Resepi Laici Bukan Sekadar Pencuci Mulut

5:12 PTG JunAina 4 Comments

Sehari dua ini bercerita tentang menu-menu masakan jelah, menu membuka minda supaya mempelbagaikan makanan. Asyik masak benda yang sama sesekali jom le kita cuba resepi-resepi baru yang nampak agak pelik tetapi boleh menggoncang nafsu makan dan merosakkan diet. Hari ini nak cerita tetntang resepi laici, bukan sekadar boleh buat pencuci mulut, masak kari hijau pun boleh, masuk dalam salad pun boleh dan kalau buat masak merah ayam boleh je masukkan dalam sambal, rasa pedas-pedas manis pasti membangkit selera.



Salad laici!


Tak rugi membaca sebab dengan membaca boleh menambah ilmu. Idea-idea gempak  menu mengguna laici boleh tengok kat 9 Lychee Recipes Everyone At Your Next Potluck Party Will Love You For.  Mesti cuba menu-menu tersebut, dari laici boleh create hidangan utama hinggalah pencuci mulut dan jangan lupa penyejuk tekak.


Kreatif adalah kunci utama untuk memasak, jadi gegarkan idea untuk menjadi kreatif dalam memasak untuk hidangan keluarga. Memasak tidak semestinya menggunakan bahan-bahan yang susah di dapati hidangan mudah pun sudah cukup untuk memuaskan hati orang yang kita sayang. Setiap masakan kita akan menjadi kenangan buat suami dan anak-anak. Paling penting kena rajin, rajin bereksperiment di dapur.


2015 berada di hari terakhir. Esok 2016 bakal datang dengan semangat baru dan harapan baru. Berusahalah moga tahun baru penuh dengan warna-warna kejayaan.




4 Rider Beraksi:

Sarapan Segera

10:19 PG JunAina 7 Comments

Hanya empat hari lagi cuti sekolah akan berakhir, bermakna ibu-ibu akan kembali sibuk dari pagi membawa ke malam ada sahaja yang hendak di buat. Bagi ibu-ibu yang bekerja masa sedikit santai di pagi hari akan berakhir sebab semasa cuti sekolah mungkin ibu-ibu yang bekerja mengambil peluang untuk bangun sedikit lewat dari kebiasaan. Cuti sekolah adalah masa untuk ibu-ibu dapat menarik nafas lega dek keributan pagi hari.


Anak-anak akan dipastikan bersarapan sebelum memulakan persekolahan, sarapan yang simple dan ringan irulah rutin hari sekolah manakala sarapan lebih berat seperti nasi bila hujung minggu. Ibu-ibu haruslah bijak merancang menu mudah dan cepat supaya menjimatkan masa di dapur. Pagi adalah masa kritikal jadi pengurusan masa adalah sangat penting.


Kadang-kadang ibu-ibu pun pening memikirkan menu untuk anak-anak setiap pagi paling penting untuk sesuaikan dengan kehendak anak-anak. Banyak tip-tip serta idea-idea sarapan mudah, cepat dan sihat dikongsi samada di buku, majalah mahupun yang paling senang zaman sekarang internet. Google kan ada. Salah satunya ibu-ibu boleh mencuba tips dan menu 15 Life-Saving Breakfast Hacks For The Busiest, Most Resourceful Mums Out There. Sedikit sebanyak akan membantu ibu-ibu yang gigih menyediakan sarapan sihat buat anak-anak..


Rutin saya juga akan mula berubah minggu hadapan, kalau sekarang bangun pagi pukul 6.15am kadang-kadang terlajak sehingga 6.30am makanya minggu depan seawal 5am dah kena bangun. Siapkan sarapan, kemas rumah sedikit, jadi driver ke sekolah dan pergi kerja. Setelah anak-anak semakin membesar bebanan tugasan rumah mula sedikit kurang. Anak-anak membantu yang mana perlu. 


Air tangan ibu akan sentiasa diingati anak-anak akan membelai jiwa mereka sentiasa, siapkanlah sarapan pagi anak-anak walau seringkas manapun. Memulakan pagi dengan penuh bertenaga moga-moga anak akan kekal cergas dan ammpu menumpukan sepenuh perhatian di sekolah serta mampu menyerap segala ilmu dengan baik.



Mereka semua panggil saya mama! Hikram dah nampak separuh sahaja, gambar cuti-cuti Kelantan lagi di Pantai Melawi.




7 Rider Beraksi:

Idea Percutian Singkat

4:50 PTG JunAina 4 Comments

Pening kepala memikirkan cuti sekolah yang semakin sampai ke penghujungnya namun anak-anak masih memerap di rumah tiada agenda percutian buat mereka. Semakin banyak senarai pendek di buat tetapi masih belum dapat membuat keputusan yang tepat untuk menghabiskan masa bersama anak-anak. Seboleh-bolehnya masa yang ada hendak juga dimanafaatkan bersama-sama dengan erti kata lain menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.


Malaysia kaya dengan pelbagai daya tarikan pelancongan tak perlu ke menghabiskan duit berpuluh ribu untuk 'enjoy the quality moment with family. Paling penting perlu bijak mencari tempat yang sesuai dengan masa dan bajet sendiri. Syurga makanan di mana-mana sahaja di negara kita, tempat bersejarah, pantai, air terjun mahu pun peranginan tanah tinggi pilih sahaja mengikut kehendak hati. Paling penting anak-anak suka dan ibubapa boleh berehat sepuasnya. Kalau pening boleh sahaja mencari idea di sini Road Trip 101 : The Ultimate Guide To Malaysia's Best Food & Adventures. Sedikit sebanyak mungkin boleh membantu kita merancang percutian sebai mungkin.


Hujung-hujung cuti ni masih sempat kalau setakat nak jalan-jalan santai bersama keluarga, pilih sahaja mengikut bajet yang penting dapat habiskan masa bersama. Bercuti tak semestinya dengan gaya mewah. Bercuti mengikut keasaan. Bercuti mengikut bajet sendiri. Kenangan itu akan terus abadi. Anakanak akan ingat sampai bila-bila.




Masa berkualiti bersama dengan anak-anak cuti-cuti ke Kelantan.


4 Rider Beraksi:

Persiapan Majlis Perkahwinan

2:27 PTG JunAina 9 Comments



Bila adik lelaki yang kahwin tentunya yang bertungkus lumus buat kerja kakak-kakak sebab adik lelaki nak buat apa-apa semua tanya kakak-kakak. Dapat pula bakal adik ipar yang memang sangat simple dan tak suka sangat melaram jadi sikit-sikit tanya Kak Yang, tanya Cik Ja. Jadilah kami perunding majlis untuk kali ini.


Persiapan dibuat perlahan-lahan, dari beli kain serta tempahan semuanya Cik Ja yang uruskan. Bawa bakal pengantin shopping di Kuala Lumpur kerana majlis sebelah perempuan nak pakai songket sebelah lelaki pula lebih simple hanya menggunakan kain chiffon berwarna ungu. Masih tertangguh baju untuk majlis akad nikah sebab keluarga pengantin minta majlis pernikahan dilangsungkan pada hari Jumaat sedangkan mak pula minta majlis diadakan pada hari majlis di rumah pengantin perempuan. Lagipun Jumaat kami yang jauh masih bekerja.Fesyen designer by Hasniza Abdullah Couture dari pembelian kain, design baju, jahit sehinggalah hiasan di baju. Alhamdulillah ada kakak yang pandai menjahit jimat kos.



Songket dah yang ditempah telah sampai stok jadi bolehlah mula design baju, warna ni sangat hot di pasaran jadi selalu taka da stok ini pun terpaksa booking dahulu.


Langsir untuk ruang tamu rumah,mini pelamin, meja makan beradab dan untuk bilik sudah siap dibeli hanya menunggu tukang jahit menjalankan kerja-kerja seterusnya. Bahagian ini masih tertangguh adalah cadar untuk bilik pengantin dan bunga-bunga serta hiasan-hiasan lain untuk pelamin dan meja makan beradab.


Goodies pula hanya mencari yang simple dan meninggalkan kenangan buat yang datang meraikan pengantin. Kebiasaanya adik beradik emak akan menyediakan bunga telur tetapi sebab kali ini kami merancang untuk memberi 'goodies' emak memnita adik-beradiknya menyediakan kuih atau lain-lain barang yang boleh digunakan pada hari kenduri.



Cadangnya letak makanan dalam beg kertas macam ini sahaja, mungkin akan tambah sedikit benda lain untuk keluarga terdekat dan orang kampung yang bergotong royong.


Baju untuk sekeluarga kami merancang untuk menggunakan warna yang agak kontra dari warna tema pengantin. Setakat ini warna 'mint green' menjadi pilihan dan mungkin akan berubah mengikut kesesuaian keadaan. Masih mencari-cari warna tudung yang sesuai mungkin 'dusty pink' atau 'peach'. Bagi lelaki pula mungkin hanya akan beli kemeja siap sedia sahaja.


6 minggu lagi untuk membuat persediaan. Moga majlis akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan hendaknya. Harap mak juga sihat pada tarikh perkahwinan adik nanti. Dengan usia yang hampir menginjak 65 tahun dan kesibukan menguruskan majlis takut juga emak kehilangan tenaga. Berilah yang terbaik kepada kami Allah.



9 Rider Beraksi:

DiRenjis-Renjis DiPilis

10:35 PG JunAina 14 Comments


Rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan Allah s.w.t yang tentukan. Semampunya kita merancang sebaik mungkin namun Allah jua yang lebih mendahului segalanya. Walalupun segalanya telah dirancang akan berlangsung pada Dec 2016 namun jodoh itu rahsia Allah. Dengan izin Allah dua bulan dari sekarang kami bakal menerima ahli keluarga baru. Suntuk namun kami sekeluarga terima ketentuan Allah dengan berlapang dada. Walaupun mengejut namun itulah yang terbaik bagi kedua belah pihak, bertolak ansur.

Tiga minggu yang lepas bapa kepada tunangan Shahizat yang bertunang pada hari raya ke tiga yang lalu menyuarakan kegusarannya. Memandangkan dia semakin uzur, selalu sakit-sakit jadi dia mita dipercepatkan urusan perkahwinan. Dia juga dengan rela hati ingin memudahkan urusan pernikahan anaknya. Emak menerima dengan tenang namun jauh di sudut hatinya tetap gusar namun bila mengenangkan tahap kesihatan bapa tunangan adik emak tetap menerima dengan redha. Semua itu janji Allah. Insyaallah akan dipermudahkan.


Dua bulan dari sekarang segalanya perlu disiapkan dari urusan baju, doorgift, kad jemputan, hantaran dan urusan kenduri. Perancangan awalnya perkahwianan Shahizat hendak diraikan dengan sedikit lebih meriah darpada perkahwinan Angah tetapi bila masa sudah suntuk sebegini kami hanya mampu berbuat apa yang termampu sahajalah. Kakak-kakak jugalah yang akan menjadi lebih sibuk dari biasa.


Pembahgian tugas telah dibuat bagi memudahkan keadaan. Baju, langsir, cadar, doorgift saya dan adik yang duduk di Kajang akan uruskan, mak dan Yong (kakak sulung) akan uruskan manisan yang akan dimasukkan ke dalam beg doorgift. Urusan kenduri-kendara pula mak akan uruskan untuk membeli bahan-bahan kering dan jemputan. Kad jemputan Shahizat akan uruskan sendiri dan Angah serta adik bungsu Shafiq akan menguruskan khemah serta kerusi meja untuk hari kenduri. Daging akan diuruskan oleh Abang Long suami kakak. Pada hari kenduri bahagian masak-memasak serta hidangan akan diserahkan sepenuhnya kepada Makcik Uji dan Pakcik E adik bungsu mak dan suaminya.




Harapan saya agar majlis ini akan berjalan dengan lancar serta sempurna, moga Allah s.w.t memudahkan urusan perkahwinan Shahizat, melancarkan majlis kenduri juga. Belajar dari kesilapan kali ini majlis sebelah perempuan diadakan berlainan hari supaya tidak sesak masa. Nikah, majlis sebelah lelaki dan majlis sebelah perempuan diadakan pada hari yang berlainan. Dalam ghairah menguruskan segalanya hati tetap menitip seribu kesyukuran kerana masih dapat menggembirakan orang sekeliling dengan sedikit kudrat yang ada.



14 Rider Beraksi: