Pengeluaran Perumahan KWSP - Saya Terlepas Pandang
Apabila membuat sebarang urusan dan ianya berkaitan dengan kerajaan, separa kerajaan waima syarikat swasta sekalipun anda dinasihatkan menyelidik dan membaca segala terma serta peraturan yang ada. Jangan bila terhantuk baru tergandah.Semalam ke KWSP untuk pengeluaran pembelian rumah kedua. Sebenarnya sebelum itu sudah pergi tetapi ada dokumen yang tidak lengkap dan terpaksa merujuk ke pejabat peguam. Jadinya terpaksa tangguhkan dan semalam ada kelapangan. Segalanya lengkap. Borang pengeluaran, salinan kad pengenalan, perjanjian jual beli dan perjanjian jual beli tuan sebelumnya (salinan dokumen ini yang terpaksa minta dengan peguam tapi ambik tanpa charge).
Pejabat KWSP Kuala Lumpur agak lengang diwaktu tengahari memandangkan kaunter yang banyak di buka, hanya empat orang dihadapan kami sedang menunggu. Tiba giliran semua dokumen asal dan salinan di beri. Petugas menyemak nama. Malang sekali pengeluaran tidak dapat dibuat. Rumah pertama adalah hak milik bersama suami dan pernah membuat pengeluaran akaun kedua KWSP Aina. Jadi syarat utamanya harta pertama harus dilupuskan. Samaada menjual atau menukar nama kepada nama suami sahaja atau nama anak atau keluarga terdekat. Bermakna tiada rumah atas nama kita.
Rumah pertama sudah habis bayar sejak 4 tahun lepas. Rumah kecik je rumah flat. Ingat nak cepat habis bayar keluar KWSP, rupanya timbul masalah lain pulak. Tempoh tiga tahun diberi sekiranya hendak mengeluarkan juga duit KWSP yang ada. Lepas setahun dari perjanjian jual beli kena pulak minta dokumen apa tah dengan bank (malas dah nak dengar budak tu cakap). Jadi dalam tempoh tiga tahun tu kenalah tukar nama rumah rumah pertama ke atas nama orang lain.
Aina terkedu. Ingat dengan pengeluaran pertama dari rumah kedua ini bolehlah disimpan menggantikan duit simpanan yang telah banyak digunakan untuk membeli rumah. Memang sangat-sangat tidak faham mengapa perlu ada peruntukan sebegitu sedangkan duit itu adalah duit kita. Rumah pula terang-terang atas nama kita. Itulah undang-undang. Mereka kebal. Lawanlah tak akan kalah.
Selama ini otak telah disetkan duit KWSP boleh di keluarkan untuk rumah kedua tanpa memikirkan terma-terma selanjutnya. Bayangkanlah untuk meukar nama rumah terlalu banyak urusan harus dilakukan. Terpaksa juga mengupah peguam dan tidak kurang juga duit yang terpaksa dikeluarkan. Lalu apa pilihan yang kita ada?
Byk plak masalahnyaa yer Aina.. Moga dipermudahkan..urusannya..nanti yer..
BalasPadamalamak ... gituler banyak protokolnyer...
BalasPadamooo... baru tau...sbb kita takder lagi rumah kedua... :)
BalasPadamMLD ruamh pertama tu flat je pun...:)
PadamAssalamualaikum…
BalasPadamApa khabar?
Sihat ke?
Harap2 sihat + bahagia selalu…
Hai... Lama menyepikan diri. Rindu awak!
Padamsaya tak berapa faham...macam mana nak simpan duit yg patutnya dijangkakan boleh keluar tu, sedangkan mmg nak beli rumah kedua, kan? ke saya yg salah pemahaman..;P
BalasPadamBeli rumah pertama keluar KWSP, dah habis bayo pun. Pas tu ingat beli rumah kedua ni boleh la keluar KWSP jugak rupanya kena lupus nama kat rumah pertama dulu.
PadamDok fikir rumah kedua boleh keluar rupanya terma tu tak habis dibaca. Jadi tersimpanlah kat situ.
ooo baru je tau...tp sepatutnya xperlu ada rules yg mcmtu sbb itu kan duit kita hak kita as long rumah tu mmg nama kita nape perlu nak bersusah payah kan..kdg2 x paham cara dorang berpikir...
BalasPadamsy lg tak paham...sbb dah lama keluarkan kwsp , sejak disahkan dlm jawatan kerajaan., kwsp hanya tinggal kenangan jer.
BalasPadamAlamak...den pun tak taw tu...nasib baik hang bgtaw,....ahakz
BalasPadamBaik take note. Takut tergolek dog mcm den pulak...hehhee...
PadamKiranya dia tak bagi kita ada dua rumah la..
BalasPadamTapi makchaq dah habih dah duit kwsp.. Dah keluaqkan semua masa masuk skim pencen dulu...
Macam tulah makchaq tapi itulahkan dulu2 tak mampu nak beli rumah mahal2 gaji pun kecik bila umur dah bertambah ekonomi pun kukuh sikit tentulah kita nak beli rumah sedikit besar. Takkan rumah sedia ada nak jual pulak.
PadamMasalahnya info yg Aina ada tu sekerat jalan. Beli rumah kedua still boleh keluar KWSP tanpa fikir rumah pertama tu kena lupus nama dulu. Fenin.
Peraturan dan prosedur yg dibuat sepatutnya untuk menyenangkan pengguna tapi acapkali sebaliknya yg berlaku. Memang mengecewakan.
BalasPadamEntahlah YB saya pun dah mati kutu. Ingat boleh la bernafas sikit coz simpanan dah habis buat modal beli rumah tau2 lain pulak jadinya. Kena kumpul duit dan tukar nama rumah flat tu ke nama anak le nampaknya.
PadamAramak...kes yg sama..
BalasPadamBetul.kenapa perlu buat undang2 karut yg hanya menyusahkan kita pengguna.masa muda kita baru keja tak de duit, kita beli rumah kecik sb tak nak bebankan hidup+ikut kemampuan. Bila ekonomi stabil, baru beli rumah besar yg lebih selesa utk kita dan anak2 tinggal, tp ada pulak sekatan 'bodoh' ,kat kwsp...kenapa pulalak nak nenankan pengguna utk jual atau pindah milik rumah pettama. Undang2 dan peraturan buatan manusia yg dangkal!
BalasPadam..harga barang rm1.99,,tapi kalau x ada rm2.00..kita x boleh pun beli barang tu n bbawak balik umah,,tu yg rega 1.99 dan kalau kita ada peluang curi ,,kita curi tapi kalau kena tangkap kompom masuk lokap entah berapa lama hanya kerana 2.00...sapa yg peduli....?setelah kena tangkap raba dlm poket ada rm2.00 rupanya...x boleh nk buat apa terpaksalah menjalani hukuman dulu..untung kalau boleh bayo kompaun kalau x..susahlah seumur hidup hanya kerna mencuri 2.00 ingit..jadi bukan snang nk snang bnyak org dh kena..bersabarlah...sesungguhnya manusia dalam kerugian...
BalasPadamiklan kwsp bukan main indah..realitinya hampeh
BalasPadammenipu dan menyusahkan orang macam syarikat insurans lebih lagi.
kalau dah jual rumah pertama..mana ada istilah nak beli rumah kedua, sebab sekarang sudah tak ada rumah (rumah 1 sudah jual).
Nak tukar nama rumah lama kena upah peguam lepas tu kena klu tak salah kena reload semula
BalasPadam