Persiapan Majlis Perkahwinan

2:27 PTG JunAina 9 Comments



Bila adik lelaki yang kahwin tentunya yang bertungkus lumus buat kerja kakak-kakak sebab adik lelaki nak buat apa-apa semua tanya kakak-kakak. Dapat pula bakal adik ipar yang memang sangat simple dan tak suka sangat melaram jadi sikit-sikit tanya Kak Yang, tanya Cik Ja. Jadilah kami perunding majlis untuk kali ini.


Persiapan dibuat perlahan-lahan, dari beli kain serta tempahan semuanya Cik Ja yang uruskan. Bawa bakal pengantin shopping di Kuala Lumpur kerana majlis sebelah perempuan nak pakai songket sebelah lelaki pula lebih simple hanya menggunakan kain chiffon berwarna ungu. Masih tertangguh baju untuk majlis akad nikah sebab keluarga pengantin minta majlis pernikahan dilangsungkan pada hari Jumaat sedangkan mak pula minta majlis diadakan pada hari majlis di rumah pengantin perempuan. Lagipun Jumaat kami yang jauh masih bekerja.Fesyen designer by Hasniza Abdullah Couture dari pembelian kain, design baju, jahit sehinggalah hiasan di baju. Alhamdulillah ada kakak yang pandai menjahit jimat kos.



Songket dah yang ditempah telah sampai stok jadi bolehlah mula design baju, warna ni sangat hot di pasaran jadi selalu taka da stok ini pun terpaksa booking dahulu.


Langsir untuk ruang tamu rumah,mini pelamin, meja makan beradab dan untuk bilik sudah siap dibeli hanya menunggu tukang jahit menjalankan kerja-kerja seterusnya. Bahagian ini masih tertangguh adalah cadar untuk bilik pengantin dan bunga-bunga serta hiasan-hiasan lain untuk pelamin dan meja makan beradab.


Goodies pula hanya mencari yang simple dan meninggalkan kenangan buat yang datang meraikan pengantin. Kebiasaanya adik beradik emak akan menyediakan bunga telur tetapi sebab kali ini kami merancang untuk memberi 'goodies' emak memnita adik-beradiknya menyediakan kuih atau lain-lain barang yang boleh digunakan pada hari kenduri.



Cadangnya letak makanan dalam beg kertas macam ini sahaja, mungkin akan tambah sedikit benda lain untuk keluarga terdekat dan orang kampung yang bergotong royong.


Baju untuk sekeluarga kami merancang untuk menggunakan warna yang agak kontra dari warna tema pengantin. Setakat ini warna 'mint green' menjadi pilihan dan mungkin akan berubah mengikut kesesuaian keadaan. Masih mencari-cari warna tudung yang sesuai mungkin 'dusty pink' atau 'peach'. Bagi lelaki pula mungkin hanya akan beli kemeja siap sedia sahaja.


6 minggu lagi untuk membuat persediaan. Moga majlis akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan hendaknya. Harap mak juga sihat pada tarikh perkahwinan adik nanti. Dengan usia yang hampir menginjak 65 tahun dan kesibukan menguruskan majlis takut juga emak kehilangan tenaga. Berilah yang terbaik kepada kami Allah.



You Might Also Like

9 ulasan:

  1. Salam kak...

    SA dh settle dah semua..nak hadap untuk SA plak nanti..

    BalasPadam
  2. Majlis di mana tu, di Perlis ke?? Selamat menerima adik ipar baru ya..

    BalasPadam
  3. Memang seronok sgt kan dalam buat persiapan kawin ni kan.

    BalasPadam
  4. Wah bizi pulus plus lah Kak Aina kita ye..iyalah nak dapat adik ipaq kan

    BalasPadam
  5. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan. InsyaAllah

    BalasPadam
  6. Semoga majlis itu berjalan lancar dan sempurna....

    BalasPadam
  7. banyak sungguh belanja untuk majlis kawin kan sekarang ni..

    BalasPadam
  8. Assalam. Syoklah dapat jadi wed planner adik, semoga berjalan lancar.

    BalasPadam
  9. ~~KAMBING BBQ GOLEK 3 EKOR HANYA RM1000 SAHAJA~~

    PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX - RM 19.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Ulaman & Sambal Belacan
    Ikan Masin Goreng
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
    Butter Prawn, Puding Karamel
    Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    Kompang
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
    1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
    1x Crystal Album 8" x 24"
    1x Photo Frame 16" x 24"
    1x Photo Frame 8" x 12"

    TERDAPAT PROMOSI LAIN YANG MENUNGGU****

    HUBUNGI SAYA:
    IzA 0124110390 (WhatsApp)

    BalasPadam