Biskut Raya - Wajib Ada
Ramadan belum tiba dulu banyak sangat sample pelbagai biskut di edarkan terutamanya di pejabat. Dalam hati dah nekad nak buat biskut sendiri tahun ini. Kebiasaannya biskut wajib kat rumah adalah Almond London dan Cornflake Coklat yang menjadi kegemaran anak-anak (mesti buat). Biskut Mazola (mesti buat) dan Tart Gulung (mesti oder...hehehee...) menjadi kegemaran Pak Tuan tetapi Biskut Mazola telah terkeluar dari menu pilihan bila Pak Tuan terpaksa berpantang makan kacang. Tart nenas juga menjadi biskut kesukaan mak. Biasanya beli sahaja tart nenas 6 balang tetapi tahun ini kononnya nak buat sendiri. Akhirnya tiada biskut yang dtempah melainkan hanya kerepek sahaja.
Jumaat. 27hb Julai 2012. Department progress meeting. Satu platform progress cantik satu lagi platform perancangannya 75% tetapi yang sudah dihantar drawing and document cuma 55%. Ketinggalan 20%. Lead yang sememangnya botak makin gugur rambutnya. Pulak tu hujung bulan Ogos hanya dia yang akan bekerja untuk seminggu. Lain-lain semua telah mengisi borang cuti selama seminggu. Semestinya tiada progress untuk tarik tersebut.
Sebagai penyelesaian kami semua dimestikan hadir bekerja untuk ketiga-tiga Sabtu sebelum cuti Hari Raya Aidil Fitri. Jun menung. Alamatnya ada yang berhari raya tanpa biskut. Ikut nak membeli mau rabak poket. Balik rumah mak sejenis kuih biasanya bawa balik tiga balang. Biasanya kat rumah mak memang tak ada biskut. Kalau ada pun kuih-kuih tradisi sahaja (kadang-kadang yang ada baulu sahaja). Kalau Jun tak bawa balik bermakna berhari raya denga apa yang ada sahajalah.
Nampak gayanya terpaksa gigihkan diri memulakan buat biskut esok. Kalau tak memang yang ada kat rumah balang kosong sahajalah. Nasib baik baju anak-anak dah beli sebelum puasa, cuma baju Melayu buat abang dan adik sahaja belum beli. Kalau tak semakin sesak nafas mak.
kami macam tahun2 lepas gak.... main tunjuk jer. huhuhuhu
BalasPadamhhehe wat cepat2 pastu kasi dni skali :D
BalasPadameelobor...nak tunjuk2 untuk rumah mak sekali tak mampulah. Mau botak kepala akak nanti...
BalasPadamDini...boleh2...dah lenguh pinggang akak nak jadikan sebekas tart gulung. Tiba2 tersedar...lain kali org jual biskut mahal jgn komplain buat sendiri baru tau penat ke tak...:)
BalasPadamada yang tak tidur malam dok gentel kuih nampaknya.. hehe..
BalasPadamtahun ini tak beli biskut..sekadar nak beli jenis kerepek je..
BalasPadamSalam June...tahun ini kak Zai tak buat biskut semua order saja.
BalasPadamSalam ramadhan..lama tak singgah...
BalasPadamhal kueh mengueh ni cik wife yang handle...saya tolong ngap je...hehhehe
acu beruntung sebab kakak2 acu buat kuih raya sendiri :)
BalasPadam