeat bawa family pula.. sebab ritu tak dapat main air.. tak sempat .. hehehee
BalasPadamSalam. Hee seronok pergi Tambun.
BalasPadamWow...tq kak.....boleh jadi guideline utk ke sana,.....
BalasPadam