Ho Chin Minh City - Pasar Malam Yang Happening
Shopping time....!!!! Entri penuh dengan gambar.Flight dari LCCT pukul 7.40pm sampai sana dah malam, untuk mengelakkan kena tipu Jun ambik airport transfer dari Ava Hotel dengan bayaran USD11. Bila sampai airport wakil Ava Hotel ada tetapi terpampang nama Wie seorang lagi kawan dalam penerbangan yang sama. Berbuih-buih le mulut nak explain coz budak tu tak reti cakap English. Akhirnya dia call hotel dan minta Jun cakap sendiri. Selesai masalah. Kebanyakan teksi di sini menggunakan kereta Innova dan dalam kebanyakan forum mengatakan yang boleh di percayai hanya Vinasun dan satu lagi lupa pulak namanya tetapi ada jugak yang kena tipu dengan pemandu Vinasun ini jadi kena berhati-hati. Teksi ini pakai meter tapi malam tu kami semua naik Grand Livina hotel punya.
Check in. Letak beg. Kita orang ramai-ramai keluar ke pasar malam, dah tak tunggu esok untuk shopping. Me, my hubby, Miza, Kak Kiah and Kak Paudi also Wie and Kak Lin budak office lama dari group lain menapak ke Pasar Malam. Masuk sahaja dah mula rambang mata. Malam tu kami balik dari pasar malam tika ramai peniaga mula mengemas khemah masing-masing. Hasilnya disetiap tangan ada beg plastik besar. Menapak balik ke hotel dan ketika kepala diletakkan ke bantal jam menunjukkan pukul 2.30am. Sebenarnya tapak pasar malam ini adalah jalan raya di kiri dan kanan Benh Thanh Market.
Hotel Ava, Bilik Superior USD 23/nite. Bersih, house keeping ok tapi pak tuan bising coz sabun dia kecik-kecik sangat tak puas nak gosok badan. Provide berus gigi dan ubat gigi gak walaupun hotel macam hotel budget je. Ada water heater dan lif tak perlu nak menapak naik tangga. Haisshhh...tuan tanah nak gak posing tu....ehehehe...
Tengok tu baju kurung pelbagai corak dengan jahitan manik-manik dan labuci. Memang sesuai sangat bagi orang yang suka blink-blink. Telekung pun ada, harga memang sangatlah murah berbanding kat Malaysia. Shipping kos pun boleh tahankan so tak boleh comment banyak-banyak. Mana ada orang bisness nak rugi.
Berjumpa di bumi Vietnam. Pernah bertugas dalam PDRM juga.
Miza my BFF terjumpa teman serumah semasa bujang, Jun pun kenal tetapi tak mesra. Di KL tak pernah terserempak di bumi orang berjumpa pula. Malam tu hujan so dia orang beli baju hujan tapi kita orang main redah je. Baju hujan tu kalau tak silap harganya USD1.
Mau rambang mata tengok beg. Letak Deuter angkat Kippling letak lagi pegang North Face huisshhh..penin-penin. Harga boleh bargain gila-gila kalau kat pasar malam ni. Kalau dapat minta 70% less dari harga asal. Kalau dia bagi alhamdulillah kalau tak dia akan bagi prize win-win situation tetapi pandai-pandailah pujuk. Dia orang suka kalau kita gosok-gosok atau puji-puji lebih sikit. Jun pilih-pilih barang pas tu tinggalkan Pak Tuan tawarkan harganya...hahhaaa...
Senyum lebar budak tu. Mana taknya seorang 3 biji beg kita orang beli. Tolong abaikan paha yang putih melepak itu. Kat pasar malam ini majoriti boleh cakap Melayu, tak banyak sikit untuk tarik pengunjung pasar malam yang kebanyakannya orang Malaysia.
Udang dan kepah yang di bakar dalam pasar malam ini tapi kami semua tak berani nak membeli entah halal entahkan tidak. Tapi seafood tu nampak fresh je.
Ini pulak bahagian masak memasak. Kepala dia orang macam nertutup tetapi agaknya tutup dari segi kebersihan coz tak ada orang Melayu makan kat sini.
Memilih kopi di pasar malam tetapi jangan tertipu dengan harganya. Macam-macam kopi ada tetapi Jun hanya beli serbuk kopi di Kedai Hajah Bashiroh satu pack Rm15. Memang ada kelainan rasanya.
Buah-buahan yang fresh. Ciku dan mata kucing besar-besar sangat. Teringin tengok mata kucingnya tetapi Pak Tuan tak layan. Cuma dapat merasa buah Naganya yang manis. Sempat beli 2 biji bawak balik tu pun seludup tanpa pengetahuan Pak Tuan. Tiap-tiap malam selepas habis merayau kat pasar malam kami akan singgah di satu gerai wanita tua seberang jalan sebelum ke Ava Hotel. Kerana kesian kami beli buah dengan dia tapi berbaloi kerana tidak kedekut. Setiap hari sejenis buah.
Beg yang boleh merabakkan poket. Ikut nasib kadang-kadang kita akan dapat beg yang original kerana kebanyakan beg-beg tersebut di kilangkan di bawah lesen yang sah di sana. Pelbagai jenama. Ada satu kedai di lorong sebelah kanan yang mejual beg dengan harga murah, tak perlu tawar-menawar lagi tapi jangan lepaskan peluang untuk menawar ke harga terbaik. Kat lorong ni jugak banyak menjual kasut termasuk kasut fitflop yang harganya 75% lebih murah dari Malaysia dengan kualiti menyamai yang berada di KLCC tetapi pilihan sangat terhad.
Selepas bershopping harus bergambar dengan senyum sampai ke telinga. Tengok baru sahaja sampai beg besar dah ada kat tangan.
Petua baca dalam forum : Bag plastik warna hijau utk kena sembelih memang kena tipu sebab tak pandai tawar, bag plastic merah and biru mmg pandai tawar menawar. Betul ke? Acu cuba jawab.
saya lagi 6 bulan baru boleh plan cootie cootie...! huwaaaa!!!
BalasPadamGB sabar2 ye...nanti jom berjimba dengan akak. Kata orang Batam pun best gak.
BalasPadamwah bestnya g mkn angin... shopping pun sampai beg plastik besar yer.. :-)
BalasPadamwah....sedapnya lepak atas katil bila dah penat kan? huhuhuhu
BalasPadambestnyeee.. teringin dni nak gi situ :D
BalasPadameelobor...sebenarnya masa tu baru landing kat airpot di Ho Chinh Minh City...baring2 merasa tilam kat Vietnam...ehehhee...
BalasPadamCin Intan...best2...tapi part tak best balik KL duit dah kering...:)
BalasPadamowh ye ke???
BalasPadamacu x tau lak bab petua2 nie
sebab selalu nye dapat beg plastik warna merah je..x penah terfikir lak pasal kaler2 plastik nie
abis kalau plastik kuning & hitam apa makna nye lak??
tapi bab serbuk kopi & baju hujan memang akak kena "sembelih"
harga untuk bj hujan dlm RM1 je kalau 1usd mean RM3..dah boleh beli 3 helai..hehehee
kopi pula harga dia dalam RM6 je
beli kat kedai2 Islam memang diaorang letak harga mahal...tapi RM15 tu memang terlalu mahal la kak
biasa nye RM10 je :)
saya rindu HCMC!!!
BalasPadamwah, bestnya pergi cuti ke sana..time nilah nak borong sakan yer...rugilah kalau tak beli apa-apa...
BalasPadambestnya shopping2...kalau saya, mmg dah rambang mata tu kak...huhu...
BalasPadamAcu...
BalasPadamAkak gi sana tu banyak study dalm forum je. Banyak dapat guideline dari forum so pergi tak le macam tercangak2 kene tipu semata2. Nak beli barang2 pun ada guideline prize.
Bab baju hujan tu akak tak beli just tengok org pakai je, kopi pulak macam tak besh je nak beli tempat lain coz hubby tu macam susah sikit nak membeli benda makan kat sana so akak beli je kat hajah bashiroh. Black coffe pack yang besar tu...
Ooo seronoknya nyoping. Kpah pergi september insyaallah..
BalasPadamseronok baca .. terasa macam saya berada di sana.
BalasPadambuah mata kucing tu nampak tebal tapi bijinya pun besar .. so isinya nipis.
saya ada beli mangganya dua biji .. tapi agak masam. last2 bawa balik Mesia.
wwahhh..bestnyerr jalan2
BalasPadamK.pah kalau nak pi tu bawak duit banyak2 sikit...
BalasPadamTuan Haji...jun kat sana beli buah Naga, rambutan, jambu madu dan sekali tu sempat beli durian...hehehe...
BalasPadamMata kucing tengok saja tapi sempat gak merasa buah laici yg kawan beli memang fresh...
salam..
BalasPadamsakan menyoping tu :)
salam ramadhan, semoga ramadhan kali ini akan memberi seribu rahmat kepada kita semua :)
maaf di pinta andai ada tersalah bicara.
salam kak..baru sempat singgah ..dapat ke beli baju batu tue,...wah shopping tak hengat
BalasPadam