Rezeki Ramadhan.

1:52 PTG JunAina 14 Comments

Alhamdulillah. Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan. Malam ini akan bermula terawikh pertama. Semoga kita semua akan diberi kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini untuk terus beramal ibadat. Buat semua salam Ramadhan.

Rezeki ALLAH buat kami sekeluarga tahun ini datang sehari sebelum Ramadhan. Syukur padamu YA-ALLAH, YA-KARIM,YA-RAHMAN,YA-RAHIM,YA-GHAFUR, YA-HANNAN, YA-MANNAN. Sesungguhnya ia terlalu manis buatku.

Hari ini Jun menerima surat daripada Manager. Surat pertama menyatakan kenaikan gaji dan kejutan untuk surat yang ke dua menerima penyelarasan gaji. Subhanallah. Sesungguhnya Engkau sentiasa adil pada umatmu. Rezeki Ramadhan untuk tahun ini.

Memberilah seikhlas-ikhlasnya moga-moga ALLAH juga akan memberi kembali kepada kita tanpa batasan. Bukan hanya kesenangan dunia tetapi mungkin segalanya menanti di akhirat atau kesihatan yang baik juga anak-anak yang soleh. Itu nikmatnya. Itu balasannya buat hambanya yang bersyukur.


You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Kakak tumpang bersyukur Jun. Moga bertambah berkat di bulan yg mulia tahun ini.

    Selamat berpuasa juga dari kakak. Maaf juga ye..

    BalasPadam
  2. tahniah rezeki ramadhan
    selamat menjalani ibadah puasa

    BalasPadam
  3. Salam Ramadan & Selamat Berpuase...

    BalasPadam
  4. Alhamdullilah...rezeki Ramadan tu...

    Selamat berpuasa :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan tu. Selamat Berpuasa ye kak jun.

    BalasPadam
  6. salam ramadan buat akk sekeluarga!

    BalasPadam
  7. salam ramadhan al-mubarak
    selamat berpuasa dan beribadah di bulan yang mulia ini... semoga segala amalan kita diberkati Allah, amin

    :)

    BalasPadam
  8. Salam Ramadhan..

    Selamat berpuasa juga ye..

    BalasPadam
  9. Tahniah.. Alhamdulillah, tu memang rezeki Ramadhan sungguh june.. :) apa lagi, shopping sakan le kite ye.. heee..

    BalasPadam
  10. alhamdulillah...allah maha dermawan..saya selalu dengar lagu opick

    BalasPadam
  11. Murah rezeki akak..syukur..
    rezeki ramadhan... :)

    tahniah kak.. selamat berpuasa :)

    BalasPadam
  12. salam...

    alhamdulillah, rezeki terindah ;)

    BalasPadam