Sarapan Segera

10:19 PG JunAina 7 Comments

Hanya empat hari lagi cuti sekolah akan berakhir, bermakna ibu-ibu akan kembali sibuk dari pagi membawa ke malam ada sahaja yang hendak di buat. Bagi ibu-ibu yang bekerja masa sedikit santai di pagi hari akan berakhir sebab semasa cuti sekolah mungkin ibu-ibu yang bekerja mengambil peluang untuk bangun sedikit lewat dari kebiasaan. Cuti sekolah adalah masa untuk ibu-ibu dapat menarik nafas lega dek keributan pagi hari.


Anak-anak akan dipastikan bersarapan sebelum memulakan persekolahan, sarapan yang simple dan ringan irulah rutin hari sekolah manakala sarapan lebih berat seperti nasi bila hujung minggu. Ibu-ibu haruslah bijak merancang menu mudah dan cepat supaya menjimatkan masa di dapur. Pagi adalah masa kritikal jadi pengurusan masa adalah sangat penting.


Kadang-kadang ibu-ibu pun pening memikirkan menu untuk anak-anak setiap pagi paling penting untuk sesuaikan dengan kehendak anak-anak. Banyak tip-tip serta idea-idea sarapan mudah, cepat dan sihat dikongsi samada di buku, majalah mahupun yang paling senang zaman sekarang internet. Google kan ada. Salah satunya ibu-ibu boleh mencuba tips dan menu 15 Life-Saving Breakfast Hacks For The Busiest, Most Resourceful Mums Out There. Sedikit sebanyak akan membantu ibu-ibu yang gigih menyediakan sarapan sihat buat anak-anak..


Rutin saya juga akan mula berubah minggu hadapan, kalau sekarang bangun pagi pukul 6.15am kadang-kadang terlajak sehingga 6.30am makanya minggu depan seawal 5am dah kena bangun. Siapkan sarapan, kemas rumah sedikit, jadi driver ke sekolah dan pergi kerja. Setelah anak-anak semakin membesar bebanan tugasan rumah mula sedikit kurang. Anak-anak membantu yang mana perlu. 


Air tangan ibu akan sentiasa diingati anak-anak akan membelai jiwa mereka sentiasa, siapkanlah sarapan pagi anak-anak walau seringkas manapun. Memulakan pagi dengan penuh bertenaga moga-moga anak akan kekal cergas dan ammpu menumpukan sepenuh perhatian di sekolah serta mampu menyerap segala ilmu dengan baik.



Mereka semua panggil saya mama! Hikram dah nampak separuh sahaja, gambar cuti-cuti Kelantan lagi di Pantai Melawi.




You Might Also Like

7 ulasan:

  1. itulah kan kak... dh mula balik mood bangun awal utk ibu2 utk bekal anak2 ke sekolah atau utk anak2 bfast pagi sebelum ke sekolah

    BalasPadam
  2. Tu la..tengok gambar akhir tu.. eh ramainya anak..rupanya anak buah ya..
    selamat bangun awal semula 2016 ni... hi hi

    BalasPadam
  3. Rutin mak-mak bila hari sekolah begitulah Aina.

    Kakak sekolah ke tak memang bangun pukul 5 pagi Aina. Dah terbiasa. Tahun depan anak bongsu kakak pun duduk asrama lagilah lengang bila naik sekolah. Sedih tau.. kakak suka cuti sekolah anak-anak kumpul.

    BalasPadam
  4. kejap cuti sekolah kan .. tak puas rasanye nk bertemankan anak bujang kat opis ni ... penghibur mama ... tidak la bosan sgt

    BalasPadam
  5. Dah makin dekat nak bukak sekolah... memang kelam kabut sikit la start minggu depan...
    Minggu ni lengang lagi nak pi kerja..

    Belum berjaya bawak nafisah jalan mana2 sepanjang sebulan setengah bercuti... kesian dia...

    BalasPadam
  6. Rasa kejap jer dah habis cuti...
    Seronok waktu cuti takyah antar dan ambil sekolah....

    BalasPadam
  7. betu lkak...cuti sekolah ni lieya amik peluang bangun lambat sikit..keluar ke opis pun kul 7.30...kalo tak, pukul 7 dah keluar rumah sebab anak2 masuk sekolah 7.20 kan heheheeh....

    selamat tahun baru 2016 kak...moga tahun 2016 memberi 1001 keberkatan dan rahmat pada kite sekeluarga.....amin

    BalasPadam