Sebulan Menyepi
Syukur alhamdulillah. Hari ini Aina dapat update blog selepas sebulan dibiarkan bersawang. Terima kasih pada teman-teman yang masih sudi singgah di sini. Hari ini juga hari pertama Aina kembali bekerja setelah sebulan bercuti. Mood sedikit goyang kerana sebulan sudah terbiasa menguruskan anak-anak kesekolah terasa seronok pula tetapi masih ada tanggungjawab yang perlu dilangsaikan jadi kenalah terus bekerja.Febuari banyak meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat diri Aina. 9hb Febuari 2013 selepas azan Isyak mak saudara Ajalilah Senapi menghembuskan nafas yang terakhir setelah menderita kanser salur hempedu. Deritanya tidak lama. Turut berada di sisinya suami, anak-anak serta kaum keluarga. Moga Allah s.w.t mempermudahkan perjalannya. Permintaan terakhirnya juga tertunai bila suami dan anak-anak bersetuju membawa pulang beliau ke kampung semasa sakitnya.
12hb Febuari 2013. Satu lagi berita sedih terpaksa kami telan. Allah s.w.t hanya meminjamkan dia di dalam rahim ibunya selama 10 minggu. Degupan jantung bayi di dalam kandungan sudah berhenti dan tiada tumbesaran. Sekali lagi air mata seorang ibu gugur. Dalam kesedihan kami redza. Allah s.w.t lebih menyayanginya dan setiap perancangannya adalah yang terbaik. 17hb Febuari 2013 Aina melalui proses D&C. Kesakitan menunggu bukaan rahim tak setanding pilu kehilangannya. Hanya Iqbal Hadi anak sulung menemani di katil hospital. Suami pula terpaksa menguruskan urusan lain yang tak kurang juga pentingnya. Sehingga petang barulah suami dapat menjengah. Redza.
Seminggu pertama terasa terlalu payah untuk di harungi. Emosi sangat terganggu dan tidak stabil. Minggu kedua digagahi juga untuk kuatkan hati. Kami sekeluarga belajar menerima kenyataan, menghadzamnya. Anak-anak juga tidak lagi menyebut tentang 'baby'.
Terima kasih pada suami yang memahami, anak-anak yang sangat membantu, keluarga dan kawan-kawan yang tak henti memberi sokongan. Sepanjang tempoh tersebuat Aina sangat bergantung kepada adik perempuan iaitu Hasniza Abdullah yang tinggal berdekatan. Mengurus anak dan menjaga makan minum kami. Kalian memberi kekuatan untuk Aina terus menghadapi hari-hari mendatang. Betul kata orang tua-tua. Bersalin dan keguguran ada bezanya terutama emosi. Hanya yang merasainya akan tahu hakikatnya.
salam takziah mendengar perkhabaran ini, moga akak sekeluarga semakin tabah dan kuat menghadapainya..
BalasPadamAllah tahu apa yang terbaik buat kita, kan?
BalasPadamSyukurlah Aina telah 'kembali' dan kelihatan sihat serta ceria. :)
takziah dari saya.. harap tabahkan hati.. ujian Allah membuatkan kita lebih kuatkan...
BalasPadamTakziah.. Harap tabah hadapi hari2 mendatang ya..
BalasPadamMaaf... Sungguh kakak tak tahu Aina mengandung. Meremang bila ianya hanya mampu bertahan 10 minggu aje. Kakak rasa sedih sama sebab membayangkan impian tak tercapai. Allah jua yg tahu Aina.. sabar ye.
BalasPadamMoga hari-hari yg dilalui lebih ceria kini.
Aina, sabaq banyak2 na...insyaAllah nanti Allah ganti dgn yang lain..hanya tunggu masanya..
BalasPadamAl fatihah buat ibu saudara tu..
BalasPadamSabar dan takziah juga saya ucapkan atas keguguran...ada hikmahnya tu
Al-Fatihah dan Salam takziah Aina.. Allah lebih menyayanginya.. Insyallah mungkin ada rezeki lagi selepas ini..
BalasPadamwak pon nk ucap takziah jugaklahh..,
BalasPadamtakziah.. banyakkan bersabar...
BalasPadamMemang berat dugaan itu. Tapi kena ikhlas menerimanya. InsyaAllah, akan datang dberiNYA yang lebih baik, siapa tahu.
BalasPadamtakziah...moga tabah yer...
BalasPadamInnalillahh... sabar ye Aina..boleh cuba lagi.. inshaaAllah, Allah akan gantikan..
BalasPadamSalam takziah dari makcik buat aina atas keguguran...
BalasPadamya Allah kuatnya dugaan tuhan itu... semoga tabah mengharunginya,
BalasPadamin shaa allah setiap kejadian ada hikmahnya....