Chu Chi Tunnel - Derita Perjuangan Demi Sebuah Kehidupan

1:49 PTG JunAina 18 Comments

37 tahun, masih segar. Merah darah yang mengalir masih berbekas. Sakit masih terasa. Emosi masih terseksa. Perjuangan demi sebuah kehidupan. Pengorbanan buat bangsa. Mati dengan rela. Perhitungan berbaloi bila pada tahun 1975 Komunis mengambil alih pentadbiran Vietnam.

Sejarah selanjutnya Vietnam boleh baca di sini. Info selanjutnya berkenaan sejarah Chu Chi Tunnel boleh di baca di sini.

Agenda utama untuk ke Vietnam adalah untuk berjalan, melihat tempat orang dan kehidupan masyarakat di sana. Selain membeli belah Jun dan Pak Tuan memasukkan agenda melawat ke Chu Chi Tunnel (sebutan Chu adalah Khu) pada pada hari kedua. Hanya mengambil package dari Tuan Travel melalui Ava Hotel tempat kami menginap dengan bayaran USD6. Bayaran masuk ke sana pula 80k dong dibayar berasingan.

Kami beruntung kerana tour guide hari itu Mr.Tony adalah seorang pesara tentera. Perjalanan kami ditemani penerangan darinya yang cukup padat. Kebanyakan yang mengikuti tour hari tersebut adalah Mat Saleh, 4 orang rakyat Malaysia dan 4 orang rakyat Singapura. Masing-masing sangat teruja untuk mengetahui kisah derita rakyat Vietnam.


Chu Chi Tunnel

Sampai di tengah hutan getah tersebut kami dibawa ke sebuah dewan terbuka yang menayangkan sejarah Chu Chi Tunnel. Kawasan bertanda merah adalah kawasan letaknya terowong bawah tanah yang digali menggunakan tenaga manusia sejauh 250km. Percaya atau tidak itulah kenyataannya. Tony tanpa jemu menerangkan satu persatu kepada kumpulan kami. Tony terlalu cintakan negaranya. Dari gaya percakapannya, semangat berceritanya kita dapat menilai kecintaan yang mendalam terhadap Viet Kong. Tambahan pula dia melalui setiap detik hitam tersebut. Jiwanya terlalu ampuh.

Chu Chi Tunnel
Kemudian kami di bawa berjalan sekitar kawasan terowong bawah tanah tersebut. Setiap tempat yang kami lawati di beri perincian sepenuhnya dan jelas oleh Tony. Bayangkan kita memasuki lubang sebesar itu.

 Ambik ko tak muat nak masuk lubang tu, jadi masuk separuh sahaja hanya untuk bergambar. Jadi bahan ketawa kami semua. Cuba bayangkan besar mana le agaknya terowong-terowong kat dalam tu. Dia orang boleh hidup dalam terowong tu demi hidup kerana pihak penjajah akan membunuh tak kira mangsa walaupun wanita, orang tua atau kanak-kanak.

 Terowong ini adalah terowong perangkap. Terowong ini tidak akan ke mana-mana. Apa bila ada US Army yang masuk ke sini pada sebelah malamnya mereka akan menyerang hendap. Tika inilah seorang pelancong dari Belanda dari kumpulan kami menangis. Rupa-rupanya dia adalah salah seorang askar yang pernah bertugas di sana. Mungkin sedih mengenangkan kawan-kawannya yang terkorban. Kini dia datang memberi penghormatan dan mengenang sejarah.

Perangkap
They are very brilliant. Perangkap-perangkap yang mereka cipta bertaburan di kawasan tersebut. Perangkap tersebut boleh berpusing 360 darjah. Di bawahnya di penuhi buluh runcing.

Kedua-dua besi tersebut boleh berpusing. Sekiranya jatuh bermakna mati kerana di bawahnya terdapat buluh runcing.

 Window trap ini macam pintu bila terpijak ia akan terbuka. Bila terjatuh akan di sambut oleh buluh runcing.

 Perangkap ala-ala jongkang-jongkit

Recycle and reused the bomb. Patung-patung yang menggayakan cara-cara mereka mengguna semula bom yang tidak meletup yang di jatuhkan oleh penjajah. Free je tak perlu keluar duit. Apa yang pasti mereka memang kreatif.

Hanya bergambar di muka pintu terowong. Tak sanggup rasanya memasuki terowong yang sempit dan gelap walaupun hanya untuk beberapa puluh meter sahaja. Kami menghantar mereka masuk dan menunggu di pintu keluar satu lagi. Berpeluh-peluh muka memasing. Bayangkanlah gelap, panas dan sesak sahaja di dalam tu. Seorang Minah Saleh undur balik coz tak muat nak masuk.

 
Bersama ahli rombongan pada hari tersebut.

Cenderahati yang mempunyai kelainan tersendiri. Ini di pintu masuk utama. Masih ada banyak pilihan di tempat perhentian yang di sediakan. Jun beli satu kotak barang kemas di sini yang tertulis Chu Chi dan di atasnya terdapat gambar wanita Vietnam dengan pakaian tradisi mereka sebagai tanda kenag-kenangan dari sana dengan harga 110,000 dong lebih kurang Rm16.

Kisah dua ekor patung anjing German Shepherd dipintu pagar penduduk setempat turut diceritakan. Di mana 30 peratus suka dan 70 peratus lagi tidak suka. Membawa maksud yang meletakkan patung anjing di pagar tiada ahli keluarga yang mati disebabkan anjing tersebut dan yang tidak suka bermakna ada ahli keluarga yang menjadi korban. Anjing ini digunakan untuk mengesan rakyat Vietnam di dalam terowong. Sekiranya terjumpa di tempat lain bermakna tuan rumah berasal dari kawasan Chu Chi Tuunel.

Jun dan Pak Tuan mempunyai jiwa yang sama, tika berjalan ke sesuatu tempat kami ingin melihat kehidupan setempat berbanding ramai pelancong Malaysia yang pergi ke Ho Chi Minh City semata-mata untuk bershopping. Belajar dari cara hidup serta kepayahan mereka supaya kita sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur.

Chu Chi Tunnel lambang jiwa kental rakyat Vietnam dalam memperjuangkan kehidupan mereka. Perjuangan yang mengorbankan tidak sedikit rakyatnya di kawasan tersebut. Kira-kira 50 ribu telah menjadi korban di kawasan Chu Chi Tunnel berbanding 1200 di pihak US Army. Bukan kerana peperangan sahaja tetapi kerana kehidupan di dalam terowong itu sendiri. Banyak lagi kisah yang ingin di kisahkan tetapi untuk merasai dan menjiwa sekiranya ke sana masukkanlah agenda ke sini. Sekurang-kurangnya boleh membuatkan hati kita insaf.
 

You Might Also Like

18 ulasan:

  1. Kita nie semua terlebih makan Jun mamang tak muatlah nak masuk lubang kecik tu hahaha..

    Sungguh menginsafkan bagaimana mereka berjuang kan Jun.

    BalasPadam
  2. Entah bila agaknya kakcik boleh sampai ke sana!

    BalasPadam
  3. eee ngerinya tengok perangkap tu...tapi mmg pandai la dorang bina.

    BalasPadam
  4. Kak Zakie...perut dah terlebih nak masuk pun tak muat, ada satu minah saleh ni masuk lepas bila nak keluar sangkut asset pulak. Jenuh reramai tolong angkat dia.

    BalasPadam
  5. Salam kak cik...

    Insyaallah boleh sampai. AirAsia buat sale beli tiketnya tapi tunggu lama sikitlah baru dapat pergi. Sale baru ni cuma Rm164 je return ke Ho Chi Minh City.

    BalasPadam
  6. Memang ngeri tengok perangkap tu...bayangkan kalau bedebub dalam tu...aishhh...

    BalasPadam
  7. kalau saya pun, mmg tak muat masuk tunnel tu..mati lah kena tembak..haha

    BalasPadam
  8. ada buluh runcing? wadduhhh kena selumbar je sy da menangis.. ni kn buluh runcing...

    BalasPadam
  9. semasa saya ke sini tahun lepas, chu chi tunnel lah yang saya tak masuk...takut...heee

    BalasPadam
  10. tersangat seronok la bila dapat pergi ke tempat orang terutama peninggalan bersejarah.....

    BalasPadam
  11. acu pun tak masuk ke terowong tu
    takut tersangkut kat dalam..hahahaha

    BalasPadam
  12. di sinilah group PB datang berholiday...

    BalasPadam
  13. Pasti Jun dapat lebih merasai kesengsaraan mereka dengan melawat tempat2 yang bersejarah.

    BalasPadam
  14. Suatu pengalaman dan pemandangan yang mahal. Bukan semua orang berpeluang. Percutian yg menarik sekali. Kak Azie pun dah lama tingin nak pegi Ho Chi Minh nih.

    BalasPadam
  15. saya seronok baca n3 ni kak...tunnel ni adalah dlm list wajib saya kalau sampai ke Vietnam nnt(bila nak pegi pun tak tau..huhu)...selalu dgr drp blogger je, nak tgk depan mata sendiri...

    takut saya tgk perangkap yg boleh pusing 360 darjah dan ada buluh runcing tu..kalau terjatuh, naya je...haha...

    BalasPadam
  16. zaman darurat mcm tu memang kalau siapapun melaluinya akan mengalir airmata smpai hari ni. bersyukur kita hidup di zaman merdeka. perangkap tu menyeramkan.

    BalasPadam
  17. ngeriinya kalau jatuh atas benda tu..kan

    tapi US pun teruk juga...
    gunakan senjata kimia ...kesian kat budak2

    BalasPadam