Saigon - Kegigihan Hidup Penghunimu Menginsafkan Aku.
Jumaat. 29 Jun 2012.Berlepas ke Ho Chin Minh City atau Saigon bersama Pak Tuan dan 3 orang kawan. Masing-masing bercadang ingin bershopping sakan. Bagi Jun dan Pak Tuan sekadar hendak berjalan melihat tempat orang, sambil itu bolehlah membeli apa yang patut. Syurga buat kaum wanita. Baju kurung bemanik bling-bling, telekung, kain cotton, hand beg dan segala macam beg, sehingga kasut pelbagai jenama, t-shirt pelbagai jenama, blouse yang cantik-cantik, perhiasan wanita sehingga table runner, cadar dan macam-macam lagi. Paling suka buah-buahannya yang segar dan besar-besar pulak tu.
Bila berjalan, kita jangan hanya menumpu pada satu sisi sahaja. Lihatlah perjalanan hidup mereka yang serba sukar. Kepayahan mengajar mereka untuk tidak membuang masa begitu sahaja. Semua bekerja keras untuk kelangsungan hidup termasuk kanak-kanak. Mereka tidur hanya di pangkin di kaki-kaki lima kedai, ke esokannya bangun untuk perjuangan hari seterusnya. Demi sesuap nasi.
Berkesempatan melawat salah sebuah Kampung Melayu Champa. Terasa bertapa beruntungnya lahir di Malaysia. Menyusuri lorong-lorong kecil yang apabila berselisih dengan motor kita terpaksa mengiring memberi laluan. Rumah tanpa pengudaraan yang cukup, panas dan rimas tetapi itulah hidup mereka. Singgah di surau yang serba kekurangan membuatkan kita insaf. Di sebelah bawah dijadikan tempat memasak seperti dewan bahagian atas pula ruang solat. Syukur padamu Ya-Allah kerana tanah airku cukup sempuna.
Tidak ada kemudahan terbaik seperti di Malaysia tetapi walaupun berusia 37 tahun negara mereka Saigon yang kemudiannya di tukar ke namanya ke Ho Chin Minh City pesat membangun. Idealisme kominis pemimpin mereka membuatkan mereka tiada pilihan. Satu yang nyata mereka mematuhi masa, patuh pada undang-undang yang ditetapkan. Di sana sekiranya ingin mendapatkan rawatan dihospital dan terpaksa masuk wad mereka mesti menyediakan USD500 sebagai pendahuluan, bukan hospital swasta tetapi di hospital kerajaan sekiranya tiada mereka tidak akan dilayan. Bayangkan kalau kat Malaysia kita cuma bayar Rm1 untuk ubat-ubatan dan masuk wad tiada wang pendahuluan dikenakan.
Mak-mak orang dan bapak orang yang shopping tak sedar diri kat Saigon. Flight sampai pukul sembilan malam letak beg terus ke Pasar Malam Ben Than Market terus menyopping. |
baru balik bercuti rupanya...betul kata pepatah pasal hujan emas tu
BalasPadamitulah yg sebaiknya..bila pegi suatu tmpt kita ambil pengalaman & pengajaran.
BalasPadamkg champa tu melayu islam kan? mmg org susah.
amboiii JJCM ye kak?
BalasPadamtu la..da serba mewah pon masih ada yg merungut...
bila berjalan tempat orang & duit penuh poket memang nyaman gitewwww. huhuhu
BalasPadamSalam, kita datang menjengok...hihihi. Wah best melancong...:)
BalasPadamsalam gan ...
BalasPadammenghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !
owh...melancong ke "kampung" acu rupa nye ye...hehehehe
BalasPadamSalam June...dah samai ke Saigon ya,tentu memborang banyak barang,kat sana murah2 belaka.
BalasPadamInsaf dan syukur dengan rahmat yang diberikan.
wahhhh besttttnye dapat jalan jalan ke negara orang kan.. Mak dara pernah ke sana 2 tahun yang lepas.. mmg besttttt ;)
BalasPadamsalam..
BalasPadamakak g china ke? alhamdulillah..seronoknye dpt jejakkan kaki ke negara org..
ehehe..bab shopping tu harus la kan..
mesti cantik2 baju kurung blink2.. :)
Tak puas Jun. Sambung lagi tunjuklah bebanyak gambar bagi kakak tengok. Mesti seronok boleh buat utk hari raya sekali..:)
BalasPadamJgn lupa balik M'sia hihi...
dah lama wife ajak gi situ katanya nak shopping murah.. betul ke?
BalasPadamerrmmm
BalasPadamsungguh menarik kan berjalan2 tgk negara org..
:)
bila berjalan ke tempat orang, lifestyle dan culture penduduk tempatan adalah benda yg saya suka tgk.
BalasPadamSaya suka dgn cerita dari view of point akak. Buat kita insaf dan syukur jadi rakyat malaysia...
orang malaysia yang banyak komplen, patut dihantar ke sini utk duduk sebulan dua ..
BalasPadamTuan haji saya sokong tu. Syukur sangat jadi rakyat Malaysia...semua mudah dan dipermudah...
BalasPadamMyvitrd...Shopping memang happening. Barang memang murah-murah tetapi hati2 kerana kat sana pun banyak jugak yang menipu...hehehe...
BalasPadamUjie...memang perkampungan Melayu...Melayu Champa dan beragama Islam.
BalasPadam